Bab 23

76 5 0
                                    

Telefonnya berbunyi. Nombor yang tidak punya nama tapi dia kenali.

"Helo. Ok. Aku jumpa kau", katanya pendek.

Dia segera mengemas mejanya. Dia perlu berjumpa dengan pemanggil tadi.

Dia bergegas menuju ke kereta. Dia perlu segera ke kawasan perindustrian bebas Muara Tabuan. Wadi menunggunya di sana.
Setibanya di sana dia segera ke bangunan tinggal yang sudah lama tidak beroperasi. Dia menaiki tangga tingkat pertama.

"Huh, macam tak da tempat lain kau nak pilih", rungutnya apabila Wadi kelihatan di depan mata.

"Mana duit aku?", tanya Wadi.

"Aku tak pernah mungkir janji Wadi, tapi kau yang buat masalah. Aku nak apa yang aku nak dengar dulu. Kalau kau tak mampu dapat apa-apa yang aku nak kau jangan mimpi nak dapat duit aku", Akma perlu bertegas Wadi semakin demand sekarang.

"Nah", sebuah sampul dihulurkan Wadi.

Akma memerhati penuh minat. Semua senarai aset milik Khairuddin dan Zefrina di dalam dan luar negara. Gambar anak tunggal Zefrina. Saiful Azmi Khairuddin b Abdullah. Sanggup haiwan itu memberikan namanya pada bukan darah dagingnya. "Tahi", gumamnya kecil. Aktiviti Saiful Azmi semuanya di dalam gambar-gambar tersebut. Dibacanya dengan teliti. Seterusnya, dia membelek lagi. Gambarnya dan Shahrul Eric. Makan keluar pejabat dan senarai nama kongsi gelap di negerinya yang berdaftar dan tidak berdaftar. Dia senyum.

"Kau ekori aku Wadi?", tanyanya.

"Aku mengikut Syahrul Eric. Kau kan nak semua maklumat pasal Dragon? Sekarang aku dah faham permainan kau Akma. Kau nak gunakan Shahrul Eric untuk berperang dengan bapa kau kan?", tanya Wadi. Akma diam lalu mengeluarkan sampul dari handbagnya.

"Nah!", sampul berisi wang tunai bertukar tangan.

"Kalau aku nak kau, bolehkan Akma?", Wadi mengenggam tangan Akma kuat.

"Lepaskan aku Wadi. Kau jangan macam-macam", Akma cuba memulas tangannya.

"Akma, dengan Shahrul Eric tu boleh je. Korang tinggal serumah kan?", Wadi mendekatkan wajahnya.

Kakinya lantas menendang celah kangkang Wadi. Dia bergegas lari. Tanpa di duga dia tersadung sesuatu. Dia jatuh. Wadi menghampirinya. Akma segera berdiri. Dia berhadapan dengan Wadi. Wadi memegang tangan Akma.

Sebuah penampar hinggap di pipi Akma. Serentak itu, seseorang memukul Wadi dari belakang.

Akma terkejut. Shahrul Eric menyelamatkannya. Dia lega. Sekilas dia mencari handbagnya. Dan sesesuatu yang berat menghentam kepalanya. Dia rebah. Dalam kesamaran dia masih terdengar satu suara. "Uruskan dia ni. Simpan dia dulu. Aku nak bawa perempuan ni ke hospital. Maaf Akma. You tahu terlalu banyak perkara", bisiknya ke telinga Akma. Darah mengalir keluar dari telinga Akma. Shahrul Eric kaget.

***********************

"Mak cik, maaf mak cik saya tak jaga Akma dengan baik", hanya itu yang dia mampu ucapkan bila terpandang wajah Azizah menghampirinya di ruangan menunggu Hospital Normah.

"Mak, nah mak minum dulu jangan risau. Akma kan kuat?", Alma menghulurkan air mineral untuk emaknya.

"Eh, Akma?", Shahrul Eric kehairanan melihat Alma.

"I Alma Athirah Khairuddin. Bukan Akma. Kan Akma kat dalam", kata Alma selamba. Malas dia hendak ambil pusing dengan lelaki yang berada di depannya sekarang.

"Oh, maaf. Akma tak bagitau yang kakak dia berkongsi wajah dengan dia", pinta Eric.

"Huh, I hairanlah macam mana Akma boleh jatuh tangga sedangkan office you ada lift?", tanya Alma.

"Kau buat apa sebenarnya Eric?", dia meninggalkan Shahrul Eric dengan persoalan apabila melihat doktor keluar dari bilik kecemasan.

"Bagaimana?", Alma terlebih dahulu bertanya.

"Dia gagal memberi respon terhadap semua ujian kami. Anak matanya juga gagal memberi respon terhadap cahaya. Hentakan di kepalanya amat kuat. Mungkin hentakan itu menyebabkan dia koma. Atau dalam bahasa paling mudah shut down untuk seketika", jelas doktor muda tersebut.

"Shut down? Untuk berapa lama?", tanya Alma.

"Seminggu mungkin sebulan dua. Atau setahun. Tidak pasti Cik", balas doktor tersebut.

"Saya nak jenguk adik saya. Jom mak", panggil Alma. Doktor muda itu hanya mengangguk.

Alma memimpin ibunya. Mereka melangkah lemah. Tidak sangka Akma terlantar sebegitu. Hati Alma bagai kaca terhempas ke batu. Segalanya punah ranah. Impiannya berkecai sepai.

Tiada kata dapat mengambarkan hatinya sekarang. Azizah duduk di kerusi menunggu pesakit. Dia mengeluaran surah yassin. Lalu membacanya dengan tenang. Alma hanya mampu menangis. Dia sudah lupa bagaimana membaca yassin. Jahilnya dia.

Shahrul Eric resah gelisah di luar. Perasaannya penuh marah dan terganggu. Dia berlalu. Kalaulah dia tidak terlalu takut untuk ditinggalkan Akma dia tidak akan memukul Akma sekuat itu. Dia fikir dia hanya perlu masa untuk mengatur segala penjelasan. Akma memberikan dia masa sekarang. Masa yang tidak pasti bila. Keadaan yang tidak pasti bagaimana.

Dia melangkah laju ke kereta. Dia memandu ke kawasan pinggir bandar. Bangunan terbiar milik syarikatnya di kawasan lombong tinggal itu dimasukinya.

"Boss", sapa seseorang lalu menunjukan Eric ke arah bilik bertentangan. Bilik itu sedikit gelap hanya diterangi oleh cahaya lampu kecil yang samar.

Kayu besbol diberikan kuncunya kepadanya. Dia memukul jasad itu sekuatnya. Jasad itu mengaduh sakit. Terbangun dan sedar.

"Apa hubungan kau dan Akma?", tanya Eric.
"Kekasih aku", balas Wadi.

"Kau jangan buat aku marah Wadi. Aku kenal kau. Kau ekori aku sejak sebulan yang lalu. Kau penyiasat persendirian. Apa kau nak dari aku?", Shahrul Eric menyinga. Dia bersedia menarik picu relvover nya. Dan lepas. Terkena kaki Wadi. Wadi menga

" Sebelum aku kenakan peluru ni di kepala kau baik kau cakap betul Wadi", pintanya.

"Kan aku dah cakap dia cuma nak aku siasat kau. Nak kenal kau siapa!", Wadi menjerit lantang.

"Uruskan dia. Selamat tinggal Wadi", Shahrul Eric beredar. Dia hanya mendengar raungan Wadi memanggil namanya. Selepas itu, bunyi picu dilepaskan. Suasana sunyi. Dia menghidupkan enjin kereta. Dia perlu pulang ke rumah. Mandi dan bertenang.

++++++++++++++++++++++

Tergapaikah impian untuk sebuah dendam? Sepasang sayap telahpun patah..

Terima kasih.
With love
Jmj

Dari Sebuah LagendaWhere stories live. Discover now