🔑 Bab 52 🔓

7.1K 615 23
                                    

"Cantikkan isteri Jungkook."

"Cantik lagi isteri saya."

"Saya tak mengandung. Isteri Jungkook tengah mengandung. Ibu mengandungkan seksi."

"Jadi mengandunglah untuk saya."

"Awak ingat mengandung ni senang ke?"

Mingyu ketawa kecil. Jaera hanya diam. Dia bermain dengan Jaemin yang mula nampak ceria selepas bangun tidur tadi. Mingyu di sebelah, sedang memandang bahagian pentas kecil. Meja bulat ini dipenuhi dengan tiga pasangan yang sudah berkahwin.

Mingyu dan Jaera.

Jungkook dan isterinya.

Kakak iparnya dan birasnya.

Tuan Kim dan Puan Kim di meja lain. Majlis perasmian sudah berlangsung. Sekarang ada majlis lain yang akan dilangsungkan memandangkan Tuan Kim menjemput semua warga pekerjanya ke sini.

"Sayang,"

"Ya?"

"Lagi tadi saya nampak Kai pandang awak. I feel something fishy. Better awak tukar baju awak." Bisik Mingyu pada telinga isterinya. Jaera menoleh mengejut.

"Kai? Sepupu awak?"

Mingyu angguk. Mukanya jelas nampak tidak senang hati.

"Dia datang ke?" Soal Jaera. Mingyu berdecit kecil sebelum menjeling Jaera dengan hujung mata.

"Of course dia datang. Ex-boyfriend awak." Lain macam bunyi suara Mingyu. Jaera ketawa kecil. Lengan Mingyu dipeluk perlahan.

"Nasib baik ex-boyfriend. Kalau ex-husband?"

"Jaera..."

"Okey, okey, okey." Jaera mengalah. Faham sangat Mingyu tidak senang hati.

"Nantilah saya tukar baju. Habiskan majlis dulu." Kata Jaera lagi.

"Jangan terserempak dengan dia. Dia tak boleh nampak awak. Kalau tak, mesti ada something untuk dia talking with you. I know that."

"Hei.. jangan takutlah. Saya okey. Dia bukan perogol bersiri pun."

"Memanglah bukan tapi dia pernah rogol hati awak."

Pecah ketawa Jaera sehingga hampir menganggu satu meja yang lain. Jungkook dan kakak iparnya memandang dengan wajah curiga.

"Gyu... jangan kacau Jae boleh? Appa tengah bagi ucapan tu dengar." Keras suara kakak Mingyu. Jaera menekup mulut. Terasa lawak tidak habis.

"Nuna diam. Aku ada urusan lain nak kena settle ni." Kata Mingyu. Masih serius. Jaera menepuk-nepuk pipi Mingyu sekilas.

"Dahlah tu. Nothing happen."

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now