"Dah tu apa?" Syifa melabuhkan punggung di kerusi yang berhadapan dengan Zafriel. Sekarang dia sudah berani nak buat macam tu. Tapi tengok mood Zafriel lah. Kalau mukanya ketat, kerusi tu pun dia tak pandang.

"Saya ni bukan apa bos. Bos tahukan apa yang terjadi antara saya dengan Adam. Kalau terjadi lagi, memang saya tak kahwin sampai kertu la. Serik,"

"Alah jangan risaulah. Saya takkan buat macam tu. Awak percayakan saya," Zafriel tersenyum manis dan sempat dia menghadiahkan satu kenyitan mata kepada Syifa.

Cepat cepat Syifa bangun selepas ditembak oleh kenyitan mata bos! Haih tak boleh. Iman boleh gugur tergolek dekat sini! Jaga mata Syifa.

"Kalau dah tak ada apa apa, saya keluar dulu ye," pantas dia berjalan menuju ke pintu dan menghela nafas lega.

"Belah lelaki dah sampai. Kau dah siap?" Kata kata Maira mengejutkan Syifa. Jari yang merah berinai digenggam kuat. Sejuk. Berdebar. Nak pitam. Semua ada.

"Relaks. Sekejap je kau berdebar gemuruh macam ni," Maira mendorong Syifa. Muka Syifa jelas kelihatan berdebar tapi itu tidak mencacatkan wajahnya yang cantik dicalit dengan solekan yang nipis.

'Nak menikah jangan vogue de vass sangat. Tunggu majlis resepsi baru nak meletop kebaboom'. Itulah yang diberitahu Syifa kepadanya.

"Syifa, jom keluar. Tok kadi dah sampai," Puan Esah memanggil anak daranya yang akan menjadi seorang isteri tidak lama lagi.

"Ibu, Fa takutlah,"

"Nak takut buat apa? Dah jom keluar,"

Selepas sesi bersoal jawab antara tok kadi dengan Zafriel selesai, maka bermulalah agenda utama majlis itu.

Selang beberapa minit, Syifa Ammara sudah sah menjadi isteri kepada Khaalish Zafriel.

Lega. Terharu. Bimbang. Semua itu dirasai Syifa.

Dia lega kerana debaran yang dirasai beberapa hari sebelum di akad nikah sudah hilang. Terharu kerana akhirnya ada lelaki yang sudi memperisterikan dirinya.

Dan dia bimbang, mampukah dia menjadi isteri yang baik kepada Zafriel?

Tetamu sudah ramai yang beransur pulang. Hanya saudara mara terdekat sahaja yang tinggal untuk membantu mengemas apa yang patut. Majlis resepsi akan diadakan keesokan harinya.

Syifa dan Zafriel berhenti berehat selepas mengemas.

"Ramai family awak. Seronok tengok," Zafriel kagum dengan hubungan antara saudara mara Syifa. Menurut Syifa, semua hidangan yang disajikan hari ini bukan dari katering tapi dilakukan semua oleh ibu saudaranya. Dia jarang boleh merasa semua ini kerana keluarganya ramai yang berpangkat dan jika ada majlis walaupun majlis hari jadi, semuanya diuruskan oleh pihak katering.

"Kami memang macam ni. Kalau ada sepupu yang nak kahwin ke, mak saudara saya yang ramai tu lah uruskan. Mereka suka rewang rewang ni,"

"Zafriel makan dulu lah sebelum balik. Tak makan lagi kan?" Puan Esah muncul.

"Tak lagi. Makan sekali dengan Syifa lah. Nanti dah nak kena balik kan," Zafriel tersengih.

"Ye awak kena balik. Malam ni tak boleh lagi," Puan Esah mengusik dan dia masuk ke dalam semula.

"Ibu," Syifa menjeling ibunya. Dia terlupakan hal itu. Macam mana ni esok? Malu.....

"Rasanya awak dah boleh tukar panggilan awak dekat saya kot," Zafriel menjongketkan keningnya sebelah.

"Nak panggil apa?" Manja Syifa menjawab. Hamboi.

"Terserah. Apa yang buat awak selesa,"

Majlis resepsi sebelah perempuan berjalan dengan lancar.

Pasangan baru itu begitu penat. Mereka tak duduk langsung sepanjang majlis berlangsung. Duduk hanya untuk makan beradab dan untuk bergambar dipelamin sahaja.

Maya juga turut hadir di majlis itu untuk mengucapkan tahniah kepada mereka. Adam tidak pula datang. Syifa ada menjemput Adam walaupun mereka ada kisah lampau yang 'gitu gitu' tetapi semua itu sudah berlalu. Adam juga sudah ada pilihan, jadi tidak akan timbul isu 'nak rosakkan majlis orang'.

"Awak nak mandi?" Syifa bangun dan mencapai tuala untuk diberikan kepada Zafriel.

"Nak mandi sekali ke?" Gatal jawapan Zafriel.

"Hish," Syifa menghulurkan tuala dan dia kembali merebahkan badannya ke atas katil. Penat menyental segala periuk belanga. Tapi itu hanya separuh. Masih ada separuh untuk disental esok.

Selepas Zafriel selesai mandi, Syifa mengambil giliran. Dibawa sekali pakaian untuk dipakai. Seganlah...

"Nah, mama bagi," satu kotak dihulurkan kepada Syifa.

Syifa membuka kotak itu dan mukanya membahang. Wow mama! Walaupun dia masih tak keluarkan apa yang ada di dalam, tapi dia sudah dapat mengagak apa yang terkandung.

"Apa tu. Nak tengok?" Zafriel ingin mencapai tapi cepat dihalang Syifa.

"Tak boleh," Syifa memeluk erat kotak itu.

"Kenapa pulak?"

"Tak boleh," takkan dia nak bagi Zafriel tengok baju tidur warna merah menyala yang jarang lagi seksi tu!

Zafriel tidak puas hati dan dia merebut kotak itu dari pelukan Syifa dan berlaku pergelutan. Akhirnya, 'benda' itu ada pada tangan Zafriel.

"Woww," dia tersenyum nakal. Syifa sudah menutup mukanya dengan tangan.

"Pakailah," Zafriel menghulurkan kepada isterinya.

"Awak nak saya pakai ni?" Membulat mata Syifa.

Zafriel mengangguk.

"O.. okay," teragak agak Syifa mengambil baju itu dan dia masuk ke bilik air untuk menyalin pakaian. Terkejut dia melihat dirinya dipantulan cermin dengan berpakaian seperti itu. Sangat terdedah.

"Takpe Syifa, dia suami kau kan,"

Dia memberanikan diri untuk keluar dari bilik air. Sebaik sahaja dia keluar, Zafriel bangun dan menutup lampu.

Adui Khaalish Zafriel. Tak menyempat!

Lama jugak kan masa yang saya ambil untuk update satu bab ni. Hahahaha. Maaflah. Idea dan mood bukan selalunya ada. Kena ada mood baru bersemangat nak buat kan.

Haritu saya ada complain pasal ada orang lain guna cover yang sama dengan saya dekat profile. Cover BVP yang sebelum ni. Siapa yang perasanlah. Ni dah tukar yang baru.

Dah lama sebenarnya saya perasan. Tapi buat tak tahu je lah sebab bukan salah dia pun. Banyak kot cerita dalam wattpad ni. Manalah nak perasan kan. Tapi, dia ni pernah minta saya promotekan cerita dia. Tapi takpe, mungkin dia tak perasan atau dia tak tahu.

Untuk cover BVP yang baru ni, kalau awak semua ada baca atau ada ternampak cerita yang guna cover sama dengan yang saya guna ni, tolong inform okay. Sebab mungkin saya pun guna cover sama dengan orang lain.

Oh ya, masih belum terlambat kan nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kan?







Boss Vs PA Where stories live. Discover now