🔑 Bab 6 🔓

7.1K 780 2
                                    

"Kenapa Aira ada dekat sini?" Soal Mingyu selepas menarik isterinya masuk ke dapur. Wajahnya nampak sedikit penat dan marah. Lebih-lebih lagi apabila terpandang kelibat Aira, kakak iparnya di ruang tamu. Sedang bermain dengan anak lelakinya.

"Biarlah dia dekat sini. Dia ada masalah."

"Rumah kita bukannya hotel, Jaera."

Jaera menjeling Mingyu. Anak mata lelaki itu dipandanh tajam.

"Itu kakak saya. Saya ada hak."

"Dan ini rumah saya. Rumah kita. Awak kena tanya saya dulu, minta izin saya dulu sebelum bawa masuk sesiapa dalam ni." Kata lelaki muda ini. Masih berkeras untuk menyuruh Jaera supaya mengarahkan Aira pulang. Padahal sudah terlalu lewat.

"Selama ni awak macam tak nampak pula tanggungjawab awak dekat mana. Awak abaikan saya. Awak abaikan rumah. Bila Aira unnie datang, sibuk sebut pasal izin."

"Jangan kurang ajar dengan suami awak, Park Jaera."

Jaera melangkah meninggalkan Mingyu di dapur.

"Bukan kurang ajar. Tapi tak tahan. Tak tahan dengan perangai awak."

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now