🔑 Bab 33 🔒

8.9K 699 44
                                    

"Kyung, siapa?" Mingyu keluar dari tandas dengan dahi yang berkerut. Wajahnya yang basah dibiarkan. Kyungri meletakkan semula telefon Mingyu di atas meja selepas menjawab panggilan daripada isteri Mingyu tadi.

"Jaera. Saya tak sempat cakap awak dekat toilet, dia terus tutup."

Kaku Mingyu di hadapan katil Kyungri. Tidak putus anak matanya memandang Kyungri yang pucat lesi itu.

"Jae.. Jaera? Dia call?"

Kyungri mengangguk. Mingyu labuhkan punggung di atas birai katil wanita itu. Bagaikan tidak percaya. Sudah hampir 4 hari isterinya pergi. Hari ini baru menelefonnya. Jujur, dia rindu.

Tetapi sayang... dia terlajak jauh. Perkataan rindu itu sekadar terzahir dalam hati. Tidak terlahir melalui bibir dan sanubari.

"Awak call lah dia semula. Mesti dia salah faham."

Mingyu patahkan pandangan ke arah Kyungri.

"Dia memang akan salah faham."

"Kenapa cakap macam tu? Dia kan isteri awak."

"Tapi dia tak akan mengaku saya suami dia."

'Sebab satu kesilapan besar kau juga, Mingyu.'

Kyungri tersenyum nipis. Bahu Mingyu ditepuk perlahan.

"Pujuklah dia. Berbaik semula. Saya boleh hidup sendiri."

Mingyu menggeleng kecil.

"Awak tanggungjawab saya juga."

"Tapi Jaera isteri awak. Isteri yang sah. Saya? Saya dah tak ada apa-apa. Areum dah meninggal. Jadi kita dah tak ada hubungan."

Mingyu diam. Kyungri menyambung semula ayatnya.

"Kalau awak rasa, awak masih cintakan Jaera, pergilah pujuk dia. Berbaik semula. Tinggalkan saya. Awak tak cintakan saya kan?"

"Tapi saya rasa bersalah. Awak sakit."

Kyungri menggeleng lemah. Nafasnya sedikit tersekat-sekat.

"Saya masih kuat. Jangan risau. Yang paling penting sekarang ni, isteri awak."

Mingyu menunduk perlahan. Berfikir dan menghayati sejenak.

"Saya tak rasa dia akan maafkan saya."

"Jangan lemah, Mingyu."

"Tapi saya lemah bila anak dan isteri saya sendiri hilang dari hidup saya."

"Jadi, kejar dia balik."

Mingyu diam. Kyungri menyentuh lengannya perlahan.

"Kejar dia sampai dapat. Jangan sampai dia kena tahan dengan orang lain. Masa tu, awak menyesal pun tak ada guna.",

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now