4Belas; Dating Ke?

294 21 0
                                    

BAB 14

BOLA yang ada ditangannya dilantun beberapa kali sebelum dibaling. Gol! Sudah sebulan peristiwa itu berlalu. Sedikit sebanyak Eric sudah mula melupakannya. Almaklumlah sibuk sikit dengan kawad kaki dan perbahasan ala parlimen. Lagi-lagi perlawanan basketball dah dekat.

Bergema dewan yang menempatkan gelanggang bola keranjang itu dengan bunyi lantunan bola Eric. Dia mahu menyendiri buat masa ini. Mencari ketenangan. Mesti sudah lewat sangat ni. Suara pelajar sudah tidak kedengaran lagi.

Bola dibaling tepat masuk kedalam jaring. Tangan dimasukkan kedalam poket seluar. Bola yang bergolek-golek dibiarkan tanpa ada niat untuk dikutip.

Bunyi tepukan. Eric toleh kearah bunyi. Seorang gadis sedang duduk ditempat penonton. Begnya turut disandang.

"Issabelle," gumam Eric perlahan. Apa yang minah ni buat dekat sini? Tak pernah pun nampak muka minah ni dekat padang bola keranjang. Issabelle tak pernah terlihat rajin bersukan kecuali berlari pecut danjarak jauh. Itu pun cikgu yang paksa.

"Kau tak balik lagi?"

Issabelle mengeleng.

"Kau buat apa dekat sini?"

Issabelle angkat bahu.

Eric mengeluh keras. Ditiup rambutnya yang terjuntai didahi. Mencabar kesabaran juga Issabelle ni.

"Jadi, kau nak buat apa?"

"Kita lawan."

"Lawan?"

Issabelle angguk. Bola yang berada tidak jauh dituding dengan jari.

"Okey. Kalau aku menang, aku dapat apa?" Terangkat-angkat kening Eric, nakal.

"Kalau kau menang, aku belanja kau makan dan sebaliknya."

"Okey set." Takde hallah kalau setakat nak belanja. Memori ni yang bakal menjadi mahal. Kenangan.

Dengan memakai baju kurung sekolah, Issabelle merebut bola dari tangan Eric. Buat pertama kali, Eric perasan senyuman Issabelle. Cantik. Khayal melihat senyuman yang tersungging dibibir Issabelle, bola yang berada ditangan Eric terlepas ketangan Issabelle.

Gol!

Issabelleh ketawa gembira. Tidak pernah-pernah Issabelle begini. Bergelak ketawa? Sangat bukan Issabelle.

"So?"

"Ya , aku belanja kau." Eric mendengus. Dia kalah dengan Issabelle? Alah, sebab dia cuai saja tadi tu. Kalau tidak, tidak mungkin Issabelle boleh rampas bola dari tangannya. Beg sekolah yang landing elok, digalas kembali.

"Jom." Pantas Issabelle mengiringi langkah Eric.


ROTI canai telur buat Eric dan Issabelle. Juga teh tarik kurang manis. Issabelle melihat sekeliling. Waktu-waktu macam ni pun kedai mamak ni penuh dengan orang. Jalan kaki saja mereka sudah sampai kesini. Nak kata dekat tu tak jugalah, nak kata jauh tu pun tak juga. Dua kilometer dari sekolah. Berpeluh juga ketiak bila berjalan tadi.

"Kau tak kisahkan kita makan dekat sini?" soal Eric. Takutlah pulak yang Issabelle tak biasa makan dekat mamak. Lain orang, lain selera.

"Aku okey je. Asal kau yang belanja." Issabelle sengih tayang gigi. Eric geleng kepala. Issabelle sangat lain hari ni. Terlebih peramah pula dia.

"Kau demam ke?"

"Mana ada. Kenapa?" soal Issabelle. Kepalanya disengetkan sedikit. Tangan sibuk memotong roti canainya. "Takde apa-apalah." Pinggan berisi roti canai Issabelle ditarik dan diserahkan pinggan berisi roti canainya sendiri. Sudah siap berpotong.

Surat Cinta ©Where stories live. Discover now