Dua ; Apa itu CINTA?

591 39 0
                                    


BAB 2

Eric mencampak begnya diseat belakang kereta Ethan. Masam saja mukanya membuka pintu kereta disebelah pemandu.

Daun pintu dihempas kuat. Memberontak dalam diam.

"Hoi, ucu nak ganti ke pintu kereta along ni kalau tertanggal? Isteri macam ni halnya, adik macam tu pulak halnya. Hailah pening. Boleh botak," bebel Ethan. Mulutnya masih lagi terkumat-kamit berleter namun Eric terus menekup telinganya dengan tangan. Malas nak dengar si along membebel macam mak nenek.

"Tak payahlah membebel panjang. Along lambat." Panjang muncung Eric. Kalau disukat mahunya makan dua inci juga.

"Alah sorrylah, along ada meeting tadi. Tergempar."

"Dah agak dah. Nasib baik mood ucu baik hari ni."

"Aik senyum-senyum tu kenapa? Dapat surat cinta? Ke ada awek confess?" teka Ethan nakal. Stereng dipusingnya, membelok. Kelajuan biasa-biasa saja kerana dia malas mahu memecut laju. Nanti membebel pula klon mamanya dekat sebelah ni

Berubah merah wajah Eric. Tekaan abangnya itu mengena. Malu pula kalau abangnya tahu pasal surat cinta tadi. Ikutkan hati Eric, dia tidak mahu sesiapa pun tahu perihal surat cinta tadi.

Lagi pula, dia tidak pernah berkongsi cerita dengan abangnya tentang cinta-cinta segala ni. Abangnya pun tak pernah cerita pasal perempuan, tup tup terus kahwin dengan kakak iparnya itu. Entah bila bercinta pun Eric tidak tahu. Malas Eric nak masuk campur. Tapi mereka berdua sweet dan kalau boleh Eric nak seorang gadis seperti mamanya ataaupun Hannah kakak iparnya.

Berdikari dan berani.

"Takde maknanya awek nak confess dekat orang yang macam ucu ni. Dahlah tak handsome, tak bergaya pula tu. Lainlah macam along." Eric menjeling Ethan disebelah.

"Tak payah nak drama sangat. Macamlah along tak tau macam mana kau dekat sekolah. Macam gini haa peminat." Ethan menindan tangan kanan dengan tangan kirinya menandakan terlampau ramainya peminat Eric. Melihat itu, Eric tertawa kuat. Propa lebih. Tapi alongnya pun apa kurangnya, ramai peminat juga tapi yang sangkutnya kak long tu.

"Long, apa yang along akan buat kalau ada perempuan misteri bagi surat cinta dekat along?"

"Along bakar." Ethan ketawa jahat. Eric tayang muka segarisnya.

Ethan sengih.

"Okey, along gurau je. Tapi dulu masa sekolah menengah mana ada orang suka dekat along. Takde surat-surat cinta ni. Tapi rasanya, zaman along je kut orang bagi surat cinta. Zaman ucu ada lagi ke?" Polos saja Ethan bertanya. Dagunya yang bersih diusap-usap berfikir.

Setahunya sekarang ini zaman IT, mana ada orang berutus surat lagi. Tu semua dah lapuk. Jangan katakan confess, cerai pun ada juga yang melalui aplikasi Whatsapp saja. Apalah nak jadi zaman sekarang ni. Tu yang bila perlu berdiri sendiri di khalayak ramai, jadi terketar kepala lutut tu.

"Aduhai, ucu lupa pulak yang along ni budak nerd dulu." Terbahak-bahak Eric ketawa bila mengingatkan wajah abangnya dengan cermin mata besar. Sumpah lawak. Teringat cermin mata besar, teringat pula dekat Issabelle. Apalah yang minah tu tengah buat? Apalah bengapnya kau ni Eric, tentu-tentu dia dalam perjalanan balik.

Dah kenapa kau fikir pasal Issabelle ni?

"Dah sampai." Enjin kereta dimatikan. Eric masih lagi dengan lamunannya. Satu persoalan begitu berat didalam kepalanya. Siapakah gerangan manusia bernama K pada pangkal nama? Siapa K?

"Hoi, taknak turun ke? Berkhayal je tahunya." Suara Ethan yang seakan menjerit itu menyedarkan Eric dari lamunan. Segera tubuhnya diboloskan dari kereta si abang. Beg yang ada diseat belakang diambil Eric. Bukannya dia tidak tahu, Ethan dah tak sabar sangat nak balik rumah sendiri. Rindu kak long lah tu.

"Ya ya ucu dah turunlah ni." Eric mendengus.

"Along, mehlah masuk sekali. Boleh dinner sama-sama."

"Sorrylah ma, isteri along seorang dekat rumah. Kesian pula dekat dia tunggu along balik. Nanti dia rindu." Ethan sengih. Puan Sri Hidayu pula terangguk-angguk mengerti. Orang dah beristerikan.

"Macamlah tak jumpa dekat tempat kerja tadi." Eric mencebik. Apa memang begini ke orang dewasa bila bercinta? Memualkan anak tekak. Kalau Eric, dia prefer romantic by action not words. Diakui Eric bukan seperti Ethan yang penuh dengan ayat-ayat manis.

Dia berbeza.

Rambutnya yang basah dilap dengan tuala. Segar betul rasanya tubuh bila disiram dengan air. Perut yang berbunyi menandakan dia lapar dan itu bererti dia perlu makan. Lekas Eric menyarung baju ketubuhnya.

Handphone dimeja belajarnya dicapai.

120 whatsapp message from 'The Avengers'.

Fuh banyaknya. Sengih sekejap Eric apabila membuka group whatsapp kelasnya itu dan mula membaca. Bermacam-macam ragamnya. Ada yang nak ke tandas pun siap melapor diri dulu.

-Hoi baru nampak bayang kau online.

Rafqi menghantar private message kepada Eric bersama emoji muka segaris. Eric kulum senyum sebelum jarinya menyentuh skrin handphone.

+Aku baru lepas mandilah. Kau kenapa?

-Saja, bosanlah.

+Bosan kau tu bukannya boleh kira. Homework dah siap belum?

-Aduh, potonglah kau ni. Baru nak feeling bebas sikit.

+Suka hati kaulah. Aku nak turun makan ni, malam nanti sambung.

-Huh, alasan makan lepastu menghilang setahun ke dua tahun. Aku tahu dah.

Tertawa kecil Eric membaca mesej Rafqi yang berbunyi seakan merajuk itu. Ni mesti terpengaruh dengan gambar-gambar yang viral tu. Tak kuasa dia nak pujuk ya.

Data dimatikan. Handphone kembali diletak diatas meja. Semakin berbunyi-bunyi pula perutnya. Eric memegang perutnya. Jam didinding ditoleh. 6:45 petang. Sempat lagi dia makan sebelum masuk waktu solat Maghrib.

Dapur I'm coming.

"Wah, masak apa ni ma? Sedapnya bau." Eric segera mengendeng disisi mamanya yang sedang menutup periuk berisi lauk yang baru masak tadi.

"Asam pedas." Puan Sri Hidayu senyum kepada anak bongsunya apabila menoleh kesebelah. Seraya itu juga tangannya naik mengusap lembut rambut hitam seakan perang milik Eric.

"Wah, kegemaran ucu ni." Tak berkelip mata Eric apabila membuka penutup periuk tadi. Menderu-deru aroma masakan itu masuk ke dalam hidungnya menggoncang selera betul menu hari ini. Tak menyesal berlapar tak makan tengah hari tadi.

"Pergi panggil papa, kita makan sama-sama."

"Sir yes sir." Eric comel membuat tabik spring. Praktik dari latihan kawad kaki lah ni. Tak sia-sia dapat pangkat dalam kadet polis.

Puan Sri Hidayu melihat saja Eric yang semakin menghilang dari pandangannya. Dia mengeluh berat. Ada yang bermain difikirannya. "Puan Sri tak apa-apa?" soal Bik Rewa masih dengan slanga Indonnya pekat.

Puan Sri Hidayu menarik nafas panjang lalu tersenyum. "Saya tak apa-apa." Tergeleng-geleng kepalanya mengiyakan.

Surat Cinta ©Where stories live. Discover now