Chapter 15; Rahsia Pecah

94 9 3
                                    

"Dahyun!" jerit seseorang dari belakang sehingga menarik perhatian pelajar yang turut berada di koridor. Tapi cepat sahaja mereka mengabaikannya. Tidak tertarik. Langkah Dahyun terhenti. Suara itu. Dia kenal sangat.

Lantas tubuh dipusingkan.

"Selamat pagi, Yun-Yun." ujar Baekhyun dengan ceria. Tangan kanan Dahyun dicapai dan digenggam erat.

Tersenyum Dahyun dengan telatah Baekhyun. Genggaman tangan Baekhyun turut dibalas. Mujurlah koridor masih lenggang kerana masa masih lagi awal. Mereka tidak mahu hubungan ini diketahui ramai orang. Nahas nanti!

"Selamat pagi. Ceria je hari ni?" Dahyun angkat sebelah kening. Memang kebiasaannya Baekhyun akan ceria. Jarang mereka nampak Baekhyun dalam keadaan moody.

"Ceria lah sebab dapat tengok si buah hati." jawab Baekhyun sambil ketawa. Dia rasa sungguh bahagia.

Pipi Dahyun mula memerah. Dia menundukkan pandangannya ke arah lantai.

"Baek.." panggil Dahyun perlahan.

"Em? Kenapa ni?" Baekhyun memandang Dahyun risau. Dia menarik Dahyun menuju ke sebuah taman tertutup yang terdapat di dalam kawasan sekolah mereka. Lagipun masih awal lagi sebelum kelas bermula.

"Boleh tak kita jangan rapat sangat dekat sekolah. Nanti orang hairan lah." Risau nada suara Dahyun. Dia mengerling Baekhyun sebelum kembali melarikan anak matanya. Sungguh, dia tidak dapat terus menatap pandangan mata Baekhyun. Dia sentiasa kalah.

Baekhyun ketawa mendengar rungutan Dahyun.

"Kenapa nak hairan? Diaorang boleh je kan anggap kita sebagai rakan sekelas. Sebab tu lah kita rapat." jawab Baekhyun selamba. Dia tidak kisah sekiranya Dahyun ingin merahsiakan hubungan mereka. Kalau nak dedahkan pun, dia tidak kisah. Sebab yang pastinya, dia akan bahagia jika sentiasa ada Dahyun.

"Awak ni. Saya serius lah. Saya takut tahu tak?" masam mencuka wajah Dahyun. Tangan disilangkan pada dada, merajuk kononnya. Wajahnya pula dipalingkan ke arah kanan. Tidak mahu memandang kekasihnya.

"Aik? Takut kenapa pula? Apa benda yang merisaukan awak ni, hmm? Cuba bagitahu saya." lembut Baekhyun bersuara sambil memusingkan tubuh Dahyun agar menghadapnya. Anak mata Dahyun dicari lalu dipandang dalam. Sayang sungguh dia dengan gadis ini.

"Peminat awak tu. Kalau diaorang serang saya macam? Kalau semua orang dah tahu pasal hubungan kita? Habislah saya. Nayalah saya. Nyawa saya ni ada satu je tau." adu Dahyun. Tetapi hanya mengundang tawa daripada Baekhyun. Nampak sangat yang dia tidak serius.

Makin mencuka wajah Dahyun dibuatnya.

"Baek.." meleret suara Dahyun memanggil lelaki itu. Makin geram pula Dahyun.

"Okey okey. Saya minta maaf. Tapi awak comel sangat lah tadi. Geram saya tengok. Macam nak je cubit-cubit sampai merah." tersenyum-senyum Baekhyun memberitahu. Wajah Dahyun yang tadinya masam kini bertukar merah. Merah yang amat kerana malu dengan kata-kata Baekhyun tadi.

"Jangan lah risau pasal tu. Apa gunanya saya sebagai teman lelaki awak kalau saya tak lindungi awak? Saya sayang awak tahu. Jadi saya takkan biarkan sesiapa sakiti awak." kali ini Baekhyun nampak serius. Wajah Dahyun dipegang dengan tangan kirinya kemudian diusap lembut wajah itu.

Dahyun pula terdiam. Tidak dia sangka yang Baekhyun begitu sayangkan dia. Terharu Dahyun dibuatnya. Sikap Baekhyun yang sentiasa ambil berat tentangnya membuatkan Dahyun makin keliru. Adakah dia juga semakin sayang dengan Baekhyun?

"Dahlah. Jom kita masuk kelas. Nanti lambat." ajak Baekhyun. Dia berdiri lalu menghulurkan tangannya kepada Dahyun. Senyuman manis pula tidak pernah pudar dari bibirnya, sentiasa menghiasi wajah kacak lelaki itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 11, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[HIATUS] Kingka Battle 킹카 전투  + Exo ft. BtsWhere stories live. Discover now