🔑 Bab 57 🔒

7K 574 5
                                    

Jaera tidak sempat hendak menukar pakaian kerana pintu biliknya diketuk oleh saudara lain supaya turun bergambar. Jaemin ditinggalkan sahaja di bilik. Tidak risau sangat anak kecil itu menangis kerana sedang tidur lena. Jadi dia turun.

Matanya ralit mencari kumpulan keluarganya. Segera dia menyarungkan kasut tumit tinggi untuk ke arah kelompok itu.

"Haa ini dia Jaera. Jae, come here." Omma datang mendekati Jaera untuk berdiri di sebelahnya. Mingyu berdiri di belakangnya.

"Kenapa tak tukar baju lagi ni?"

"Tak sempat." Jaera senyum menghadap kamera. Entah berapa banyak gambar ditangkap. Jaera sekadar akur sahaja.

"Mingyu... boleh tak berdiri sini?" Jaera luruskan jari ke tempat yang dikatakannya.

"Why?"

"Can I stand here?" Tiba-tiba, Kai datang dari sebelah kiri berjalan mendekati mereka berdua. Mingyu menjeling. Dia tidak boleh bergerak kerana dihimpit dengan saudara-mara yang lain. Jaera menjadi lebih tidak selesa. Tetapi dia sekadar berlakon macam biasa. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

"Kata nak tukar baju." Kai berbisik. Jaera kakukan diri. Tidak mahu menjawab.

"I just noticed a kiss mark on your neck."

"Then?"

"I'm jealous."

"Tak patut."

Mingyu mendengar sahaja perbualan yang menyakitkan hati itu. Jika difikirkan, Jaera sepatutnya mengabaikan. Tetapi semakin dilayannya pula. Berbara hati tidak terkata.

"How about I do the same thing to you. I mean... a kiss mark..."

"Behave yourself, Kai. Saya dah kahwin. Dah ada anak. So please... behave." Jaera berjauhan sehinggakan Puan Kim di sebelah menoleh.

"Kenapa, Jae? Something wrong?"

Jaera menggeleng.

"Nothing, omma."

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now