[ 307 ]

1.2K 93 3
                                    

" Sayang nak minta cerai atau sayang nak oppa sendiri keluarkan anak 'dia' dari perut sayang? "

Aku pegang perut aku dengan air mata.

Kepala tergeleng-geleng takut.

" Jangan apa-apakan saya..."

" Jadi, ikut oppa ya? "

Aku mendiamkan diri sebelum mengangguk bersama air mata.

" Good girl. "

N mengeluarkan tali dari poket seluarnya dan mula mengikat kaki dan tanganku.

" Oppa minta maaf sebab ikat sayang. "

" Oppa terpaksa sebab takut sayang tinggalkan oppa lagi. "

N buat muka sedih.

" Sayang tunggu sini kejap tau. Oppa tolong kemaskan barang-barang sayang. "

" Lepas ni, kita bertolak pergi jauh dari sini. "

" Sayang jangan menangis. Oppa tak jahat. "

N cuba mengelap air mataku tapi aku berpaling.

N menjongket bahu sebelum berjalan ke tangga.

Aku hanya memandang N mendaki tangga.

Pandanganku agak kabur ketika ini kerana air mata.

" Hoseok...."

" Yoongi..."

Aku ternampak telefonku yang jatuh tadi.

Ketika itulah telefonku berdering.

Hoseok?!

Aku sedaya upaya cuba mengesot ke arah telefon.

Namun gagal.

Dan akhirnya telefonku berhenti berbunyi.

Aku tunduk membiarkan air mata terus gugur.

Terus berharap ada orang yang akan menyelamatkanku.

[ Completed ] Sick S2 | Jhope | Where stories live. Discover now