🔑 Bab 47 🔒

7.7K 645 2
                                    

"Saya sakit kepala."

"Kalau nak saya urut awak, bagitahu saya dulu." Kata Jaera sambil menolak kepala Mingyu dengan lembut. Lelaki itu mengeluh panjang dan berat.

"Sayang nak tahu pasal apa ni, hmm?"

"Jangan buat tak tahu boleh tak? Suka sangat buat saya sakit hati. Nanti bila saya berjauh hati dengan awak, awak susah hati." Terlepas juga kegeraman dalam hati. Terkebil-kebil Mingyu dibuatnya. Hilang penat dan mengantuk.

"Awak okey?" Mingyu kepit pipi Jaera dengan tangan. Anak matanya menikam anak mata isterinya dengan tajam.

"Okeylah. Takkan tak okey pula."

Mingyu senyum. Perlahan-lahan tangannya melorot ke bawah dan memegang tangan Jaera.

"Kenapalah garang sangat sejak dua menjak ni. Sama macam awak mengandung dulu."

"Mingyu..."

"Ya... apa dia?"

"Cepatlah bagitahu." Jaera hampir sahaja putus asa. Terasa hendak menangis pun ada. Kehendaknya tidak dituruti. Hatinya terlalu meronta ingin tahu. Apa sebenarnya yang tidak kena dengan dirinya. Tetapi Mingyu langsung tak nak bagitahu.

"Betul ni nak tahu?"

Kepala Jaera pantas mengangguk. Dia fokus.

"Tak payah tahulah."

Jaera diam. Dia penat. Dalam moodnya tengah baik, Mingyu pula jejaskan.

"Suka hati awaklah. Saya tahulah saya tak penting. Saya tak tanya lagi." Dia bangun dan mendekati ke katil bayi Jaemin. Sempat telinga menangkap gelakan halus dari Mingyu. Baru hati hendak terpujuk, sakit lagi.

"Awak berubah kepada yang saya nak, sayang. Tu je." Lingkaran tangan sasa pada pinggangnya memeranjatkan. Jaera pegang sisi katil bayi itu dengan erat.

"Berubah? Saya berubah?"

"Ya. Awak nampak macam dulu." Mingyu ucapkan lagi. Suaranya cukup perlahan dan romantik.

"Macam dulu? Habis tu sekarang?"

"Sekarang macam dululah. Tapi perangai manja isteri saya je saya tak nampak lagi. Ke mana agaknya pergi. Bilalah nak balik. Saya rindu."

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now