Sembilan; Kesatria

296 25 0
                                    

BAB 9

KEISHA memberhentikan motosikalnya dibahu jalan. Hatinya berdetak serba tidak kena. Tangan dibawa ke dada. Resah dan gusar hatinya secara tiba-tiba. Macam ada sesuatu yang buruk hendak berlaku.

Tapi apa?

Berkerut dahi Keisha cuba berfikir.

Ah tidak! Membulat mata Keisha. Ada seseorang yang nyawanya dalam bahaya. Mahu atau tidak, Keisha perlu membantu. Harap gerak hatinya ini tidak tepat. Tapi jarang sekali ia tidak mengena, anugerah daripada Ilahi dia ada deria keenam yakni gerak hati yang tepat.

Sarung tangan kembali dipakai, tangan Keisha laju memulas motosikal kuasa tingginya. Mencelah bagai nak gila lajunya. Memandu secara berbahaya pun dia sanggup dari membiarkan orang lain mati atas kecuaiannya.

Ya, cuai kerana tidak mampu melindungi.

Tapi ingat Keisha, kau bukan tuhan. Kau tak mampu untuk menidakkan segala kejadian yang berlaku. Kau tak mampu untuk melindungi semua orang. Kau hanya manusia yang mempunyai batas limitnya.


KEISHA memarkir motosikalnya agak jauh dari tempat menunggu. Tercongok seorang wanita seakannya menunggu seseorang. Dari kereta yang dipakai wanita itu, Keisha tahu dia ialah ahli keluarga Eric.

Bukankah Eric sudah keluar tadi?

Sesuatu telah menimpa Eric?

Ah, gerak hatinya berasas.

Pantas dia turun dari motosikal dan berlari menyelusuri setiap lorong apabila melihat kereta yang dinaiki wanita tadi beredar pergi.

Satu demi satu lorong dimasukinya. Membulat mata Keisha melihat Eric yang melutut terketar-ketar ketakutan. Seorang lelaki berwajah bengis semakin menghampiri Eric.

Ini tak boleh jadi.

Dush!

Satu tumbukan dilayangkan tepat mengena tulang pipi lelaki itu. Eric yang terkebil-kebil melihat segera berlari menyorok disebalik tembok yang agak tinggi. Hanya sepasang matanya digunakan untuk melihat pergelutan antara seorang insan yang diutuskan untuk menyelamatkannya dengan lima orang lelaki yang berupa gangster.

Pada sudut pandangan Eric, hamba Allah itu hebat sungguh menghayun penumbuk dengan kepalan tangannya. Kakinya juga laju saja menendang selaras dengan gerakan tubuh. Elak dan serang. Macam dah biasa terlibat dalam pergaduhan. Satu persatu gangster itu tumbang ditangan manusia dihadapan Eric ini.

Kecil saja orangnya, tapi kekuatannya bukan sebarangan. Lima orang gangster bertubuh sasa dan bersenjata tumbang hanya dengan tumbukan dan sepakannya saja. Buat seketika Eric kagum dengan kekuatan kesatria dari langitnya ini.

Tanpa diduga, hamba Allah itu menarik tangan Eric dan berlari menuju ke arah motor berkuasa tingginya. Keisha tahu, jika dia berlama disini, Seman tentu akan laporkan kepada ketuanya dan semakin ramai orang akan datang. Dia juga takut jika hal ini sampai ketelinga atuknya. Keisha risau jika nanti dia tak terlawan dengan mereka semua itu. Dia bukan berseorangan, ada satu nyawa yang perlu dilindunginya.

Jalan terbaik sekarang ini hanya melarikan diri.

"Kita nak pergi mana ni?" soal Eric takut-takut. Takkan dia nak tinggalkan mayat pengawal keselamatan itu begitu saja? Tapi berani ke dia nak pergi mendekat?

"Kau nak hidup ke nak mati? Kalau rasa nak hidup, naik cepat." Tinggi suara Keisha. Orang risaukan nyawa dia, dia pula boleh banyak tanya dalam keadaan genting macam ni.

"Tapi aku takde helmet." Keisha menepuk helmet dikepala. Hailah pening dia.

Itu pun nak jadi isu ke?

"Kau perlukan helmet ke kalau dalam keadaan genting macam ni? Cepat naik." Keisha terus menunggang motosikal kuasa tingginya. Kalau dalam kiraan lima Eric tak naik juga, Keisha tinggal je dia dekat sini.

Satu.

Dua.

Tiga.

Eric pantas naik keatas motor gadis itu. Dia tahu pun bila si gadis mula berbicara tadi. Perempuan tapi gaya berlawan macam jantan. Gangster ke?

Terkebelakang tubuh Eric bila Keisha mula memulas minyak dan tanpa sedar, tangan Eric melingkar dipinggang Keisha. Walaupun tersentak dipeluk oleh orang yang disuka dalam diam tapi Keisha selamba saja. Ini sudah seperti tanggungjawabnya memberi perlindungan kepada orang yang tidak bersalah. Perlahan-lahan bibir Keisha merekah membentuk senyuman nipis.

Eric membuka matanya setelah yakin selamat. Angin bertiup lembut menampar mukanya. Rambut penyelamatnya ini pun kadangkala terkena pada muka. Hitam pekat dan wangi sangat.

Motosikal berkuasa tinggi itu menyusur laju ditengah jalan raya ibarat dunia ini dia yang punya. Tapi jauh didalam hati Keisha, dia sangat risau jika mereka tadi dapat mengecam wajah Eric dan akan menghantui hidup Eric. Menjadi buruan kumpulan gangster bukannya mudah. Sama ada kau terkorban atau kau mengorbankan.

Cuma ada dua pilihan. Menyerah atau melawan.

Sungguh Keisha takut dengan andaian yang bermain-main didalam kepalanya. Mohon dijauhkan. Biar dia seorang saja yang rasa kehidupan sebegini. Jangan orang lain. Jangan adik-adiknya dan jangan juga Eric. Cukup dia saja yang rasa perit, sakit dan kotornya diri buat kerja terkutuk sebegini.


KEISHA memberhentikan motosikalnya ditepi jalan. Wizer helmet dibuka sementara menunggu Eric turun.

Eric membetulkan baju dan rambutnya yang rosak dilanggar angin masa dia membonceng tadi. Keisha mengelip-ngelipkan matanya. Dia langsung tak sangka yang dia bakal berjumpa dengan orang yang dia minati dalam diam secara berdepan begini pula tu. Tapi Eric bukannya kenal siapa dia pun. Keisha mencebik.

"Terima kasih." Eric cuba tersenyum walaupun wajahnya pucat. Pucat kerana menjadi saksi pembunuhan. Ingat seronok ke? Takut lagi adalah. Macam mana kalau nanti dia jadi buruan gangster? Apa nasib dia? Macam mana kalau keluarganya juga turut diburu kerananya? Mama? Papa?

"Sama-sama kasih." Perlahan saja suara Keisha ibarat bisikan semut saja ditelinga Eric. Yakin 100.5 peratus yang Eric langsung tak dengar. Mana nak dengar kalau semut yang berbisik.

"Terima kasih juga untuk tadi. Rasanya kalau kau takde, mungkin aku dah mati." Eric sengih kekok. Kakinya masih lemah lagi untuk berdiri. Sungguh Eric bersyukur kepada Allah kerana mendengar doa yang dipohonnya. Allah menghantarkan kesatria buatnya. Alhamdulillah syukur kepada MU Ya Allah.

"No hal. Aku chaw dulu." Wizer ditutup dan laju saja motosikal berkuasa tinggi itu menjauh dari tempat Eric berdiri. Eric mengeluh perlahan dan mula menapak menuju ke rumahnya. Boleh tahan jauh juga. Bergelen mahunya peluh yang keluar nanti.

Tapi...

Dia rasa selesa dengan minah tadi tu. Siapa dia ya?

Surat Cinta ©Where stories live. Discover now