[ 241 ]

1.4K 93 0
                                    

" APA?! "

Yoongi terkejut.

" Buat apa aku teruskan hidup aku dengan suami yang tuduh isterinya curang? "

Aku memalingkan wajah apabila air mata mula membasahi pipi.

Yoongi terdiam.

" Apa jadi sebenarnya? " tanya Yoongi tenang.

" Dia kata dia nampak aku dengan kau kat restoran tadi. Dia ingat aku tipu yang aku nak jumpa kawan-kawan perempuan aku. "

" Tapi yang sangat melukai hati aku ialah..dia tuduh aku ada hubungan dengan kau. "

" Tak pandai jaga maruah dia sebagai seorang suami. "

" Cukup la. Dah hampir 8 bulan dia balik dari London...aku tak rasa hubungan ini..."

Ayatku tergantung.

Rasa sebak di dada.

" ....boleh diteruskan lagi. "

Aku mula menangis tersedu-sedan.

Yoongi muram.

Kasihan melihat rakannya menangis.

" Dah la Rin...jangan menangis. " pujuk Yoongi.

Aku masih lagi menangis.

Yoongi menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Tidak tahu bagaimana mahu pujuk perempuan.

[ Completed ] Sick S2 | Jhope | Where stories live. Discover now