Empat; Diperhati

404 30 0
                                    

BAB 4

"KAMU lambat Eric Rizwan. Apa alasan kamu kali ni?" tegur Cikgu Faroq yang ketika itu baru saja menutup pagar. Pengawas yang bertugas sudah disuruhnya pergi.

Eric tersengih menayangkan giginya yang cantik tersusun. Sengih jelah yang mampu, dah tertangkap buat salah. 'Tak guna punya along.' Pelbagai lagi sumpah seranah yang berlegar dikepala Eric buat abangnya, Ethan.

"Cikgu, saya janji tak akan..."

"Sudah, tak payah berjanji kalau dimungkiri. Cikgu nak kamu kemas perpustakaan sekolah ni lepas semua orang balik. Ada faham?" Belum sempat Eric menghabiskan ayatnya, cikgu Faroq sudah memotong. Dengan muka bengis bercampur tegasnya, cikgu Faroq memberi arahan sekaligus denda buat Eric.

"Faham." Lemah saja Eric menjawab. Dia memang selalu datang lambat pun tapi tak pernah lagi selambat ini. Sampai hati cikgu, sedangkan orang lain dipandang enteng saja walaupun kesalahan yang dilakukan adalah sama sahaja.

Tak adil!

"Hidup memang tak adil."

Eric berpusing apabila mendengar satu suara. Issabelle sedang memandangnya dengan muka tidak berperasaan. Terkejut juga Eric, tetapi macamlah dia tak tahu Issabelle itu penuh dengan misteri. Pendiam, mestilah misteri.

Boleh baca fikiran? Tak, semestinya tidak boleh.

Issabelle hanyalah pendiam bukannya mind reader. Mungkin dia meneka berdasarkan pemerhatian.

Terasa kepalanya mula pening berfikir, Eric terus bergegas masuk kedalam kelas. Dia sudah benar-benar terlewat.


ERIC menyedut air kotak yang masih bersisa dan merenung jauh ke tengah padang. Malas pula dia mahu berehat dikantin bersama Sazwan, Rafqi dan Syuhada. Tenang saja keadaan disitu. Tiada bunyi-bunyi bising yang mengganggu gugat ketenteraman fikirannya.

"Kau tau cerita tak?" Suara orang sedang berbisik. Laju Eric menoleh punca suara itu. Dua orang pelajar lelaki, tingkatan empat mungkin.

"Cerita yang mana ni?"

"Yang tulah. Alah yang heboh sekarang ni."

"Yang mana satu? Banyak cerita hot baru-baru ni."

"Yang ada gangster dalam sekolah ni. Betul ke?"

"Huish mana kau tau cerita ni? Berita palsu je tu."

"Kau yakin?"

"Yakin kut."

"Berita tipu je tu." Muncul suara ketiga serentak dengan itu dua sekawan tadi tersengih-sengih rasa bersalah.

Kenapa? Itulah persoalan yang bermain dikepala Eric. Siapa pula pelajar lelaki yang baru muncul tadi?

"Gangster," gumam Eric kepada dirinya sendiri. Eric ketawa sedikit. Tak mungkin ada gangster didalam sekolah ini. Tapi kalau betul ada, guru ataupun pelajar? Lelaki atau perempuan?

Eric menebarkan kembali pandangan kearah padang. Mata dipejam dan fikirannya dikosongkan.

Buka saja mata, Eric ternampak seseorang sedang membaca buku dihujung padang. Bibir Eric bergerak membentuk senyuman. Issabelle. Dia ni lain. Tapi gadis yang mengutus surat cinta kepadanya itu lebih lain. Yang itu istimewa. Hebat.


SUARA cikgu Salma yang mengajar dihadapan kelas ibarat angin lalu saja. Tepat mata Eric memandang papan putih, tetapi fikirannya mungkin sudah sampai dekat tanah jajahan Belanda dulu, Indonesia tempat lahirnya bik Rewa.

Surat Cinta ©Where stories live. Discover now