bab 3

310 12 4
                                    

peluang kenali dunia baru...

            Dia tidak tahu harus mengadu pada siapa, Azizah hanya mampu mendiamkan diri membisu dan membiarkan semua perasaan bersarang di dada kalau lah dulu dia tidak mengingkari ayah tidak merayu ibu memujuk mereka agar menerima Khairuddin sebagai menantu mungkin nasibnya tidak sebegini. Segalanya sudah terlambat. Dia terkotang kating ditinggalkan keseorangan. Wang pampasan diberhentikan kerja dari kilang telah digunakan melangsaikan hutang Khairuddin. Khairuddin memang tahi judi. Dia hanya mampu bersabar. Mengenang kembali dia menemui Khairuddin di sebuah kelab malam di bandar, ketika itu dia baru sahaja lepas S.P.M. sedang mencari peluang pekerjaan kerana cinta tanpa berfikir panjang mereka pun berkahwin dan dia membawa Kharuddin pulang ke kampung halamannya. Pada awalnya, Khairuddin bertanggungjawab memberi kebahagiaan kepadanya sehinggalah kelahiran Alma dan Akma, Khairuddin berubah dia bukan Khairuddin yang dulu. Sudahlah tak guna dikenang masa lalu fikirnya. Tiba-tiba dia terlihat seseorang cuba menyeluk beg tangan seorang wanita yang kelihatan bergaya, tanpa berfikir panjang Azizah menghalangnya menahan tangan pencuri itu. Ketika dalam pergelutan tersebut tangan kiri pencuri itu menggoreskan pisau ke lengan Azizah. Azizah terkejut dan melepaskan lengan pencuri itu. Datin Umairah panik terkejut seketika tidak menyangka kejadian tersebut menimpanya dia membawa Azizah ke klinik mengucapkan terima kasih lalu memperkenalkan dirinya sebagai Datin Umairah dan kedatangannya di kawasan tersebut kerana telah berjanji dengan seseorang untuk bekerja dengannya tapi orang itu tidak muncul-muncul walaupun sudah lama dia menunggu. Datin Humaira menghantar Azizah ke rumah. Sempat juga Datin Umairah bertanya kalau Azizah mahu bekerja di rumahnya. Azizah seperti orang mengantuk yang di sorong bantal, tanpa berfikir panjang dia setuju dan Datin Humaira terus mengajaknya berpindah ke rumahnya hari itu juga.

"Maaf Datin, saya perlu uruskan persekolahan anak saya sekiranya berpindah".

"Oh, beginilah saya pun terlupa pasal Azizah ada keluarga kerana amat perlukan pembantu rumah, saya berikan masa seminggu untuk Azizah uruskan semuanya di sini nanti saya akan suruh driver ambil Azizah dan keluarga ya?".

"Baiklah Datin saya cuma perlu uruskan persekolahan anak saya sahaja Datin, yang lain saya rasa tak ada keperluan sangat".

"Yelah saya faham Azizah, pasal persekolahan anak awak di kawasan rumah saya nanti saya uruskan awak jangan risau".

"terima kasih Datin, belum jumpa lagi majikan sebaik datin," ucap Azizah.

Azizah menghantar datin ke muka pintu dan melambai kereta datin hingga hilang dari pandangannya. Disudut hatinya dia bersyukur kerana ditakdirkan bertemu dengan insan sebaik datin Mairah.

*************************

Kepulangan Alma dan Akma ditunggu Azizah di depan pintu. Hatinya tidak sabar untuk menceritakan tentang penghijrahannya. Dia akan ke bandar tinggal di bandar. Hidupnya dan anak kembarnya akan berubah 360 darjah dari titik asal. Dia percaya tentang itu. Dia akan melakukan perubahan. Dia akan memastikan Alma dan Akma berjaya dalam kehidupan. Dia akan pastikan Alma dan Akma tidak susah tidak lelah dan paling penting tidak akan menjumpai lelaki seperti Khairuddin. Alma dan Akma dapat melihat cahaya keriangan wajah ibunya dari jauh. Entah apa yang mengujakan perasaan emak fikir Alma. Kedatangan mereka disambut dengan senyum manis ibunya. "emak, senyum macam baru jumpa emas la mama, apa yang seronok sangat ni mama?", Alma bertanya tidak sabar mengetahui apa yang bermain di raga ibunya. "Al, emak dah dapat kerja di bandar, mungkin selepas selesai urusan pindah sekolah Al dan Akma kita akan pindah dari kampung ni". emak berkata penuh semangat. "Betul ke mak?", Akma bertanya memastikan kepastian. Emak benar-benar ingin meninggalkan daerah kelahirannya. "Yelah, kamu berdua dah boleh masukkan barang-barang kamu dalam kotak, esok mak akan ke sekolah uruskan perpindahan kamu secepat mungkin." "Tapi mak, macam mana mak dapat kerja dan kerja apa mak?", Alma masih tidak berpuas hati. Azizah terpaksa menceritakan kisah pertemuannya dengan Datin Umairah dari awal hingga hujung. Mereka berdua hanya mengangguk dikotak fikirannya masih banyak pertanyaan. Dia dan Akma masih memikirkan bagaimana kehidupan mereka nanti. Adakah malapetaka atau sebaliknya apatah lagi selepas ini mereka terpaksa menumpang kehidupan orang lain. Biarlah, sebenarnya semakin banyak dugaan semakin mengajar kita erti kematangan.

**************************************************************************

Hari yang ditunggu sudah tiba. Pemandu Datin Umairah sudah sampai di depan pintu menunggu mereka. Segala urusan persekolahan mereka sudah diuruskan oleh Azizah mereka akan bersekolah di SMK Green Road antara sekolah yang terbaik di Sarawak yang selalunya melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Walaupun tidak secantik Sri Santubong yang terletak di kaki gunung berhadapan dengan laut China Selatan Alma dan Akma akan tetap berusaha membiasakan diri di sekolah baru mereka nanti. Segala kenangan suka dan duka di Sri Santubong dibiarkan berlalu pergi. Perjalanan dari kampung Alma ke rumah datin Umairah hakikatnya tidaklah begitu jauh. Cuma pekerjaan sebagai pembantu rumah yang memerlukan ibunya sentiasa berada di situ. Kedatangan kami sekeluarga disambut mesra oleh semua penghuni villa Teluki. Datin Umairah memperkenalkan kami dengan pembantunya yang lain. Setiap pembantu ada tugasan sendiri ada tukang cuci, tukang kebun dan tukang masak. Kedatangan Azizah sebagai pembantu tukang masak dan kadang-kadang membantu tukang cuci supaya aktiviti kerja di villa Teluki dapat dijalankan dengan segera. Akma mendongak memandang ke atas balkoni villa Teluki terasa seperti ada seseorang memandangnya tekaan tepat seorang tua berkerusi roda merenungnya. Akma melemparkan senyuman. Senyumannya Cuma berbalas pandangan yang sepi dari orang tua itu. Tidak mengapalah fikirnya. Esok dia dan Alma akan ke sekolah baru. Mungkin lebih baik dia berehat. Mereka diberikan rumah kecil di belakang vila itu. Mempunyai dua bilik satu bilik air, ruang tamu dan lengkap berdapur. Rumah itu hanya di diami mereka bertiga kerana tukang masak dan tukang cuci berulang alik ke vila Teluki. Rumah itu sebenarnya cukup besar daripada rumah di kampung yang usang dan sempit. Alma dan Akma bersyukur apatah lagi Datin Umairah kelihatan baik dan ramah.

Dari Sebuah LagendaWhere stories live. Discover now