Chapter 2: Pelajar Baru

172 14 1
                                    

Dahyun melilau di kawasan sekolah tersebut. Matanya liar mencari di mana pejabat sekolah.

Alah! Besar lah pulak sekolah ni. Menyesal tak mintak tolong oppa.

Baru sahaja Dahyun ingin mendail nombor Jungkook tetapi tanpa disedari dia terlanggar bahu seorang gadis sehingga membuatkan iPhone nya jatuh. Mata Dahyun membulat.

Segera dia menunduk mencapai iPhone nya. Nafas lega dilepaskan.

Bersyukur pada tuhan, nasib skrin tak pecah.

"Maafkan saya. Saya jalan laju sangat tadi sampai tak sedar awak dekat depan." Gadis itu memohon maaf sambil menundukkan tubuhnya.

"Ehh, tak apa. Saya okey je ni." Dahyun memegang bahu gadis itu agar dia berdiri tegak semula. Daripada segi pemakaian, mungkin gadis itu turut merupakan pelajar sekolah Hanlim.

"Awak pelajar baru?" Gadis itu menyoal.

Dahyun mengangguk. "Boleh tak awak tolong tunjukkan pejabat sekolah? Dari tadi saya cari tapi tak jumpa." Dahyun terus meminta pertolongan daripada gadis itu.

"Ini bangunan kelas. Sebab tulah awak tak jumpa." Ketawa kecil terlepas daripada gadis itu. "Jom saya bawakan awak ke bangunan pentadbiran." Ajak gadis itu.

Dia menarik lengan Dahyun agar turut mengikuti langkahnya. Apabila mereka sudah sampai di destinasi, Dahyun mengucapkan terima kasih kerana membantunya.

Daripada pejabat, Dahyun pergi ke bilik guru pula untuk berjumpa dengan guru kelasnya. Kali ni, nasib baiklah staff pejabat tolong tunjukkan jalan. Kemudian barulah dia dapat masuk ke kelas barunya.

---

"Omoo!!! Hensem lah oppa!"

"Wah!! Harini diaorang nampak berbeza!"

Suara pelajar perempuan memecahkan kesunyian sekolah Hanlim apabila Exo-k memasuki kawasan kelas. Suara semua macam bunyi siren. Serius bising!

Tapi perkara ini perkara biasa dan Exo juga mengabaikannya. Tanpa menghiraukan pelajar perempuan, mereka terus berjalan masuk ke kelas.

"Penat lah aku setiap hari macam ni. Merosakkan pagi aku yang indah je." Sehun yang merupakan salah satu member Exo-k merungut. Dia mengambil tempat duduknya di belakang sekali barisan ketiga. Kai turut melabuhkan punggungnya di sebelah Sehun.

"Apa boleh buat. Muka aku kacak sangat ni. Haishh." Chanyeol memegang wajahnya sambil tersenyum riang. Dia turut duduk di tempatnya di barisan tengah nombor 2.

"Oppa!!" Jeritan seorang gadis telah membuatkan ahli Exo-k menundukkan kepala mereka. Mata mereka dipejamkan dan dahi mereka berkerut.

Ah sudah! Perempuan sihir dah datang!

Goo Hara berlari dengan gedik je arah Kai sambil bibirnya sedang elok tersenyum manja. Hara pergi ke meja Sehun dan menolak kaki Sehun dengan kakinya. Sebagai tanda agar Sehun bangun dari tempat duduknya.

Sehun membulatkan matanya kerana tidak percaya yang dirinya sedang dihalau dari tempat duduknya sendiri.

"Ish, tak guna betul lah perempuan ni." Perlahan Sehun mengutuk Hara sambil berjalan lemah menuju ke tempat duduk Seulgi yang berada di depannya.

"Oppa, harini saya ada buat bekal untuk oppa. Guess what? Saya buatkan makanan kegemaran oppa. Bibimbap!" Dengan ceria Hara mengeluarkan bekas makanan dari beg plastik.

Kai masih leka mendengar lagu menggunakan earphonenya sambil bersandar pada kerusi. Matanya dipejamkan. Tangan disilangkan pada dada dan baju kemeja putihnya dilipat hingga je paras siku. Kot sekolah entah hilang ke mana.

[HIATUS] Kingka Battle 킹카 전투  + Exo ft. BtsWhere stories live. Discover now