Bab 10

187 7 0
                                    

Masa depan yang cerah berasaskan kenangan lalu yang telah dilupakan...

pejam celik, pejam celik tiba juga SPM akhirnya. Akma terasa gentar sudah cukupkah dia bersedia? Sama ada cemerlang atau tidak dia tidak kisah sangat yang penting dia lakukan yang terbaik. Dia sudah melupakan dendamnya juga dia reda dengan apa yang terjadi pada dirinya dan Alma. Mungkin Alma ditakdirkan untuk menjadi doktor kelak. Dia akan setia menunggu Zarul. Suatu hari kebenaran akan diketahuinya jua. Mana tahu kebenarannya manis.

Mak menyediakan sarapan pagi kepada mereka berdua.Alma hanya menikmati makanannya dengan tenang. Sepanjang dua bulan ini Alma kurang bercakap mungkin takut akan fokusnya hilang.
Hati Akma terasa berdebar pula. apa-apa pun dia akan berusaha dengan baik mendapat keputusan yang baik demi masa depannya.

********

Susunan di dewan peperiksaan mengikut susunan abjad di depan nama tetapi mengikut aliran. Aliran sains pastinya mendahului aliran sastera. Kebetulan dua baris di sebelahnya adalah orang yang paling dia rindui selama ini. Zarul masih kelihatan seperti dulu walaupun wajahnya kelihatan agak tegang. Mungkin soalan bahasa Melayu itu sukar bagi Zarul. Akma cuba mencuri pandang tetapi Zarul langsung tidak menoleh ke arahnya. Apakah Zarul marah padanya? Apa salah dia?
Akma fokus Akma. jangan jadi bodoh. hati kecilnya berbisik. Aahhh persetankan semua itu. Akma kembali fokus dengan kertasnya.

Masa telah tamat. Sila letakan jawapan anda di tepi pastikan anda mengisi nama dan nombor kad pengenalan anda disetiap jawapan dan ikat jawapan anda. Sila tunggu sehingga jawapan anda dan rakan-rakan anda selesai dikutip. kata pengawas peperiksaan.

Akma cepat mengemas jawapannya. setelah selesai dia cepat-cepat bergegas keluar dewan cuba mencari kelibat Zarul.
Dari jauh kelihatan Tania memaut erat lengan Zarul. Zarul tidak membantah tidak juga menepis.Sesekali kelihatan Tania membisik sesuatu ke telinga Zarul. Hati Akma terasa dirobek. Akma merasa malu pada dirinya. sungguh dia malu akan sikapnya yang terhegeh-hegeh mengejar lelaki yang langsung tidak mempedulikannya itu. Aku bersumpah tidak akan jatuh cinta dengan mana-mana lelaki lagi. lelaki hanya untuk dipijak. bisiknya di dalam hati. itu janjinya. Dia benar-benar kecewa dengan apa yang dilihatnya.

Akma jum balik. Alma menepuk bahunya.

Jom. ujarnya pendek.

***********

SPM berlalu dalam masa tiga bulan baru keputusan akan keluar menunggu keputusan SPM amat membosankan. Alma mengisi masa lapangnya dengan bekerja di kedai buku. Akma pula bekerja di restoran makanan segera. walaupun hakikatnya mak tidak pernah menyuruh mereka bekerja tetapi Alma dan Akma tetap berdegil juga untuk kerja sementara sehingga keputusan mereka keluar nanti.

*********

Akma ,Alma ke mari kejap.. Datin Mairah menegur mereka berdua.Alma dan Akma hanya menghampiri.
Duduklah. pintanya mesra.

Ni Auntie nak tanya dah fikir ke nak sambung study mana-mana? uncle kamu ni ada yayasan yang boleh sponsor mana-mana pelajar cemerlang keluar negara. kalau berminat boleh lah memohon nanti lagipun minggu depan keputusan dah nak keluarkan? Datin Mairah memberi cadangan.

Betul tu Alma. kalau kamu nak jadi doktor kamu boleh pilih di Australia atau London tapi uncle tak galakan kamu pilih di India dengan pelbagai kes di sana terasa seram pula. Begitu juga kamu Akma kalau nak ambil account. tambah datuk Ismath.

Kami belum buat keputusan lagi uncle. saya rasa nak belajar di IPTA sahaja. kata Alma. Akma mengangguk.

peluang dah terbuka untuk kamu Alma Akma just grab the opportunity. Datuk Ismath senyum menyakinkan dia ikhlas membantu.

bila keputusan keluar nanti saya akan mohon uncle. ujar Alma pendek.
macam tulah. sekarang ni kamu nak pergi kerja dah ke? tanya datin Mairah.

Alma dan Akma serentak mengangguk dan meminta diri untuk pergi.

Akma apa keputusan kau sekarang ni?

aku nak kau ambil law. aku akan ambil setiausaha sahaja di sini Al.

jadi kau nak tendang aku keluar negara lah? kenapa aku kenapa tak kau?

Alma, aku disini jaga mak. memantau keadaan Khairuddin. kau belajar jadi yang terbaik. buktikan kemampuan kau. tumpukan perhatian kau dengan bersungguh- sungguh di sana. kalau kau di sini fokus kau akan terganggu. lepas habis kau belajar di London kau balik. baru aku fikirkan bagaimana nak menghampiri hidup khairuddin. boleh? kau kena percayakan aku Al. apa pun yang terjadi dendam aku kali ni tak akan padam. Akma berkata penuh semangat.

Alma senyum menyenget. Apa-apapun terjadi kau tak akan berundur Akma? aku takut nanti Si Zarul merayu bila aku tak ada disini berantakan jadinya.

Kau jangan risau aku dah padamkan Zarul dari kamus hidup aku. Dulu boleh lah dia bodohkan aku. Memang aku akui aku sedikit dungu. sedikit aje tau. Akma membela dirinya.

Kau tahu betapa aku bencikan Khairuddin Akma. Kau bersih dari tangan dia tapi aku. ahh, bila aku ingat hati aku macam di sayat-sayat dengan belati Akma. ujar Alma. hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakit hatinya.

jadi buat aje apa yang aku suruh. Selama ni pernah ke plan aku tak jadi Alma?

yelah tu. Ingat Akma jangan kau berani sia-siakan pengorbanan aku. aku tak jadi doktor hanya kerana dendam ni tau. dahlah aku nak masuk kerja kang membebel pulak supervisor aku. bye.
Alma melangkah pergi.

Dari Sebuah LagendaWhere stories live. Discover now