Tujuh; Kita Lain

349 25 0
                                    

SAZWAN tersengih-sengih melihat seisi kelas yang memberi tumpuan kepadanya. Dengan lafaz bismillah surat cinta kawannya itu dibuka.

Kehadapan Eric,

Kau comellah. Tapi mungkin tak berapa comel sebenarnya.(Aku confuse, jangan tanya kenapa.) Tapi lantaklah. Kau tahu tak bila tengok kau, aku rasa macam tengok cerita Spongebob. Takpun cerita yang watak utamanya bodoh-bodoh suka senyum.(Ni pun jangan tanya kenapa. Natural beb.)

Bila kau senyum je, rasa macam gula-gula meletup dekat dalam perut aku ni. Eh dah kenapa dengan senyum kerang kau tu je yang aku ulang tak habis-habis. Haha.(Sebenarnya saja nak kau tau yang kau senyum lawa sampai mampu memikat.)

Aku kagum dengan kau. Kau hebat orangnya. Satu hari nanti aku tentu berjaya. Tapi kelemahan kau, kau ni kuat mainlah. Jarang nak serius. Cubalah bertegas sikit.

Takpe aku faham. Kau kan mat sengih.(Okeylah dari mat lekatkan.)

Kau tahu tak siapa aku? Haha, tak tahukan.(Aku tak rasa kau perlu tahu. Muahaha.)

Aku adalah bayang-bayang kau. Dekat mana pun kau berada tapi taklah kalau dalam tandas lelaki, aku akan ada tidak jauh memerhati. Aku psiko ni. Haha, taklah tipu je.

~k~

Nota kaki dan tangan* K bukan stand for kera tau. Ingat tu. Kalau tidak aku gigit kau.


SAZWAN tergamam seketika. Begitu juga seisi kelas. Eric menarik nafas kelegaan. Namun belum sempat nafas itu dihembus, kelas yang sunyi sepi tadi kini gamat dengan hilai tawa.

Bukan main lagi Sazwan dan seisi kelas menggelakkan isi surat itu setelah selesai dibacakan.

Merah muka Eric.

Malu. Dipusingkan kepalanya melihat sekeliling kelas.

Damn!

Issabelle juga tersenyum-senyum kelakar. Minah yang paling jarang ambil kisah pun gelakkan dia, apa kes ni? Memang tak guna Sazwan ni. Minta pelengkung maut namanya ni. Rafqi pun sama. Nasib baik Syuhada tiada didalam kelas kalau tidak cukup korum orang yang akan mengejeknya nanti.

Argh, tak guna.

Pantas Eric bangun dan merebut surat itu dari tangan Sazwan. Malu betul dia. Jatuh saham wei.

Tajam mata Eric menikam wajah tak bersalah Sazwan. Perkataan 'tak guna' berulang-ulang dikepala Eric. Kalau boleh, dia nak bakar Sazwan. Memalukan dia dikhalayak ramai. Tak guna punya kawan.

Rafqi juga bangun dan menepuk lembut bahu Eric, menenangkan. Tengok gaya macam Eric nak telan saja si Sazwan yang tersengih garu kepala tak bersalah.

"Chill okey," ujar Rafqi seraya menarik lengan Eric. Kembali terduduk tiga sekawan tadi.

"Woi siapa minah K ni? Gangsternya surat. Dia ni masuk air ke?" soal Rafqi tak sabar-sabar. Bersinar matanya ingin tahu. Sazwan pula tidak berani menyampuk, hanya mendengar. Naya saja nanti kalau muka kacaknya ditumbuk Eric.

"Manalah aku tahu siapa K ni dan ya aku rasa dia ni masuk air." Geram Eric menyimpan surat itu bawah meja. Dibaling saja, langsung tak dihargai seperti surat pertama hari itu.

Siap kau K kalau aku jumpa kau.

"Wuu Eric ada secret admirer." Rafqi dan Sazwan ketawa kuat sambil bertepuk tangan, kelakar.

Stitches!

Tak kelakar wei, tak kelakar.

"Diam." Kedua-dua Rafqi dan Sazwan mengangkat kening nakal. Sengaja menggiat. Bila lagikan nak tengok Eric marah bercampur malu macam ni. Peluang yang ada perlu digunakan sebaiknya. Masakan peluang ini akan tiba lagi.

Tak berapa minit kemudian, cikgu Fatima masuk ke kelas, mengajar seperti biasa. Membuatkan seisi kelas lupa dengan surat cinta itu seketika. Tapi tidak Eric. Dia masih lagi memikirkan siapakah minah tiga suku yang hantar surat cinta tak siap ni dekat dia.

Misteri.


TERPEJAM celik mata Keisha merenung laptopnya yang bercahaya. Masih kosong. Bagus, sangat bagus. Rosak mata tu padan muka.

Keisha terus mengikat rambut panjangnya yang meliuk lentuk ditiup angin malam. Disinilah tempat Keisha menenangkan diri, dibalkoni biliknya yang berbumbungkan langit malam.

Tenang.

Tersandar Keisha meneroka langit dengan sepasang matanya. Cantik. Tapi ada mata yang mentafsir langit malam itu pilu. Bagi Keisha, langit malam itu misteri. Menyimpan segala keluh-kesah penduduk bumi. Namun tidak pernah sekali pun ia mengkhabarkan kepada sesiapa, hatta kepada orang yang hobinya merenung langit seperti Keisha ini.

"Sha," tegur Puan Melisa lalu meletakkan tangannya pada bahu si gadis. Keisha tersentak dan menoleh lunak ibunya yang sedang elok tersenyum mesra kepadanya. "Ibu tak tidur lagi?" soal Keisha usai bangun dari tempat duduknya dan menyuruh Puan Melisa duduk.

"Belum. Sha pun kenapa belum tidur lagi ni?" Prihatin Puan Melisa menyoal. Padan sajalah dulu ayahnya sanggup membelakangi atuk untuk bernikah dengan ibu. Ibu baik, penyayang orangnya. Memang seperti gadis Melayu terakhir. Mesti dulu ibunya ramai peminat. Keisha tersengih lalu memandang dirinya.

Dia? Jauh biskut dari kopi dengan ibunya.

Ibu baik, dia kejam.

Ibu penyayang, dia kaku.

Ibu murah dengan senyuman, dia tak kenal apa itu senyuman.

Banyak lagi kalau nak disenaraikan perbezaannya dengan ibu. Keisha, kalau dicalonkan antara sepuluh orang gadis Melayu terakhir pun dia tak layak. Dia gangster, bukan tipikal gadis Melayu yang perlukan hero pujaan Malaya untuk menyelamatkannya. Keisha, menyelamat dan bukan diselamatkan.

"Sha, ibu tanya ni mengelamun pulak dia ya." Puan Melisa ketawa kecil melihat muka terkejut anaknya. Jarang. Ya, jarang sekali dia dapat melihat ekspresi pada wajah Keisha. Selalunya beku dan dingin saja wajah jelita itu. Alhamdulillah, anaknya masih manusia normal.

"Ibu tanya apa? Maaf, Sha banyak fikir tadi." Lembut tutur kata Keisha. Namun, masih tiada senyuman bergayut dibibir merekahnya. Puan Melisa mengeluh perlahan dan kembali memasang senyum. Tangan Keisha yang berdiri disebelahnya diraih kedalam genggaman.

"Maafkan ibu."

"Hei, ibu tak salah. Ni memang tanggungjawab Sha. Sha yang pilih jalan ni, bukan ibu yang paksa Sha. Tapi... Cukup Sha seorang, Sha taknak kalau nanti adik-adik ikut jejak langkah Sha. Sha tak kuat ibu. Cukup Sha," ujar Keisha sedikit beremosi. Matanya berair. Mungkinkah tanah gersang lagikan tandus itu disirami hujan pilu?

Namun belum sempat air mata itu menitis dipipi, laju Keisha menyeka. Sungguh, dia tidak mahu terlihat lemah.

Dia kuat!

Itu yang Keisha tanam didalam mindanya lama dulu, sejak kematian ayahnya yang tercinta.

"Anak ibu." Hiba, Puan Melisa merangkul erat tubuh tinggi lampai Keisha. Kalau boleh, sesaat pun dia tidak mahu lepas. Deras air mata Puan Melisa jatuh kebahu Keisha. Anaknya yang seorang ini sudah banyak berkorban demi kebahagiaan mereka sekeluarga. Anaknya yang seorang ini juga sudah memikul beban yang berat dari usia muda lagi. Demi Allah, cintanya tidak akan pernah mati buat gadis tabah ini.

"Ibu..." Keisha membalas rangkulan itu. Disembam mukanya dikepala sang ratu.

Bulan menjadi pendengar yang setia, merakam setiap ketika.

Surat Cinta ©Where stories live. Discover now