2Puluh; Dendam Lama

278 21 0
                                    

BAB 20

BANG!

Bulat mata Keisha melihat atuknya menembak konco Sazwan yang berada dibelakangnya. Darah memercik merata. Terlepas pistol yang sudah digenggamnya tanpa Sazwan sedar.

Langsung Keisha tidak sedar tadi yang dirinya diancam bahaya. Kalau tidak percuma saja nyawanya melayang. Zahirah dan ahli kumpulan atuknya yang lain mengekor dibelakang. Jelas wajah serba salah Zahirah.

Takut sebab dah beritahu atuklah tu.

Kalau kemunculan Keisha itu seperti satu keajaiban buat Eric, kedatangan Giant Tiger ke gudang tinggal ini seperti tuah buat Keisha. Tuah untuk nyawanya.

"Kau bermain dengan api anak muda. Jangan kau berani nak sentuh cucu aku! Sekali kau sentuh dia, kau mati. Ingat tu." Bengis sekali wajah Mat Rend ketika itu.

Dulu...

Hufdail, anaknya dibunuh dengan kejam. Hanya kerana dendam, anaknya menjadi mangsa. Siapa sangka, kawan baik anaknya itu berniat jahat.

Dendam puluhan tahun dahulu dibawanya ke masa hadapan. Diteruskan generasi demi generasi. Kalau begini, sampai pupus pun keturunan mereka, dendam ini tidak akan pernah berakhir.

Saat Hufdail dibunuh, Keisha dan adik-adiknya masih kecil lagi dan mereka menganggap Mat Rend yang telah membunuh bapa mereka.

Dia bukanlah sekejam Zahenon yang membunuh anak sendiri demi kebahagiaan diri. Dia masih lagi insan yang berjiwa manusia. Dia tidak tega mahu membunuh darah daging sendiri. Ugutannya itu hanya sekadar mahu Keisha menyertainya. Dia sudah tua, dia memerlukan pengganti.

Malam itu. Malam terakhir Hufdail bersamanya. Malam dimana segala-galanya berubah 360 darjah.

"Wow, penyelamat tua ni dah sampai." Sazwan bertepuk tangan gembira. Dia tidak sangka yang umpan sekecil Eric mampu menarik ikan kecil dan ikan besar ke daratan. Hebat, hebat.

Zahirah pula segera menghampiri Keisha. Entah dari mana dia mendapat kain, kaki dan tangan Keisha yang terluka dibalut bagi mengelakkkan darah keluar semakin banyak.

Mat Rend ketawa kuat. Bergema. Tersentak Eric, dia terasa seram pula mendengarnya. Apa memang begini ke bila kumpulan gangster bertembung?

"Kau berdendam dengan aku. Jangan campur cucu aku dengan orang awam. Mereka takde kena mengena." Lantang saja suara Mat Rend.

"Memang takde kena mengena. Tapi disebabkan mereka nilah kau datang kesini. Kalau tidak menyorok macam pengecut." Sazwan mengherotkan bibirnya, geram dan menyampah dengan Mat Rend yang telah membunuh ayahnya. Malam yang mengubah statusnya dari punya ayah kepada anak yatim. Titik hitam permulaan hari barunya.

Sazwan sendiri saksikan dengan mata kepalanya bagaimana dengan kejamnya Mat Rend merenggut nyawa ayahnya. Binatang. Mereka semua binatang.

"Aku takkan menyorok. Kau je yang tak berani nak serang aku secara berdepan. Sama macam yang ayah kau buat. Dia pengkhianat." Sinis Mat Rend ketawa.

Sazwan mengetap bibir geram. Ayahnya bukan pengkhianat. Cuma dendam lama berdarah kembali. Kerana Hufdail dan Melisa, ayahnya terpisah dengan ibu mereka. Dia terpisah dengan adiknya. Atuk dan neneknya mati dalam kebakaran kerana Mat Rend.

Eric penyebab dia kehilangan kenangannya. Kalau bukan kerana Eric, tentu saja gambar adik, ibu, ayah dan dirinya masih berada ditangannya. Satu-satunya kenangan yang dia punya sudah berterbangan menjadi debu.

12 tahun lalu...

"Kau bunuh ayah aku!"

"Ya, sebab dia bunuh anak aku."

Keisha tergamam. Ini bermakna atuknya tidak membunuh ayah? Kenapa? Kenapa selama ini atuknya berdiam diri dan menerima tohmahan nista dari mereka adik-beradik. Kenapa?

Tegang urat leher Sazwan. Bibirnya diketap geram. Mat Rend tersenyum sinis. Memang betul budak hingusan, takde pengalaman lagi. Terlampau ikutkan perasaan sampai nyawa sendiri pun sanggup digadaikan. Tembakan rambang dilepaskan.

Kecut perut Eric yang mendengarnya. Seakan jantungnya sudah tidak berada didalam sangkarnya lagi. Walaupun dia lelaki, air matanya yang turun sukar untuk dibendung lagi. Ketakutan.

Beginikah rasanya hidup ditempat yang berlaku peperangan? Ini baru sikit Eric. Baru berbalas-balas tembakan, belum lagi hujan bom diatas kepala.

Salah seorang konco Mat Rend menyelinap kebelakang Eric tanpa pengetahuan Sazwan. Tali ditangan dan kaki dilepaskan. Ikatan yang menutup mata juga dibuka. Pejam celik mata Eric cuba menghadam perkara yang berlaku. Dia menjadi mangsa hanya kerana surat cinta bersampul merah jambu itu? Wow.

Dua orang gadis yang ada didalam gudang itu, sedang bertarung. Salah seorangnya mesti Keisha. Dan tentu-tentu sajalah gadis yang berambut panjang berwarna hitam pekat itu Keisha.

Ingin sekali Eric menyebak rambut panjang itu kebelakang untuk melihat wajahnya. Wajah seseorang yang menyimpan rasa suci kepadanya dan seseorang yang mempertaruhkan nyawa untuk nyawanya.

Antara simpati atau cinta, yang mana satu kini memenuhi jiwanya? Mungkin juga cinta kerana hatinya berdebar tak menentu. Tapi mengertikah dia apa itu erti cinta?

Cinta, perasaan yang subjektif. Ada cinta yang membahagiakan. Ada cinta yang menyakitkan. Ketawa, menangis, asam garam yang perlu dilalui dua insan yang bercinta. Untuk memiliki cinta kadangkala kita memerlukan sedikit pengorbanan. Dan Keisha mengorbankan nyawa untuk cintanya.

"Eric!" Terkejut dengan jeritan gadis bernama Keisha itu, Eric menoleh. Sazwan mengacu pistol kearahnya. Sekali lagi? Huh.

"Wan, ni aku. Ni aku, Eric kawan baik kau." Tergetar-getar suara Eric. Niat dihatinya ingin menyedarkan Sazwan siapakah manusia yang diacunya pistol ini. Sahabat yang selama ini berkongsi kisah suka dan duka. Disaat ketawa dan menangis, mereka sentiasa bersama.

Semangat dikumpul Eric.

12 tahun lalu dia masih kecil. Tidak berani mahu menentang. Sekarang dia sudah 17 tahun. Lagi-lagi dia anak lelaki. Takkanlah mahu bergantung pada Keisha saja. Nyawa Keisha terlampau berharga untuk dipertaruhkan demi seorang jejaka sepertinya.

"Tembaklah aku kalau itu mampu buat kau puas. Tembak Wan!" Dengan lagak yang sengaja dibuat berani, Eric berjalan menghampiri Sazwan yang terlihat sangat bengis. Tapi tiada siapa yang tahu didalam hatinya, jantung mengepam bagai mahu meletup. Ketakutan.

Ini sudah bukan seperti Sazwan yang dia kenal masa sesi orientasi dulu lagi. Sazwan sudah lain. Berubah 100 peratus.

Dia bukan lagi manusia, dia binatang.

Eric mengambil selangkah lagi kehadapan. Semakin menghampiri Sazwan. Dia memang gila. Tiada yang lain selain gila. Berani berhadapan dengan orang yang memegang senjata tanpa ada sedikit pun perlindungan. Bukan gila ke namanya tu?

Sazwan herotkan bibirnya. Kawan pun kawanlah. Dendam sekarang menduduki carta tertinggi dijiwanya. Segalanya dipenuhi kegelapan. Pergi mati dengan status kawan tu. Picu ditarik. Sasaran dikunci dan..

Bang!

"Eric!" Keisha menjerit nyaring, melorot tubuhnya jatuh melutut. Air mata tanpa segan silu merembes keluar. Bagai air terjun yang tiada pengakhirannya. Disini sajakah penamatnya tanpa dia sempat meluahkan perasaan sucinya?

Surat Cinta ©Where stories live. Discover now