Chapter 15; Rahsia Pecah

Start from the beginning
                                    

Dahyun pula tanpa teragak-agak, terus dia menyambut huluran tangan Baekhyun. Dengan hati yang berbunga-bunga, mereka berdua berjalan masuk kelas bersama-sama. Tapi mereka tetap menjaga batas apabila ada rakan-rakan yang lain. Melainkan jika hanya ada mereka berdua sahaja.

---
"PERHATIAN SEMUA!" jerit Jinyoung apabila dia merasakan yang dirinya kini bukan lagi berada di dalam kelas tetapi di zoo yang menempatkan haiwan-haiwan liar.

Serentak semua mata memandang ke arah Jinyoung. Masing-masing wajahnya kosong sahaja dengan pandangan kau-nak-apa-lagi-ni-setan?

"Cikgu suruh susun meja untuk ujian nanti. Jadi, dalam 10 minit lagi, cikgu akan meronda." beritahu Jinyoung. Dia memandang rakan sekelasnya yang masih lagi dengan reaksi wajah yang sama. Tak, sekarang ni, Jinyoung tengah cakap dengan manusia ka binatang? Kenapa tak ada respon pun?

"Wey, korang dengar ke tidak ni?!" tanya Jinyoung geram apabila diperlakukan begitu. Tanpa menjawab pertanyaan ketua kelas, semua pelajar terus berdiri nak memulakan tugas mereka, meninggalkan Jinyoung terpinga-pinga seorang diri.

Tapi ada seseorang yang sedang ketawakan Jinyoung dengan senyap. Tak lain dan tak bukan, Seulgi. Dia menekan perutnya apabila dia terlalu berusaha untuk tidak mengeluarkan suara ketawanya. Dahyun di sebelah hanya menggeleng. Ni kalau diaorang bergaduh, Dahyun jugaklah yang nak kena dengar semua tu.

"Yahh, Kai! Bangun lah. Itu tempat aku." marah Suho pada Kai yang masih tidak berganjak. Bangun pun tidak mamat tu, tapi sedap-sedap dia je letak kaki atas meja.

"Lepasni lah. Aku malas." jawab Kai selamba. Matanya sesekali memandang seseorang yang sedang sibuk menyusun meja. Kemudian keluhan berat terlepas di bibirnya.

***
[Kai P.O.V]

Setiap kali aku tengok Dahyun, aku pasti akan teringatkan dia. Cuma perempuan tu lah satu-satunya yang berani dengan aku. Yang berani baling beg dekat muka aku. Yang berani halang aku daripada buli pelajar lain.

Dahyun sama sangat dengan dia.

Tapi yang bezanya, dia lebih lemah-lembut dan tidak pernah berkasar. Senyumannya sentiasa manis setiap kali dia menegur aku. Walaupun pada mula aku tidak suka. Tapi, akhirnya, aku juga yang jatuh cinta. Dan sekarang, dia dah tak ada.

"Kai, tepi. Ni tempat aku masa exam nanti." Satu suara lembut menganggu lamunanku. Lantas kepala diangkat dan wajah Dahyun menghiasi ruang mata aku. Macam biasa, bila bercakap dengan aku je, muka dia tak pernah nak senyum. Sentiasa masam dan buruk.

Aku mengabaikannya dan terus meletakkan kepala dia atas meja. Mata ditutup sebab aku nak tidur. Ujian? Nampak macam aku kisah ke? Bukan nak belagak tapi aku tak perlu belajar untuk dapat kedudukan yang tinggi sebab aku memang dilahirkan pandai semula jadi.

Baru ja aku nak dapat mimpi yang indah, aku terasa tubuh aku melayang dan aku tahu ni bukannya mimpi. Dapat aku rasa badan aku melekat pada lantai dan keadaan sekeliling bertukar sunyi. Shit. Siapa yang berani sangat kacau masa tidur aku ni?

"Dahyun! Kau buat apa tadi ni? Nak mati awal ke?" Suara seorang gadis memecahkan suasana sunyi dan sekali gus aku dapat tahu siapa yang lahanat sangat tolak aku jatuh dari tempat duduk. Tak ada sesiapa lagi yang berani. Kecuali Dahyun.

Perlahan aku buka mata dan berdiri sambil membetulkan diri aku. Nafas aku tarik sedalam mungkin dan dilepaskan perlahan. Cuba untuk menahan diri daripada terus menyakiti perempuan di depan aku ni. Tapi aku panas baran. Dan pastinya aku tak akan dapat kawal diri aku.

-END OF P.O.V-

Pelajar lain diam apabila melihat Kai yang sedang menahan marah. Tengok sahaja dadanya yang turun naik dengan pantas. Pasti lelaki itu akan meletup tidak lama lagi.

"Dahyunn.. Kau ni.." Seulgi seolah-olah mahu menangis. Dia memegang erat lengan Dahyun yang sedang menyusun mejanya di tempat duduk Kai tadi. Nampak sangat yang Dahyun langsung tidak kisah dengan akibat yang akan diterima olehnya. Bukan apa, Seulgi cuma takut dengan apa yang akan berlaku sebab semua orang tahu yang Kai ni panas baran. Sangat.

"Kau perempuan tak guna. Apa kau fikir kau hebat buat aku macam ni?" Kai mara mendekati Dahyun dan menolak kasar bahu gadis itu. Terjerit kecil Dahyun dibuatnya kerana sakit. Dipandang geram wajah Kai yang sudah pun merah. Dahyun senyum sinis.

"Kau lelaki yang menyusahkan. Apa kau fikir kau hebat sebab semua orang takutkan kau?" Berani Dahyun membalas membuatkan pelajar lain semakin takut. Mereka semua risau dengan apa yang akan terjadi. Sudahlah semua rakan Exo Kai tiada di dalam kelas kerana masing-masing keluar untuk ke tandas.

"Aku rasa kau tak tahu lagi yang aku ni pun boleh buat perempuan juga." Serentak dengan itu, tangan Kai naik ke langit dan dihayunkan ke arah Dahyun sebelum seseorang menahannya.

"Berhenti Kai. Jangan kau berani nak sakitkan dia." Tajam mata Baekhyun memandang Kai. Pegangannya pada pergelangan tangan Kai juga amat erat.

Hampir tercabut jantungnya tadi apabila melihat keadaan yang tegang di antara Kai dan Dahyun. Huh, sikap Kai yang panas baran memang susah untuk dibuang. Sebelum ini, tidak ada pula Kai bersikap seperti ni. Tapi disebakan kejadian itu dia berubah.

"Kau tak perlu masuk campur." Kai bersuara perlahan kerana dia sedaya upaya untuk mengawal amarahna yang semakin menggila. Lagi-lagi apabila ada penghalang yang mengganggunya apabila dia marah. Kalau boleh, Kai tidak mahu bergaduh dengan rakannya hanya disebabkan gadis itu.

"Dia teman wanita aku. Aku berhak masuk campur."

Entah kenapa, hati Kai seperti terguris dengan kata-kata itu. Pelajar yang lain terkejut yang amat mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Baekhyun. Lebih-lebih lagi Seulgi. Punyalah nama kawan baik, tapi hampeh sebab Dahyun taknak pun ceritakan pada dia tentang ni.

Dahyun terdiam. Kepala ditundukkan apabila banyak mata memandangnya. Jantung pula sudah berdegup kencang memikirkan nasibnya apabila perkara ini tersebar luas.

Lantas Kai merentap kasar tangannya daripada pegangan Baekhyun. Disebabkan terlalu bengang, Kai menyepak meja di hadapannya sehingga jauh terpelanting ke belakang. Tidak menghiraukan pandangan orang lain, Kai terus mengatur langkah keluar dari kelas itu. Sesak.

"Meja aku.." Bergetar suara Chen apabila melihat mejanya sudah tersadang di belakang kelas. Nasib baik tak patah. Nasib baik boleh guna lagi. Tak guna punya Kai. Kalau marah pun jangan lah jadikan meja aku sebagai mangsa kau! Huh!

"Buat perangai elok sikit boleh tak?" Marah Chanyeol dengan senyap lalu kepala Chen diluku kasar. Hish, tak tengok ke keadaan sekarang ni tengah tegang gila?

"Ehemm, okey. Abaikan budak panas baran tu. Kita sambung susun meja." Jinyoung bersuara. Dan seperti biasa, dia akan dibaikan oleh rakan sekelasnya. Nampaknya, Jinyoung memang terpaksa terima takdir dia yang tak berapa nak membahagiakan ni.

.

TBC

Ya rabbi, berhabuk dah cerita niii. Hahahahahahha sorry kepada pembacaku sekalian. #spmcandidate

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 11, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[HIATUS] Kingka Battle 킹카 전투  + Exo ft. BtsWhere stories live. Discover now