Tiga; Kau kuat!

494 36 0
                                    

BAB 3

Keisha menumbuk beg pasir dihadapannya kuat. Peluh yang merenik didahi dilap dengan tuala yang tersangkut dileher. Beg pasir tadi kembali menjadi tumpuannya. Lencun baju yang yang dipakai dengan peluhnya. Namun itu tidak membantutkan kerja Keisha. Kesian beg pasir itu, menjadi tempat Keisha melepaskan amarahnya.

Letih!

Botol air masak yang ada tidak jauh dicapai.

Rakus air masak itu diteguk, menghilangkan lelah. Botol tadi kembali diletakkan pada tempatnya dan Keisha melabuhkan punggung pada lantai gim. Lutut dirapatkan dengan dada dan tangannya memeluk kaki sambil merenung jam dinding yang terus berdetik.

Setiap penjuru gim itu diteroka mata helang Keisha. Takde perubahan yang banyak sejak ayahnya meninggal. Dia juga tidak buat banyak perubahan, mahu mengekalkan suasana sama seperti ayahnya masih hidup. Gambar dia bersama ayahnya yang berada dikaunter juga masih ada. Ketika itu dia berusia 12 tahun. Gambar terakhir Keisha dan ayahnya.

Kalau mahu diingat memorinya dan ayah, mungkin sampai esok pagi pun dia tak akan habis termenung.

Jauh fikiran Keisha menerawang. Kini akalnya kembali teringat dengan surat cinta tadi. Agaknya, apalah penerimaan Eric terhadap surat cinta samannya tu. Kena baling dalam tong sampah? Bagi makan anjing? Takpun simpan dalam tempat yang khas sebab dah jatuh hati dengan 'keromantisan' ayat yang dikarangnya.

Keisha menyengih.

Walaupun peratus untuk Eric menerimanya rendah, Keisha terima dengan hati yang terbuka. Mana mungkin Eric mengenalinya. Tapi cukup senyuman Eric yang mendorongnya untuk berani mencoret madah didalam sehelai kertas.

Cukuplah dia mengenalkan diri sebagai K.

Tidak perlu berlebihan ataupun nanti identitinya terbongkar.

Tapi bila difikirkan semula, agak mustahil untuk dia berada disisi Eric bila hampir semua pelajar perempuan sekolahnya turut menyukai Eric. Peluang untuk Keisha hanya sebanyak satu peratus saja. Itu pun sudah dikira besar sangat peluang itu.

Kesian Issabelle sebab kena jadi posmen rahsia tak bergajinya. Hahaha. Nanti dia bayar upahlah atas kerelaan gadis itu mengutuskan warkah cintanya kepada Eric.

"K, kau dah pergi mintak hutang dekat Harun Botak?" soal Peon yang datang entah dari celah mana. Selamba saja lelaki pertengahan usia itu melabuhkan punggung tidak jauh dari Keisha. Tubuh kurus itu melengkung apabila kakinya cuba dirapatkan dengan dada. Jangan main-main, kurus saja orangnya tapi kalau berlawan masih gagah lagi.

Dialah salah seorang yang telah melatih Keisha hingga menjadi sebegini kuat. Keisha sudah menganggapnya tidak ubah seperti seorang ayah. Tetapi kadangkala Peon juga menjengkelkan.

"Dah." Keisha malas saja membalas. Handphone disisi dibelek seketika. Ada message dari aplikasi Whatsapp, Zahirah. Entah apa yang dimahukan oleh gadis itu. Nanti sajalah dibuka.

"Amacam? Dapat tak kutip?" soal Peon kepoh. Peon dan kepoh dipisahkan tiada.

"Dapat." Dingin, beku, ibarat tiada berperasaan Keisha menjawab.

"Peh dahsyatlah kau. Kalau tak dapat tadi maunya atuk kau kurung kau seminggu."

Peon bertepuk tangan. Kagum benar dia dengan gadis berusia 17 tahun ini. Sudahlah cucu kepada ketua kumpulan ni, hebat pula tu. Sah-sah Keisha yang bakal mewarisi kumpulan ini dari Karim ataupun dikenali sebagai Mat Rend.

Tapi, sudikah gadis itu memimpin kumpulan ini?

Mat Rend juga sudah terlalu tua, mesti tak lama lagi dia akan lantik Keisha sebagai penggantinya. Harapnya Keisha sedarlah kebaikannya menyertai kumpulan ini.

"Tapi macam mana kau mintak?" soal Peon ingin tahu pula. Dia tahu yang Harun Botak itu liat untuk membayar hutang walaupun dia sebenarnya berduit.

Tidak faham betullah dengan manusia zaman sekarang ini, yang kaya mahu terlihat miskin dan meminta-minta. Yang miskin pula berlagak kaya dan menunjuk harta tak seberapa yang ada. Sampaikan ada yang sanggup menggadai maruah hanya kerana menginginkan kemewahan. Hancur sudah sifat malu dalam diri anak muda terutamanya.

"Aku ugut nak jual anak dia." Dingin saja Keisha. Malas mahu berbual panjang, Keisha menyimpan handphone dikocek seluarnya. Keisha terus bangun dari duduknya dan mencapai botol air masaknya dan juga beg sandang yang dibawanya kesini tadi. Langkah Keisha yang semakin menjauh meninggalkan Peon yang tercengang.

Apa dia ada salah cakap ke hingga gadis itu badmood sekali? Argh, pernah ke Keisha berada dalam keadaan good mood?

Tak pernah!

Entah apa yang ada dikepala gadis muda itu pun Peon tidak tahu. Dia membenci tetapi dalam masa yang sama menunjukkan rasa sayang.

Aneh dan mengelirukan.

Kaki Keisha semakin laju berjalan. Lebih baik dia pulang kerumah dan mengadap kerja rumah yang berlambak tu berbanding membazir liur bercakap dengan Peon yang tak berfaedah tu. Sikit-sikit aktiviti gangsterisme yang dia ulang. Muak. Ya Keisha sudah cukup muak disuap dengan cerita kumpulan gangster yang tidak akan berkesudahan.

Patutlah dulu arwah ayahnya sanggup menjadi anak derhaka berbanding mengikut kata atuknya.

Tetapi kini Keisha terpaksa. Demi adik-adiknya yang masih kecil, Keisha berkorban rasa, hati dan jiwa. Dia sanggup.

Jaket kulit berwarna hitam dsarungkan ketubuh. Tidak dilupa juga sarung tangan kulit.

Motosikal berkuasa tingginya dihampiri dan ditunggang dengan mudah. Bagi orang lain mungkin agak mustahil untuk seorang gadis sepertinya menunggang sebuah motosikal berkuasa besar. Tapi tidak bagi Keisha. Dia adalah dia dan dia mampu buat segalanya selagi masih ada usaha dan keyakinan.

Tapi itulah dia, dia tiada berkeyakinan untuk meluahkan perasaan secara berdepan dengan Eric. Siapalah dia, luahkan nanti dicop gatallah pula.

Malas mahu berfikir, Keisha segera menyanggul rambut hitam panjangnya dan cekap menyarung helmet.

Motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang Keisha mengaum kuat membelah jalan raya. Kelajuannya ditambah.

Keisha puas.

Dia terasa bernyawa bila angin menampar mukanya. Inilah masanya yang dia tidak terasa dibebani tanggungjawab luar alamnya. Sesungguhnya Keisha rindukan kehidupannya yang lama tetapi sekali dia terjebak, selama-lamanya jiwanya akan terkurung disini.

Di penjara yang tiada berjejari ini.

Fizikalnya bebas tetapi jiwanya terkurung, jauh disudut yang paling dalam.

Bebaskan!

Tolong bebaskan!

Semakin laju motosikal itu mencelah diantara puluhan buah kereta diringi dengan langit jingga, menandakan berakhirlah sudah satu hari panjang yang penuh dengan misteri dan muslihat.

Kau kuat Keisha, kau boleh tempuh hari esok dan mendatang.


Surat Cinta ©Kde žijí příběhy. Začni objevovat