🔑 Bab 22 🔓

7.7K 673 36
                                    

Perpisahan. Langsung tiada dalam kamus hidupnya. Dari itu hari Jaera terfikir. Kenapa Mingyu boleh berubah. Dia fikir, apa kesalahan yang dia buat. Dia terbayang, bagaimana hidupnya nanti jika dia berpisah dengan Mingyu. Semuanya dia fikir. Dan segalanya menyakitkan.

Jaemin yang berada di dalam baby court diambil lantas di dukung. Terasa ingin menghirup udara pagi bersama Jaemin. Jaemin pula jarang dibawa keluar. Jadi hari ini, dia mahu anaknya menghirup oksigen segar di luar rumah.

Mingyu kerja. Awal pagi lagi sudah kelam kabut keluar dengan wajah yang cemas. Entah apa yang dirisaukan. Jaera tidak mahu menanya walaupun hati meronta ingin tahu. Namun egonya meninggi. Sakit hati.

Jaera berjalan perlahan-lahan menuju ke taman permainan yang tersedia di kawasan perumahan ini. Kepala Jaemin ditutup dengan baju hoodie anak kecil itu. Bimbang jika Jaemin tidak selesa dengan suasana pagi yang sedikit sejuk ini.

 Bimbang jika Jaemin tidak selesa dengan suasana pagi yang sedikit sejuk ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jaemin... Jaemin..." Jaera membisikkan nama pada telinga Jaemin. Sesekali dia meniup lembut pipi gebu anaknya itu. Terkekeh Jaemin ketawa sambil menggoyangkan tubuh. Jaera ketawa kecil. Dia menyanyi kecil dan melekapkan pipinya dengan pipi Jaemin. Geli, berdekah Jaemin ketawa. Memecahkan sunyi kawasan perumahan ini.

Semakin lama kaki Jaera semakin dekat dengan taman permainan. Sehingga matanya terlihat, sebuah kereta Audi berwarna hitam kilat, yang cukup menarik perhatiannya sedang terpakir di kawasan taman itu. Semakin kakinya mendekat, semakin hatinya meronta.

Kelibat seorang lelaki berpakaian kemeja putih, berambut coklat, sedang duduk mendukung seorang bayi dalam usia 5 hingga 6 bulan. Berbeza dengan Jaemin yang sudah masuk setahun lebih.

Turut menjadi perhatian, ada seorang wanita di sebelah lelaki itu. Dan wanita itu turut menjadi tarikannya.

Jaera lajukan langkah. Dia tidak sabar. Kerana dia yakin... memang lelaki itu dan memang wanita itu. Dia kenal.

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now