Chapter 13: "Saya Terima."

113 11 3
                                    

"Sikit je ni. Awak ni, tak perlulah risau sangat." buat kesekian kalinya Dahyun memberitahu bahawa dia tidak apa-apa namun Baekhyun masih lagi berkepit dengannya. Walaupun sudah dihalau Baekhyun supaya kembali ke makmal namun dia degil. Hatinya amat berat untuk berjauhan dari Dahyun.

"Gila tak risau. Awak ni buah hati saya tau." Yakin sahaja Baekhyun menjawab namun suaranya sangat perlahan ketika di hujung ayat.

"Saya apa? Saya tak dengar lah." tanya Dahyun. Berkerut dahinya memandang Baekhyun. Telinganya memang tidak dapat menangkap butir bicara Baekhyun yang terakhir sekali.Dahyun berfikir sama ada telinganya yang ada masalah atau memang Baekhyun yang cakap perlahan sangat.

"Err, tak ada apa-apa lah." balas Baekhyun tanpa memandang wajah Dahyun. Malu pastinya. Kenapalah dia boleh terlepas cakap sampai macam tu sekali?

Suasana sepi buat seketika di antara mereka berdua. Masing-masing sedang mengelamun. Baekhyun berdeham. Cuba meruntuhkan dinding sepi dalam bilik rawatan itu.

"Dahyun.." panggil Baekhyun. Dia menegakkan badannya dan memandang Dahyun yang bersandar di kepala katil. Jantung Baekhyun berdegup lebih laju apabila dia menilik lama wajah Daehyun.

"Erm?" ringkas sahaja Daehyun menjawab. Bukan apa, dia rasa tidak selesa apabila ditenung oleh Baekhyun. Dia sedar sebenarnya yang dirinya diperhatikan oleh Baekhyun. Dan apabila diperhati sedemian rupa, mestilah jantungnya pun buat hal. Berdegup bukan main laju.

"Awak ingat lagi tak masa Chanyeol cakap yang saya suka awak?" lancar soalan itu keluar dari mulut Baekhyun. Dia menguis-nguis tangannya kerana rasa gementar dan berdebar.

Dahyun terdiam mendengar pertanyaan Baekhyun. Sambil itu, otaknya ligat cuba mengingati saat Chanyeol bertindak begitu. Beberapa saat berlalu, Dahyun memetik jarinya.

"Aaa! Ye, saya ingat. Kenapa awak tanya pasal tu?" Dahyun melihat Baekhyun. Dia sedikit resah apabila mereka tiba-tiba sahaja bercakap mengenai kisah itu.

"Saya serius masa tu. Saya tak main-main bila saya cakap saya akan berusaha nak pikat awak." perasaan malu kini sudah dibuang jauh-jauh dari hati. Baekhyun mulai berani untuk meluahkan perasaannya. Bila lagi ada peluang berdua-duaan dengan Dahyun melainkan sekarang, bukan?

Dahyun terkaku. Dia mengetap bibirnya kerana tidak apa yang harus dibalas. Dia bingung kenapa Baekhyun perlu ungkit mengenai kisah itu. Selama ini, Dahyun fikir semua itu hanyalah gurauan sahaja. Tidak dia sangka bahawa Baekhyun serius dengan kata-katanya.

"Erm.. Saya.. Saya.." Dahyun memejam rapat matanya. Dia begitu buntu. Otaknya betul-betul tidak dapat berfikir reaksi apa yang perlu ditunjukkan. Tipulah kalau dia kata yang dia sikit pun tak tertarik dengan Baekhyun. Buktinya? Sekarang ni jantungnya tengah buat hal. Kemain laju lagi mengepam darah ke seluruh badan.

"Okey. Kalau macam itu saya terima."

Terbuka luas mata Baekhyun mendengar jawapan yang keluar daei mulut Dahyun. Mulutnya pula sudah terbuka separuh gara-gara terkejut.

"Be-betul ke ni? Awak terima? Saya tak salah dengar kan?" soal Baekhyun teruja.

"Yaa, betul. Saya terima. Dan awak tak salah dengar." Dahyun tersenyum malu. Dia menundukkan wajahnya yang sudah bertukar merah.

"Ohh yes!" sorak Baekhyun dengan gembira. Dia melompat-lompat kegembiraan. Kemudian, tubuh Dahyun lantas dipeluk erat. Dia begitu gembira sehingga tidak sedar dengan aksi spontannya itu.

"Gomawo Dahyun-aa." bisik Baekhyun perlahan di telinga Dahyun. Cukup perlahan sehingga mereka berdua sahaja yang mampu mendengar bisikan itu. Lambat-lambat, Dahyun membalas pelukan Baekhyun. Wajahnya disembamkan pada dada kiri Baekhyun, ingin menyembunyikan wajahnya yang sudah terbakar kerana malu.

[HIATUS] Kingka Battle 킹카 전투  + Exo ft. BtsWhere stories live. Discover now