Syifa tersengih. Lupa, bosnya belum tahu.

"Sebenarnya, majlis tak jadi," perlahan lahan dia beritahu. Agak malu juga ingin berterus terang.

"Tunda ke? Habis tu bila pulak?" Soal Zafriel lagi.

"Tak tunda. Tapi memang tak jadi. Adam dah batalkan majlis kami," memandangkan Zafriel sudah tahu sedikit sebanyak tentang dia dan Adam, jadi tak salah rasanya dia ceritakan kepada Zafriel.

Melopong Zafriel mendengar penjelasan Syifa. Lagi beberapa hari sebelum majlis kot. Mudahnya Adam membuat keputusan. Desis hatinya.

"Ohh I see. Agak mengejutkan. So, awak tak jadi kahwinlah ni?" Zafriel tersenyum. Nakal.

Syifa mengangguk dan dia membuat isyarat untuk keluar.

"Syifa Syifa, dah memang jodoh dah tertulis untuk kita ke apa ni?" Zafriel tersenyum dan menggeleng geleng perlahan.

Syifa perasankan satu perubahan. Zafriel sudah kembali! Zafriel sudah kembali menjadi yang peramah tapi tetap menjengkelkan!

Bos. Tolonglah jangan bersikap macam ni. Kalau bos teruskan, macam mana saya tak terpikat?

Siapa tak terpikat jika setiap pagi dia dihadiahi kinder bueno! Dari bosnya! Kalau bukan kinder bueno, dia akan mendapat cadburry. Dua dua kegemarannya.

"Kenapalah dengan bos aku ni. Kalau nak mengorat, bagitahu aje lah. Jangan drop hint macam ni. Sis tak kuat," Syifa mengomel perlahan.

"Amboi. Sengih sampai telinga dapat coklat dari bos ya," Kak Ita mengusik. Syifa tersipu.

"Siapa tak suka dapat coklat favourite kak oi," Syifa menutup rasa malu.

"Iye lah tu. Akak rasa bos tu dah suka dekat Syifa. Lepas dapat tahu Syifa tak jadi kahwin, terus je dia berubah jadi sweet sour macam tu," Kak Ita menjeling.

"Hish akak ni. Merepeklah," Syifa lantas menyimpan coklatnya ke dalam beg. Dan untuk pengetahuan anda semua, Syifa tak makan pun coklat yang diberi Zafriel kerana sayang katanya! Dia membuat koleksi di biliknya. Mengada.

Tiba tiba dia didatangi oleh seorang wanita yang agak daring. Syifa melihat gerangan itu.

'Lah, perempuan ni lagi'.

"Ye Cik Kirana. Ada apa yang saya boleh bantu?" Syifa berdiri tanda hormat.

"I nak masuk nak jumpa Zafriel. Dia ada?"

"Maaf cik. Encik Zafriel ada client. Jadi Cik Kirana tak boleh masuk jumpa dia,"

Kirana membuat muka meluat.

"Hello, I nak jumpa Zafriel no matter what. So do I care?" Kirana menjeling sambil menyilangkan tangan di dada.

"Sekali lagi saya minta maaf cik. Encik Zafriel dah pesan jangan ada siapa siapa ganggu dia buat masa ni," Syifa menahan rasa.

'Minah ni aku hempuk jugaklah karang. Tak faham bahasa ke apa? Nak aku cakap bahasa Sepanyol baru nak faham?'

Kirana merengus. Dia duduk di sofa yang terdapat di situ. Dia harus berjumpa dengan Zafriel. Kirana melihat Syifa yang tekun membuat kerja. Menyampah. Tiba tiba dia teringatkan sesuatu.

"Hey you," Kirana pergi ke meja Syifa.

"You kan yang konon kononnya bakal tunang Zafriel kan? Betul ke semua tu?"

Syifa terkedu. Perempuan ni ingat lagi rupanya.

"Taklah. Mana ada. Semua tu salah faham je," Syifa tersenyum.

"I dah agak. Takkan Zafriel nakkan perempuan macam you ni kan. Lainlah kalau I. Memang dia pandang," Kirana kembali ke tempat duduk.

Syifa menjeling tajam. Apa ingat aku ni tak laku sangat ke? Dia memandang Kak Ita di sebelah. Kak Ita hanya menjongketkan bahu.

Tidak lama kemudian, client keluar dari pejabat Zafriel dan cepat sahaja Kirana melangkah masuk ke dalam pejabat Zafriel tanpa Syifa sempay berbuat apa apa.

"Hai Riel," Kirana menegur dengan suara manja.

Terperanjat Zafriel mendengar suara itu. Macam mana minah ni boleh ada dekat sini.

"Ada apa Kira?" Zafriel menyoal sambil dia buat buat sibuk menyusun kertas di atas meja.

"I nak ajak lunch. Jom," Kirana bersuara manja. Zafriel melihat jam.

"I dah janji dengan Redza nak makan sekali," bohongnya.

"Ala jomlah. Bukan selalu kita jumpa. Sekali sekala. Jomlah," pujuknya lagi.

Rimas Zafriel dibuatnya. Mahu tak mahu, dia bersetuju sahaja.

Syifa hanya memandang kosong bila Zafriel dan Kirana lalu dihadapannya. Langsung tiada kesan. Setakat Kirana. Tak mencabar langsung! Tapi yang menyakitkan hatinya adalah apabila Kirana menjeling ke arahnya. Motif? Ingat aku kisah? Aku dah selalu lah keluar makan dengan bos. Huh!

"Amboi. Jealous nampak Syifa?" Kak Ita mengusik.

"Ish akak ni. Takde kuasa lah nak jealous bagai," Syifa mencebir.

Redza tiba tiba muncul.

"Syifa, jom lunch. Sekali dengan Laila," Redza mengajak.

"Jom,"

"Kak Ita nak join sekali? Jomlah," Redza mengajak Kak Ita.

"Tak nak. Akak puasa sunat,"

Sedang asyik Syifa bersembang dengan Redza dan Maira, tiba tiba dia ternampak kelibat seseorang yang dia kenali.

Adam. Dan dia bukan keseorangan. Dia berdua. Bersama seorang wanita. Wanita yang sama.

Syifa tersenyum sinis. Jadi, nilah sebabnya nak batalkan majlis? Kalau dulu, dia akan rasa sedih dan kecewa bila melihat kejadian itu, tetapi sekarang bertukar menjadi menyampah. Sangat menyampah!

Maira yang perasan perubahan Syifa, terus menoleh le belakang. Ops. Adam. Dia kembali berpaling ke depan dan melihat Syifa yang selamba sahaja meneruskan suapannya.





So here for you guys! Entry ni sebagai permulaan saya mengupdate BVP. Tapi jangan menanti di hari esok ya sebab ni adalah special untuk korang yang setia menunggu. Lepas habis belajar, saya akan update!


Boss Vs PA Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt