🔑 Bab 13 🔒

7K 695 9
                                    

Penantian yang tidak berpenghujung. Dari tengahari tadi, sehinggalah sekarang, Mingyu, Kyung Ri dan kakaknya masih belum pulang. Mingyu tutup telefon. Aira pula tidak membawa apa-apa gajet yang boleh menghubungkannya di sana. Kyung Ri? Dia tidak tahu.

Jaera sudah berada di dalam rumah Aira sejak tengahari tadi. Perasaan risau kuat menyelubungi diri. Terfikir, apa yang terjadi kepada Aira. Apa yang menyebabkan dia pengsan. Tetapi perasaan risau terhadap Aira tidak sekuat perasaan cemburu terhadap Mingyu dan Kyung Ri. Dia masih sakit hati. Malah semakin pedih dan perit. Kalau nak diikutkan, hendak sahaja dia menghamburkan api kemarahannya tadi. Cuma dia memikirkan Jaemin. Dia bimbang Jaemin akan terkejut dan menangis. Jadi ditahankan sahaja.

Jaera duduk di sofa. Menemani Jaemin yang berada di lantai bawah beralaskan comforter bayi lembut. Jarang Jaemin menangis kerana tidak selesa. Baginya, keselesaannya itu berada di atas lantai bersama comforter tebalnya.

Ding dong...

Bunyi loceng. Segera Jaera bangkit. Dia terlalu ingin tahu. Tiba sahaja di hadapan pintu, tombol dipulas.

"Unnie... unnie okey tak?!" Terasa hendak mengeluarkan air mata melihat wajah pucat kakaknya yang sudah tiba di hadapan pintu. Tangan Aira menyentuh perut. Dahinya berkerut. Seakan sedang menahan sakit.

"Okey."

"Unnie sakit apa?!"

Kali ini Aira diam. Dia merenung anak mata Jaera sedalam-dalamnya.

"Jae... tali perkahwinan unnie dengan Cheol masih ada lagi." Jaera tercengang seketika. Tidak dapat menangkap apa yang cuba Aira hendak sampaikan.

"Maksud, unnie?"

"Dalam ni... ada baby. Anak kedua dia."

"What?! Macam mana boleh ada? Sedangkan unnie dengan dia dah lama..."

"Rezeki."

Jaera terdiam. Hanya melihat susuk tubuh kakaknya bergerak ke sofa. Jaera memandang luar. Cuba mencari seseorang.

"Unnie.. Mingyu mana?"

Aira menoleh. Kemudian dia duduk di sofa dan tidak lagi memandang adiknya.

"Hantar Kyung Ri balik rumah."

Sekali lagi Jaera terdiam.

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now