Chapter 12: Accident

90 10 0
                                    

"Kau nak apa ni?" soal Dahyun dengan wajah tidak puas hati. Dia menjauhkan dirinya daripada Kai. Risau.

Risau jika Kai cuba nak mengapa-apakannya. Lagipun Kai kan pembuli, jadi tak mustahil kalau dia nak jadikan Dahyun sebagai mangsa dia yang seterusnya. Kan?

Kai memandang Dahyun. Tepat pada anak matanya. Terkaku Dahyun apabila direnung begitu. Dirasakan degupan jantungnya mula berdegup laju. Dahyun berdeham untuk menghilangkan rasa debarnya.

"Kalau kau terus diam macam ni, aku pergi dulu." Baru sahaja ingin membuka langkah, lengan Dahyun dicapai oleh Kai. Erat. Namun sikit pun tidak menyakiti Dahyun.

"Kau.. Kau okey tak?" soal Kai. Wajahnya sukar ditafsir oleh Dahyun. Dia tidak tahu apa yang sedang berlegar di fikiran Kai.

"Maksud kau? Aku okey je." Dijawab juga soalan Kai walaupun dia tidak tahu maksud di sebaliknya soalannya itu. Perlahan-lahan, dia melepaskan tangannya daripada terus dipegang oleh Kai. Tidak selesa.

"Semalam. Pasal semalam. Kau kan kena serang? Dan, aku yang selamatkan kau." beritahu Kai lagi. Dia membuka pin di hujung lengannya kemudian dilipat sehingga ke siku.

"Aku.. Okey je. Eerm, terima kasihlah sebab tolong aku." Dahyun senyum kekok. Dia menunduk apabila terasa dirinya ditenung. Debaran di dada baru sahaja reda namun rentaknya kembali laju apabila melihat gaya Kai sekarang. Kacak.

"Semalam kau menangis. Tahu tak muka kau buruk?" selamba sahaja Kai mengutuk Dahyun. Niat di hati hanya ingin menceriakan suasana yang kekok di antara mereka. Dia sendiri juga tidak tahu apa yang merasuk dirinya sehingga dia ingin sekali dekat dengan Dahyun.

"Yahhh, tak payah ungkit lah pasal semalam!" marah Dahyun dengan wajahnya yang sudah merah. Bukan kerana marah tapi malu. Ingin sekali dia melupakan hal semalam tapi Kai mengungkitkannya kembali.

Kai sembunyi senyum. "Bukan apa. Aku tak boleh lupa muka kau sampai tak boleh tidur aku. Sebab takut mimpi ngeri." Semakin galak Kai mengusik Dahyun. Ini pelik. Pelik kerana tidak pernah pun dia bergurau dengan sesiapa. Jarang sekali. Lebih-lebih lagi dengan perempuan.

"Aku tak suruh pun kau datang tolong aku. Kalau kau tak datang, tak perlulah kau tengok muka aku tu. Menyampahlah! Ingat muka kau tu cantik sangat ke? Ee kicap tahu tak kicap!" Marah Dahyun pula. Rasa sakit hati apabila Kai terus-terusan mengejeknya. Dijelingnya Kai yang sedang tersenyum kecil.

"Kicap? Kicap kau kata? Kau kata muka aku kicap? Eh, kalau muka kicap takkan sampai ada peminat, hah?" balas Kai lagi. Dia pula yang rasa geram apabila Dahyun menggelarnya kicap. Tahulah wajahnya sedikit gelap tapi tak adalah sama sangat dengan warna kicap tu.

"Perasan. Peminat konon. Berpasir tekak aku dengar yang kau ni ada peminat." Dahyun menjelirkan lidahnya. Puas dia rasa apabila dapat mengembalikan paku buah keras pada Kai. Dia memusingkan badan, ingin berlalu pergi. Tapi, sekali lagi langkahnya terbantut dengan panggilan Kai.

"Dahyun."

"Apa?" soal Dahyun malas.

"Aku.. Ermm, aku. Aku nak minta maaf." ucap Kai sambil memejamkan mata. Entah kenapa, rasa berat sekali mulutnya untuk mengeluarkan kata maaf untuk Dahyun.

Dahyun mengerutkan dahinya. Tidak faham dan tidak tahu kenapa Kai tiba-tiba sahaja meminta maaf padanya. Kai ada buat salahkah? Tapi apa dia? Kenapa dia langsung tak tahu?

"Kenapa kau minta maaf? Kau ada buat salah ke?"

"Ya. Aku ada. Aku yang sebarkan scandal kau dengan Jungkook. Sebab aku nak balas dendam. Kau malukan aku depan semua pelajar haritu. Jadi, aku pun ambik lah peluang ni." Kai terdiam sekejap. Dia mengerling Dahyun yang hanya diam dengan wajahnya yang terkejut.

[HIATUS] Kingka Battle 킹카 전투  + Exo ft. BtsWhere stories live. Discover now