6Belas; TAPOPS

271 19 0
                                    

BAB 16

BUKU yang berada ditangan, diletak Eric diatas meja belajarnya. Hasil tulisan Tere Liye tidak pernah mengecewakan Eric. Sentiasa membuat dia bersemangat untuk membacanya. Eric sememangnya pembaca tegar. Bagi dia resit belian pun dia baca jugak. Tapi kalau surat cinta, hanya yang istimewa seperti surat cinta bersampul merah jambu milik K saja yang dibacanya. Yang lain semua bolayan saja.

Dibelek jam ditangannya. Jam lima petang. Eric janji ingin ke rumah Sazwan jam enam petang. Ada masa sejam lagi. Rumah si Sazwan tu bukannya jauh sangat pun. 20 minit dah sampai.

Gelang tangan berukir huruf E dan I menarik minat Eric. Gelang yang dia dan Issabelle buat masa mereka keluar bersama. E stand for Eric and I stand for Issabelle. Lambang permulaan persahabatan mereka. Tidak pernah sekali pun Eric terfikir yang dia dan Issabelle bakal menjadi sahabat. Dia juga agak terkejut dengan sisi lain Issabelle.

Eric menyarung gelang itu ditangannya. Perfume disembur sedikit pada tubuhnya. Bedak talkum diratakan diseluruh wajahnya.

Siap!

Eric@babyboy

Wan, aku baru nak gerak pergi rumah kau ni.

Sazwan@demok

Okey. Geraklu, papehal roger.

Eric menyimpan semula iPhonenya didalam poket seluar. Harapnya Sazwan tak tertidurlah waktu petang macam ni. Dia tu hantu tidur. Letak kepala atas bantal je terus tidur.

Keluar dari bilik, Eric terus mencari mamanya, Puan Sri Hidayu.

"Mama." Tubuh sang ibu didakap dari belakang. Puan Sri Hidayulah tempat Eric untuk bermanja. Diluar mungkin dia nampak macam cool. Tetapi dirumah, Ericlah anak manja mama.

"Babyboy mama ni nak pergi mana siap lawa-lawa macam ni?" soal Puan Sri Hidayu. Pipi Eric ditekup dengan tangan. Anak bongsunya ini sudah jauh tinggi darinya. Rasa macam baru semalam dia dapat tau yang dia mengandungkan Eric, harini dah besar panjang dah. Dah jadi anak teruna dah.

"Nak pergi rumah Wan ma. Malam ni nak bermalam sana. Ada kerja kena buat sikit." Air digelas mamanya dirembat. Bila mamanya jegil mata, Eric tayang sengih saja. Buat muka tak bersalah. Alah, mama boleh bancuh air lainlah nanti. Hehehe.

"Ucu gerak dulu tau ma."

"Ha yelah. Hati-hati bawak kereta tu."

Eric angguk kepala mengerti sebelum melayangkan flying kiss buat mamanya.

Kereta Mercedes Benz milik papanya menjadi pilihan. Nasib baik dia sudah ada lesen. Takdelah mamanya melarang dia bawa kereta. Tapi kalau ke sekolah wajib berhantar dengan driver. Bukannya Eric ni takde kaki nak naik moto ataupun kereta sendiri.

Tapi kalau dah mak-mak, risaunya berlebih macam anak tu kecil lagi. Biasalah. Hati ibu mana yang tak sentiasa risaukan anaknyakan. Lantaklah umur tu. Selagi kau masih bergelar anak, ibu mesti masih risaukan kita.


ERIC memarkir keretanya elok dihadapan rumah Sazwan. Sazwan tinggal dengan makcik dan pakcik dia lepas ayah dia meninggal. Mak dia? Wallahualam. Ada dengar dulu kononnya Sazwan ada adik. Tapi entahlah.

Eric tengok kedalam dari celah-celah pagar. Pagarnya tak berkunci. Masuk jelah ya. Kira halal je.

Belum sempat Eric mahu menegur Puan Habsah yang ralit dengan bunganya, iPhone didalam poket berbunyi. Slide sana, slide sini. Ada mesej baru dari Syuhada didalam group mereka berempat.

TAPOPS

Syuhada@sewel

Uit syoklah Wan dengan Eric. Boleh buat girltalks.

Emoji gelak keluar air mata.

Rafqi@ketot

Huargh aku jugaklah yang diabaikan. Emoji nangis.

Eric@babyboy

Sibuk jelah makhluk berdua ni.

Syuhada@sewel

Bye. Nak pergi kedai kejap.


Group TAPOPS yang hanya disertai olehnya, Sazwan, Rafqi dan Syuhada. Eric geleng kepala lucu. Berempat pun nak bergroup bagai. Eleh, kau buat group khas untuk kau seorang tu takpe pulak? Ehehe, kantoi.

Skrol punya skrol, ternampak mesej dari Issabelle dua hari lepas. Sampai kehari ini Eric tak percaya Issabelle memberinya nombor telefon.


Eric@babyboy

Hai Issa. Kau tengah buat apa tu?

Issabelle@specky

Hai jugak. Aku takde buat apa-apa pun.

Just golek-golek sambil layan Didi and friends.

Eric@babyboy

Tua-tua bangka pon layan Didi and friends. Emoji gelak keluar air mata.

Issabelle@specky

Biarlah. Emoji jelir lidah.


TERSENYUM-SENYUM Eric membaca mesej dua hari lepas. Lepas dari mesej tu Issabelle offline sampai sekarang. Last seennya dua hari lepas.

"Eh Eric. Bila sampai?" Eric yang tersengih menatap iPhone terkejut ditegur Puan Habsah. Earphone yang bergayut ditelinga Puan Habsah sudah selamat disimpan didalam poket baju kurungnya.

Tengah syok layan suara Charlie Puth, ternampak pula kawan anak saudaranya ini tercegat ditengah panas.

"Baru tadi makcik." Tunduk sedikit tanda hormat. Nak salam, haram. Boleh kahwin woi kalau Encik Samad ceraikan Puan Habsah ni. Hehehe.

"Makcik sihat?" soal Eric beramah mesra. Nanti kena cop sombong pulak.

"Sihat orang tualah Eric oi. Ni, kamu seorang saja ke? Rafqi tak datang sekali?"

"Tak ikut sekali makcik." Eric senyum manis.

"Ha elok-elok dekat rumah nanti. Makcik dengan pakcik kamu tu nak kena balik Perak. Ada urusan sikit."

"Sayang dah siap?"

"Siap jadi tunggul lagi ni tunggu abang."

"Eh Eric. Maaflah, kami ada kerja dekat luar ni. Pesan dekat Sazwan suruh jaga rumah elok-elok ya."

"Baiklah pakcik."

Terlambai-lambai tangan Eric mengiringi pemergian Encik Samad dan Puan Habsah. Ni sah Sazwan tengah membuta. Budak seorang inikan...

Nasib baik Encik Samad percayakannya untuk bermalam disini. Pintu pun dibiar tak berkunci, memudahkan Eric untuk masuk.

"Parking kereta dekat dalamlah."

Keretanya yang berada diluar pagar, didekati. Belum sempat pintu kereta dibuka, kepala Eric terasa dihentak dengan objek keras. Besi mungkin. Dahlah sebelum ni pun ada orang hentak kepala dia dengan objek keras. Hei, ingat kepala dia ni bola getah ke? Sakit tahu tak!

Belum sempat Eric memusing kepalanya, belakang kepalanya dihentak lagi dan lagi hingga tersembam Eric jatuh kebumi. Berpinar-pinar matanya. Terdengar tawa mengejek sebelum matanya terpejam. Seakan biasa didengarinya tawa garau itu.

"Mama~"


Surat Cinta ©Where stories live. Discover now