Chapter 13: "Saya Terima."

Comenzar desde el principio
                                    

"I promise you, I will treat you like a princess." Dahyun sungguh cair mendengar kata-kata romantik Baekhyun. Begitu cepat perkara ini berlaku. Dan kini mereka merupakan pasangan kekasih. Apa agaknya reaksi member Exo yang lain? Seulgi? Dan abangnya, Jungkook?

"Dahlah. Jom kita masuk kelas. Takkan ponteng pulak." ajak Dahyun setelah pelukan dilepaskan. Dia bermain-main dengan jarinya kerana berdebar.

"Taknak lah. Kita ponteng, ye?" begitu manja sekali suara Baekhyun pada pendengaran Dahyun. Ketawa Dahyyn dibuatnya. Sikap Baekhyun terus berubah apabila hubungan mereka kini bukan lagi sebagai rakan sekelas.

"Eiii, awak ni. Kenapa nak ponteng pulak? Nanti terlepas lah apa yang cikgu ajar." bantah Dahyun. Memang taklah dia nak ponteng. Buatnya kalau dia kena tangkap nanti, tak ke naya? Lagi naya kalau kena tangkap dengan ketua pengawas yakni abangnya sendiri. Mau berjam nanti di diberi ceramah.

"Okeylah okeylah. Jom, saya tolong pimpin awak." Baekhyun mengalah. Kalau ikutkan hati, memang dia malas nak masuk kelas. Dia lebih rela duduk di bilik rawatan ini bersama dengan Dahyun. Dapat jugaklah puangkan masa dan bermanja-manja, kan?

"Tangan saya je yang melecur. Kaki boleh jalan lagi. Jadi tak payahlah nak pimpin saya." Dahyun memuncungkan bibirnya. Dia dilayan seolah cederanya amat teruk sekali.

"Kalau macam tu, mari sini saya pegang tangan awak." tanpa menunggu lama, pantas tangan Dahyun yang melecur dicapai dan digenggam erat. "Tangan awak akan selamat dalam genggaman saya." ucap Baekhyun sambil mengucup lembut tangan Dahyun.

Dahyun tersenyum. Gembira hatinya apabila ada Baekhyun di sisi. Terasa dirinya sudah sempurna. Mereka berdua tidak menghiraukan pandangan pelajar lain apabila melihat mereka berjalan berpimpinan tangan. Mereka seolah-olah sudah hanyut dalam dunia ciptaan mereka sendiri.

***
"Tangan kau okey tak? Tau tak aku tekejut gila bila dapat tahu tangan kau melecur." soal Seulgi. Semasa berlaku kemalangan tadi, Seulgi berada di tandas. Jadi dia tidak tahu apa yang berlaku di makmal. Habis sahaja urusannya di tandas, dia kembali semula ke makmal namun dia pelik apabila melihat meja Dahyun kosong. Baekhyun juga menghilang. Jadi, Seulgi pun tanyalah Jr.

"Okey je lah. Cuma melecur sikit je." jawab Dahyun. Dia meletakkan pennya ke atas meja, lantas tangan kanannya yang masih berbalut itu diadun-ayunkan di hadapan Seulgi. "See?  Okey kan?" Dahyun angkat kening.

"Yup, okey sangat. Agak-agak kalau aku tampar ni boleh ke tidak ye?" senyuman jahat tertampal di wajah Seulgi. Niatnya hanya ingin mengusik Dahyun pula. Tadi kemain lagi dia yakin yang tangannya sudah okey, jadi jom kita uji sikit, betul ke tidak dah okey tu.

"Yahh, kau jangan cari pasal." marah Dahyun seraya menjauhkan badannya dari Seulgi. Tangan kanannya didakap erat, takut kalau-kalau Seulgi betul nak tampar tangannya. Mau keluar air mata kalau betul benda tu terjadi.

"Aku gurau je lah. Nanti, kalau aku betul-betul tampar, tak pasal-pasal aku kena denda dengan ketua pengawas pulak." usik Seulgi sambil tersengih. Dia turut berasa lega apabila gosip tentang Dahyun dan Jungkook sudah reda. Kini mereka semua tahu yang Dahyun hanyalah adik kepada Jungkook. Tapi, persoalannya, siapa yang betulkan semula salah faham tu?

"Tak adanya Oppa nak denda lah. Tu berat sebelah namanya." Dahyun ketawa. Kemudian matanya melirik ke arah Baekhyun yang turut memandang ke arahnya. Dahyun melemparkan senyuman pada Baekhyun dan dibalas senang oleh lelaki itu.

"Woo woo wooo. Apa yang aku nampak tadi ni?" Suara Seulgi separuh kuat namun tidak menarik perhatian rakan sekelas yang lain. Dia mendekatkan badannya dengan Dahyun kemudian memandang sekeliling, takut kalau-kalau ada orang curi dengar.

"A-apa dia? Apa yang kau nampak?" Dahyun sedikit gugup. Dalam hatinya, dia sudah memarahi diri sendiri. Sepatutnya dia kena berlakon macam biasa. Adakah Seulgi nampak yang dia berbalas senyuman dengan Baekhyun tadi?

"Kauuu.." Seulgi menunjukkan jarinya pada wajah Dahyun. Wajahnya sekarang amat menakutkan. Gayanya seolah-olah Dahyun sudah membuat kesalahan yang besar.

"Ada sesuatu yang aku tak tahu ke?" tanya Seulgi dengan keningnya yang sudah bersambung. Dahinya pula sudah berkerut, memang sama macam rupa nenek kebayan.

Jantung Dahyun seolah-olah ingin gugur apabila mendengar pertanyaan Seulgi. Perlu ke dia bagitahu tentang dirinya dan Baekhyun. Atau sembunyikan dulu dan bagitahu bila tiba masa yang sesuai?

"Tak ada apa-apa lah. Lagipun, benda apa yang kau tak tahu?" Dahyun menyoal Seulgi kembali dan dalam masa yang sama cuba untuk menenangkan dirinya.

"Hmm, kann. Aku tengah stress ni. Sebab tulah tanya soalan pelik-pelik." Seulgi menjauhkan dirinya dari Dahyun semula. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin dan dihembus kasar.

"Kau tengah stress ke?" tanya Dahyun. Dia ingin cepat-cepat tukar topik perbualan. Takut kalau dia tidak sengaja memberitahu Seulgi tentang hubungan rahsianya. Bukannya dia tidak mahu memberitahu, tapi keadaan mereka sekarang ni yang menjadi penghalang. Sudahlah mereka berada di dalam kelas, dan bayangkan reaksi Seulgi kalau Dahyun memberitahunya nanti? Mesti bingit kelas ni dengan suara Seulgi.

"Haah. Seperti yang aku jangkakan. Tadi, merupakan satu penyeksaan buat aku. Jinyoung buli aku lagi." luah Seulgi dalam masa yang sama melepaskan kemarahan yang terbuku di dadanya. Jinyoung atau lebih dikenali sebagai Jr. Tetapi kebiasaannya, hanya rakan rapat Jinyoung sahaja yang memanggilnya Jr.

Dahyun ketawa mendengar kata-kata Seulgi. "Yeke? Dia buli kau macam mana?" tanya Dahyun ingin tahu. Dia pula yang rasa teruja untuk mengetahui apa yang berlaku di antara Seulgi dan Jinyoung semasa eksperimen tadi.

"Tadi aku dah siapkan larutan. Cuma tunggu nak panaskan aje. Lepastu dia datang then suruh aku buat yang baru punya. Aku rasa macam nak je kasi pelempang kat muka dia tu. Biar senget mulut dia." panjang Seulgi bercerita dengan memek mukanya sekali. Memang Dahyun dapat feel dia tu.

"Ha apa benda yang kau cakap ni? Mengutuk aku? Tak sayang nyawa betul." entah dari mana, Jinyoung tiba-tiba muncul depan meja Dahyun dan Seulgi. Terhinjut bahu Dahyun kerana terkejut. Dilihatnya pula wajah Seulgi, pucat. Mungkin takut sebab terkantoi dengan tuan punya badan?

"Mana ada aku kutuk. Aku cakap je." Seulgi membela dirinya sambil menjeling Jinyoung. Dia rasa seperti ingin menumbuk lelaki itu apabila melihat senyuman sinisnya tertampal di wajah kacaknya. Em, kacak ke?

"Sama jelah. Kau cakap benda buruk pasal aku. Haa, perbuatan tu namanya mengutuk lah." bebel Jinyoung lagi. Masih tidak berputus asa untuk mencari gaduh dengan Seulgi.

Dahyun pula hanya tersengih-sengih melihat drama di depan matanya ini. Dia malas nak masuk campur jadi dia kembali fokus pada buku latihan matematiknya. Walaupun dia cuba nak fokus, tapi suara Jinyoung dan Seulgi yang masih bertekak tetap dapat didengari.

"Biarlah aku nak kutuk pun. Benda tu betul kan."

"Kalau nak kutuk, kutuk lah benda yang baik."

"Ehhh, nama pun kutuk kan. Memang tak lah kutuk benda yang baik. Tu namanya memuji. Aishh, bengong lah kau ni!"

"Yahh! Cakap tu bertapis sikit. Nanti aku tulis nama kau dalam laporan, baru kau tahu."

"Tulis lah! Sikit-sikit nak ugut. Pengecut."

Dahyun menongkat dagunya dan memandang mereka berdua yang kini sedang berlawan mata. Selepas beberapa saat, Jinyoung dan Seulgi memalingkan wajah mereka dengan serentak.

"Guysssss! Minggu depan ada exam!"

Dan satu kelas ternganga dengan kejutan yang tiba-tiba ini. Ujian? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

"Alahhhhhhhhh!"

Dahyun meletakkan wajahnya di atas meja. Terus hilang semangat dia hari ini. Walaupun hakikatnya, Dahyun seorang yang pandai, tapi lumrah bagi seorang pelajar untuk tidak menyukai ujian.

---

TBC

Do read my other stories;

⇨ Fake Love + Exo Kai
⇨ Missing You + Exo Baekhyun

[HIATUS] Kingka Battle 킹카 전투  + Exo ft. BtsDonde viven las historias. Descúbrelo ahora