Bab 26

99 8 2
                                    

Alma mengambil tempat di sisi katil Akma. Dia merenung wajah Akma. Dia kehilangan kata. Air matanya merembes.

"Aku rindu kau Akma. Aku tak mampu terus di sini melihat kau kaku. Aku bingung Akma. Aku tak tahu nak buat apa. Aku minta maaf Akma. Aku nak kembali ke London. Mak pujuk kita hentikan semua ni. Esok aku akan pergi. Aku perlu pergi Akma, aku perlu kosongkan minda. Mungkin kita perlu berhenti dulu Akma", Alma terhenti berkata-kata. Mengenggam tangan Akma.

"Maafkan aku Akma", bisiknya perlahan lalu bangun dari kerusi. Tanpa menoleh Alma keluar. Dia menangis sepuas-puasnya. Dia kembali ke rumah segera.

Dia hanya meluangkan masa di rumah bersama ibunya. Dia berbual dan mengingati kenangan manis bersama Azizah. Azizah seorang ibu yang baik. Cuma kesilapan Azizah ialah dia bersuamikan lelaki yang salah.

Alma faham perasaan ibunya. Ibunya telah reda dengan apa yang si bedebah itu lakukan. Tapi, dia tidak peduli dan tidak mahu peduli dengan keredaan ibunya.

"Mak,kalau Alma jauh dari Mak,mak rindu Al tak mak?", tanya Alma.

"Alma, mak mana yang tak rindukan anaknya? Mak sayang Al, sebab sayanglah mak nak Al ke sana. Lupakan semua Alma tentang kenangan zaman kanak-kanak Alma. Alma kan pandai bawa diri. Mak percaya Alma anak yang baik", terang Azizah.

"Mak, Alma minta maaf mak. Tinggalkan mak", pinta Alma dia merebahkan kepalanya ke pangkuan Azizah.

Bagi Azizah Alma lebih manja dan mengada daripada Akma. Tetapi dari segi keprihatinan Akma lebih bijak membaca fikirannya. "Alma, mak yang suruh Alma pergi. Kamu tak pernah tinggalkan mak sayang", tutur Azizah.

"Tapi mak, Alma rasa bersalah pada mak, pada Akma", kata Alma.

"Alma,mak tak pernah salahkan Al. Pergilah Al. Bila Alma dah jumpa ketenangan, Alma boleh pulang. Bolehkan?", pujuk Azizah. Dia membelai rambut Alma. Baginya asalkan Alma melupakan dendam dan membina hidup baru itu sudah mencukupi. Dia tidak mahu kehancuran berlaku suatu masa kelak. Anak-anaknya pula sesal tiada pangkalnya.

Alma memejamkan mata dalam pangkuan ibunya. Dia masih manja seperti selalu. Pada Azizah ini kelemahan Alma. Lemah dipujuk dan dirayu. Apatah lagi oleh mereka yang dia sayangi. Sebab itu, amat mudah Akma mempergunakan Alma.

--------------------------------------------------

Dari jauh Carl Michael, melambai ke arahnya. Alma melangkah penuh bertangga menghampiri lelaki Inggeris itu. Perjalanan yang memakan masa lebih dari separuh hari itu tidak memberi kesan kepada tenaganya. Mungkin kerana semangat hidupnya kuat. Mungkin. 

Mereka bersalaman dan berlaga pipi. Carl memeluknya erat seolah-olah ingin mengambil segala kesedihan yang ada di hatinya sekarang. Tahukah Carl dia sedih? Mungkin kerana kejayaan yang menjulang namanya di sini memaksa dia pulang. Siapa yang gemar menyelesaikan masalah yang telah dianggap selesai? 

"Are you alright my dear?", Carl mematikan segala pertanyaan dalam akalnya.

"I'm good as usual. Just straight to the office, Carl", Alma meminta dengan tegas.

Carl terus memimpinnya ke kereta. Tetapi tidak terus ke pejabat, mereka singgah untuk makan tengah terlebih dahulu. Tidak banyak yang mereka bualkan cuma tentang pejabat, keadaan ekonomi yang naik turun dan keadaan sekeliling.

"I will drop you at home first, get rest, love. You look restless and unhappy. You not like the person I known", Carl berdegil untuk menghantarnya ke rumah.

Dia malas bertengkar. Usai mengucapkan terima kasih dia terus ke kediamannya di tengah bandar mewah itu. Appartment itu milik syarikat. Dia hanya menumpang. Alma memasang alat pemanas hawa. Dia duduk di tepi tingkat memerhati panorama kota. Fikirannya masih berserabut. Akma tidak pernah memberitahu apa-apa yang dia rancangkan. Oleh sebab dia suka akan kejutan dia menerima kejutan yang maha dahsyat dalam hidupnya.

Alma ke dapur membancuh secawan kopi lalu kembali ke sisi tingkap itu lagi. Beberapa buah majalah perniagaan dia belek. Akalnya berfikir merencana sesuatu. Dia perlu menyelesaikan masalah di sini secepat mungkin. Selepas itu dia harus kembali ke Malaysia. Tiba-tiba dia teringat akan e-mel terakhir Akma. Alma bergegas mendapatkan komputer ribanya. Dia membaca semula e-mel Akma. Setiap tajuk e-mel Akma mesti bermula dengan sepotong peribahasa 'dari mana asal belut kalau tidak dari lumpur, tinggi-tinggi terbang bangau akhirnya kembali ke belakang kerbau jua'.

Dia pasti maknanya dia perlu kembali ke tempat asalnya. Dia perlu menjejakan kaki kembali ke kampungnya. Mencari maklumat yang hilang. Lantas ingatannya teringat akan ibunya dia membuat panggilan ke luar negara. Kedengaran suara ibunya di hujung talian.

"Mak belum tidur?", tanya Alma.

"Belum mengantuk Alma. Alma dah sampai?", tanya Azizah.

"Dah, mak. Alma rasa bersalah pulak tinggalkan mak. Habis je kerja Alma balik jaga,mak", ujarnya dia memang merasa gelisah sejak kakinya memijak bumi London.

"Alma, mak nak Alma mulakan hidup baru. Kita dah senang sekarang nak. Mak nak Alma lupakan dendam Alma. Lupakan ayah kamu nak. Biarkan dia menjadi masa lalu. Dendam hanya membawa kehancuran sayang", Azizah masih memujuk.

"Mak, tak semudah tu Mak. Mak tak harap ke orang yang menyusahkan hidup kita mendapat balasan setimpal?", Alma memulang pertanyaan kepada ibunya.

"Alma, kalau bukan kerana dia mak tak akan ada kamu Alma. Mak tunggu kamu balik, bila kamu sedia untuk lupakan semuanya. Assalamualaikum Alma", Azizah mengakhiri talian mereka.

Salam dijawab bersama seribu satu keluhan yang maha berat dilepaskan Alma. Kenapa perlu terjadi kejadian yang tiada dalam perancangan dalam hidupnya? Tanpa Akma pun dia harus melaksanakan dendamnya. Dia akan pastikan Khairuddun dan Zefrina hancur lebur. Kebongkakan dan kesombongan mereka menjadi kesayuan memohon maaf kepadanya. Biar Khairuddin tahu siapa dia sebenarnya. Api dendamnya kembali marak dan menyala. Urusan disini perlu dia selesaikan segera. Dia perlu pulang dan merencana sesuatu. Bukankah dia cantik dan bijak berbanding dengan Akma? Dia mahu Akma kagum dengan kebolehannya.

--------++++++++----------

Akan bersambung terima kasih..

Khas untuk : NorshahiraMohdShah  terima kasih...

Dari Sebuah LagendaWhere stories live. Discover now