Chapter 9: Gosip

127 11 0
                                    

"Dahyunnn!! Cepatlah sikit berkemas tuu. Oppa dah lambat ni. Nak ambil Jisoo pulak." buat sekian kalinya, Jungkook memanggil Dahyun yang masih lagi belum turun.

"Haaaa kejap lah Oppa!" sahut Dahyun dari atas. Tidak lama kemudian, dia berlari anak menuruni anak tangga sambil menuju ke meja makan. Belun sempat Dahyun melabuhkan punggung, Jungkook sudah menariknya ke pintu rumah.

"Oppa!! Apa nii?! Orang nak breakfast lahhh." marah Dahyun sambil cuba melepaskan tangannya. "Oppa, Dahyun lapar nii. Nanti tak pasal-pasal Dahyun..."

Belun sempat dia menghabiskan ayatnya, mulutnya sudah disumbat dengan roti bakar oleh Jungkook. "Gomawo Oppa." jawab Dahyun yang akhirnya sudah tenang. Jungkook hanya mampu menggelengkan kepalanya. Selagi dia tak dapat makan selagi tu lah mulut tu tak reti nak diam.

"Cepatlah. Nanti Jisoo merajuk pulak." ujar Jungkook lagi. Memang peninglah dia nak melayan kerenah adiknya yang seorang ni.

"Iyaa iyaaa. Sabarlah. Oppa ni, risau sangat dengan yeochin dia tu. Nanti kalau unnie merajuk, dia jugak yang sibuk minta tolong kita." giliran Dahyun pula nak membebel.

Jungkook sekadar tersenyum melihat wajah adiknya yang dah masam tu. Marah marah jugak, tapi mulut tu masih mengunyah lagi. Ish lah budak ni.

---
"Betul ke? Takkan lah Jungkook sunbae curang dengan Jisoo unnie?"

"Kita semua nampak kan dia peluk budak baru tu masa baseball game?"

Seulgi mengangkat keningnya. Sejak dia datang sekolah lagi, dia sudah dengar semua pelajar bercakap pasal Jungkook dan Dahyun. Siapa yang sebarkan gosip ni?

Lantas kaki diatur menuju ke kelasnya. Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Seulgi menongkat dagunya sambil memikirkan perihal tadi.

"Good Morning!" sapa Chanyeol ceria namun tidak diendahkan oleh pelajar di dalam kelasnya. "Huh, aku diabaikan." ujar Chanyeol perlahan dengan hati yang kecewa. Sobs sobs.

"Heyy Seulgi. Kau tengah fikir apa tu?" tanya Baekhyun yang baru saja masuk ke dalam kelas. Dia duduk di tempat Dahyun sambil memandang Seulgi.

"Hmm, kau ada dengar tak gosip pasal Dahyun dan Jungkook sunbae?" soal Seulgi. Dia memandang Baekhyun dengan wajah yang serius.

Sehun yang terdengar soalan mereka berdua terus menarik kerusi dan duduk bersama mereka.

"Aku tak tahu apa-apa pun." jawab Baekhyun sambil mengangkat bahunya.

"Aku tahu. Satu sekolah tahu yang Jungkook curang dengan Jisoo noona dan bercinta dengan Dahyun!" semangat sahaja Sehun bercerita. Mulut Baekhyun ternganga mendengarnya.

"Jangan mengarutlah!" marah Baekhyun pula. Heshhh macam mana ni. Aku belum sempat buat apa-apa, Dahyun kena kebas dengan orang lain. Humph!

"Tak mengarutlah. Benda betul okey. Lagipun kita sendiri nampak kan yang Jungkook selamatkan perempuan tu semalam?" sampuk Kai pula. Kemudian dia menyambung tidurnya semula. Dalam diam dia tersenyum sinis.

Seulgi hanya mendiamkan diri. Dia rasa berbelah bahagi. Dia tahu perkara sebenar tapi perlukan dia memberitahu mereka yang Jungkook adalah abang kepala Dahyun? Macam mana kalau nanti Dahyun sepak aku sebab bocorkan rahsia? Aku kan dah janji dengan dia semalam.

Seulgi dilema.

Baekhyun terdiam mendengar kata-kata Kai. Dia rasa sungguh kecewa. Hatinya tergores. "Dia cuma menyelamatkan Dahyun lah. Itu pun kau nak fikir dia ada scandal dengan Dahyun ke hah?" Baekyun melenting tiba-tiba. Matanya mencerlung memandang Kai.

"Jangan disebabkan hubungan kau dengan Jungkook tu tak berapa nak rapat lepastu ditambah pulak Dahyun tu musuh terbaru kau, kau terus nak ambik kesempatan atas apa yang berlaku." sambung Baekbyun lagi.

[HIATUS] Kingka Battle 킹카 전투  + Exo ft. BtsWhere stories live. Discover now