🔑 Bab 35 🔒

9.7K 690 14
                                    

"Macam appa dia."

Tersentak Jaera dibuatnya mendengar suara itu. Dia tidak mahu memandang muka pintu bilik wad peribadi Jaemin. Dia sekadar melihat reaksi anaknya.

"Pa..."

Jaemin senyum, ketawa, dan tersengih.

"Pa..."

Tangannya mula diangkat, meminta insan yang hadir itu mendukungnya. Jaera tidak menoleh mahupun memandang. Dia sekadar menunduk sehinggalah Jaemin diangkat dari katil.

"Anak appa..."

Jaera lepaskan nafas panjang dan memandang ke tempat lain. Tetapi dia merasakan ada ciuman sekilas pada kepalanya. Air mata cuba ditahan selagi mampu.

"Isteri saya."

"Kenapa datang sini?"

"Kenapa? Tak boleh?"

Jaera diam tidak menjawab. Masih dalam posisi yang sama.

"Saya nak jumpa dengan anak saya. Nak jumpa isteri saya."

"Habis sebelum ni? Saya tak wujud? Jaemin tak wujud? Macam tu?"

Mingyu menarik bahu Jaera supaya meminta isterinya itu memandangnya.

"Saya tak pernah kata macam tu pun."

"Tapi cara awak tu yang menunjukkan, saya dengan Jaemin tak pernah wujud dalam hidup awak."

Kata-kata Jaera mematikan ayat Mingyu. Dia menepuk belakang tubuh Jaemin dengan lembut. Anaknya melentok di atas bahu sambil bermain dengan hujung baju T shirt ayahnya.

"Pergilah dengan anak baru awak. Jaemin ni cuma an..."

"Areum dah meninggal, sayang."

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now