Chapter 3: Bakat Dahyun

186 17 0
                                    

"Kau dah gila ke?" Seulgi menyoal sebaik sahaja Dahyun melabuhkan punggungnya. Oke, mungkin disebabkan dia terkejut sangat sampai gelaran saya-awak hilang ke laut.

Tapi tak apalah kan? Hubungan mereka akan jadi lebih akrab. Seakrab roti dengan kaya gitu cewah okey tak ada kena mengena pun.

"Dah lah. Nanti kita sembang pasal ni ye." Dahyun menepuk bahu Seulgi. Gayanya seolah-olah hendak memujuk budak kecik yang menangis nakkan lolipop.

Sedaya upaya Dahyun cuba mengabaikan Kai yang dari tadi asyik memerhatikannya dengan tajam.

Nasib baik mata Kai tak ada laser, kalau tidak dah lama terbakar satu badan aku.

---

Loceng sekolah berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolah pada hari ini. Dahyun yang berada di tandas cepat-cepat berlari masuk ke kelas semula.

Namun langkahnya terkaku apabila dia ternampak barang-barangnya berterabur di merata tempat. Habis buku bertaburan. Dan mana beg sekolah nya?

"Hadiah khas untuk kau sebab malukan aku depan semua pelajar tadi."

Ketika Dahyun ingin memusingkan tubuhnya ke arah suara itu, tiba-tiba beg sekolahnya melayang dan selamat mendarat di atas mukanya. Dada Dahyun turun naik. Jantungnya berdegup kerana perasaan marah menguasai dirinya.

Dahyun melihat Kai yang sedang bersandar di pintu kelas sambil memandang jengkel ke arahnya. Muka macam Kai ni memang sesuai jadi pembuli!

Dahyun cuba menenangkan dirinya. Dia mengemas barang-barangnya dengan pantas.

"Tadi kemain lagi kau berani lawan aku. Sekarang apa jadi? Tiba-tiba bisu pulak ke?" Kai mula berjalan ke arah Dahyun.

Dahyun masih membelakangi Kai. Tidak dihiraukan kata-katanya yang menyakitkan hati. Apabila Dahyun merasakan Kai berdiri betul-betul di belakangnya, dengan pantas Dahyun menghayunkan begnya ke belakang dan terkena tepat pada wajah Kai.

Rahang Kai terjatuh akibat terkejut. Dia terasa seperti ada cecair yang keluar dekat dengan bibirnya.

"Adil kan? Kau baling dekat aku, and sekarang aku balas balik." Dahyun memandang tepat ke dalam mata Kai.

Senyap pulak? Dia pulak yang bisu sekarang ni.

Dahyun melihat jam tangannya. "Aku balik dulu ye." Dahyun melangkah tetapi langkahnya terhenti. Dia kembali memandang Kai. "Darah kat bibir kau tu balasan untuk apa kau dah buat dekat budak tadi." Sambungnya sebelum kembali berjalan meninggalkan Kai terkaku seorang diri.

"Aishhh!! Tak guna." Kai menyepak kerusi di hadapannya sehingga terpelanting ke depan

Aku tak akan lepaskan kau. Tak akan.

---

"Mianhae oppa." Buat kali ke 1000 Dahyun meminta maaf kepada Jungkook yang terlebih risau pasal dirinya. Sejak kaki mereka melangkah masuk ke dalam rumah, Dahyun sudah diberikan ceramah percuma oleh Jungkook di ruang tamu.

Pakaian sekolah pun tak sempat nak tukar.

"Kalau boleh, elakkan daripada ada masalah dengan dia. Tak perlu kacau hal dia. Biarkan je. Dia tu pelajar bermasalah walaupun omma dia pengetua sekolah." Ceramah masih berterusan. Jungkook memandang ke arah Dahyun yang sedang duduk di atas sofa manakal dia pula hanya berdiri.

Dahyun memandang Jungkook. "Omma dia pengetua sekolah? Woww, daebak." Dahyun berasa kagum.

Boleh tahan jugak mamat kicap tu. Patut lah berani je nak buli orang.

[HIATUS] Kingka Battle 킹카 전투  + Exo ft. BtsWhere stories live. Discover now