[ 163 ]

1.4K 135 0
                                    

Hoseok POV

Aku membuka pintu rumah.

Bahuku yang terasa sedikit lenguh diurut perlahan.

Sebaik sahaja masuk, dahiku sedikit berkerut.

Gelapnya.

Hanya televisyen sahaja yang terpasang.

Aku segera ke dapur terlebih dahulu.

Tekak terasa haus.

Aku berjalan ke peti sejuk.

Kemudian aku berjalan keluar dari dapur untuk naik ke tingkat atas.

Tapi aku berhenti apabila melalui meja makan.

Makanan yang belum terusik?

Aku memandang ruang tamu sebelum memandang makanan tersebut semula.

Aku mengambil keputusan untuk duduk dan menjamah sedikit makanan tersebut.

Hanya sepinggan spaghetti bolognese bersama daging panggang yang sudah dipotong.

Sedar tak sedar, aku habiskan juga sepinggan spaghetti tu.

Aku melipat lengan baju kemeja kerjaku dan mula mengemas meja serta mencuci pinggan.

Kemudian kaki melangkah ke ruang tamu.

Televisyen yang masih terpasang dimatikan.

Aku berhenti di hadapan sofa menempatkan sekujur tubuh yang sedang nyenyak tidur.

[ Completed ] Sick S2 | Jhope | Where stories live. Discover now