🔑 Bab 60 🔓

6.7K 562 0
                                    

Jaera baru sahaja selesai menjemur pakaian di luar. Masuk sahaja dia ke dalam rumah melalui pintu belakang, matanya tertumpu pada sesusuk tubuh Mingyu yang sedang menyiapkan Jaemin di atas sofa. Pakaiannya juga nampak kasual. Jaemin juga turut dikemas rapi. Tergerak hati hendak menanya.

"Sayang... nak pergi mana?" Soal Jaera sambil melangkah mendekati Mingyu.

"Keluar sekejap."

"Jaemin?"

"Saya nak bawa sekali."

"Saya nak ikut! Kejap say..."

"Tak payahlah. Stay rumah je. Saya pergi sekejap. Tak lama." Serta-merta hilang senyuman Jaera pada bibir. Mingyu terus mendukung Jaemin dan bergerak untuk keluar dari rumah. Sikit pun dia tidak menoleh memandang isterinya.

"Mingyu!"

Mingyu menoleh. Dengan wajah yang tenang tanpa perasaan.

"Apa?"

Jaera diam. Tidak jadi hendak meneruskan ayat keramatnya.

"Tak ada apa-apalah."

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now