Bab 9

153 8 2
                                    

perit untuk dikenang..

Tira, malam ni saya nak jumpa awak. kat taman perpustakaan negeri jam 10 malam. tolonglah. percayakan saya. boleh kan? Zarul meminta.

Akma hairan. permintaan Zarul itu pelik bunyinya. Akma cuma mengangguk.

sepanjang hari itu hati Akma berasa tidak keruan semua yang dilakukannya serba salah. Hendak dia luahkan kepada Alma sudah seminggu dia tidak bertegur sapa dengan Alma selepas peristiwa mereka bertengkar. kadang-kadang sixth sense Alma berfungsi dengan baik untuk mengetahui sesuatu yang buruk bakal terjadi.perlukah dia bertegur dengan Alma. Pasti Alma memarahinya lagi.

*************

Akhirnya waktu yang dijanjikan Zarul tiba juga. Akma menyelinap keluar melalui pintu pagar belakang. walaupun terpaksa berjalan jauh itu tidak mengapa jika dibandingkan terpaksa menghadap bebelan Mak dan Alma.

ketika sampai di taman tersebut Zarul telah pun menunggunya.

Zarul mengenggam tangannya. Zarul mengeluarkan sesuatu dari poketnya. genggaman tangannya dilepaskan. Zarul mengkalungkan rantai ke lehernya. Akma hanya diam.

Tira, ini kali terakhir kita jumpa. Zaf, minta maaf sebab terpaksa lukakan Tira. tapi percayalah ini demi kebaikan Tira. Yakinlah Tira Zarul hanya cintakan Tira.

Akma diam. Dia bingung. apa yang zarul cuba sampaikan kepadanya.

Awak cakap apa ni zaf? tanyanya.

Suatu hari awak akan faham Tira. Saya tak boleh jumpa awak lagi. Saya sayang awak Tira tapi keadaan memaksa saya. Esok saya tak akan ada di sisi awak lagi Tira.

Awak nak clash dengan saya ke..? kalau awak tahu awak nak lukakan saya kenapa awak gembirakan saya dua minggu ni? awak mainkan saya ye? Akma bertanya bertalu-talu. Matanya sudah berkaca. Hatinya menyesal tidak mempercayai Alma.

Saya terpaksa Tira. Saya nak ciptakan kenangan kita agar saya ada sesuatu untuk meneruskan hidup saya. Tunggu saya Tira. Satu hari kelak saya akan ambil awak hak saya. Saya janji. awak kena percayakan saya. apa pun yang saya buat hanya untuk awak.

Akma diam. apa yang patut dia lakukan. kata-kata Zarul seperti ingin mengubah dunia indah yang diciptakannya. Sungguh dia merasa terluka merasa dikejami. Kenapa perlu melayannya dengan baik selama itu menyakinkan Zarul akan sentiasa bersamanya. Zarul pentingkan dirinya bisik hatinya.

Kalau awak nak pergi dari hidup saya pergilah Zafran. Selamat tinggal. Akma berlalu. Sungguh dia tidak sanggup mendengar kata-kata zarul. kenangan cinta semusim itu padam.

Zarul masih menahan tangan Akma. menarik Akma dalam pelukannya. berbisik ditelinganya.

Ingat janji awak jangan balas dendam sebarkan kemaafan dan cebisan keajaiban Akma.

Akma menangis pilu dalam pelukan Zarul. pelukan itu terlerai juga. Akma berlalu pergi membawa hatinya. Dia berlari selaju-lajunya. Dia ingin lari dia tidak ingin mengingati lagi antaranya dengan Zarul. hatinya sakit seperti kaca terhempas ke batu. Akma berhenti dia telah tiba di depan rumah bagaimana dia menghadap muka Alma selepas ini. fahamkah Alma dia amat terluka sekarang?

Akma. namanya disergah. Alma berdiri di tepinya. dia hanya mampu membatu. kali ini dia rela mendengar sumpah seranah Alma.
Alma memeluk Akma erat. Dia memahami hati Akma walaupun Akma tidak pernah memahami hatinya.
Alma tidak berkata apa-apa. Dia hanya membiarkan Akma meratap sepi. Setelah hampir dua jam menemani Akma. Alma mengajaknya tidur. Alma pasti mak telah tidur jadi mak tidak akan melihat wajah Akma yang sugul.

***************

Sungguh Akma hairan, Alma langsung tidak bertanya padanya apa yang terjadi sikapnya seperti biasa. Pagi itu Alma seperti biasa meyapanya. Alma seolah-olah terlupa apa yang berlaku semalam.

Al, kau ok ke? Akma memulakan bicara.

Eyhh.. apahal pulak tak ok? kau yang patut aku tanya ok ke tak. Dalam dunia ni Akma halangan hidup kita akan dewasakan kita.Pasal malam tadi aku tau kau tak nak share. aku harap apa yang terjadi akan jadi kekuatan buat kau. bukan kelemahan yang akan kau tunjukan pada diri dan pada aku.

Alma berlalu ke kelasnya. Padanya dia tidak perlu tahu apa yang berlaku yang penting dia tahu Zarul pengaruh buruk Akma telah pergi. Dia tahu Akma kuat dan bijak tidak mungkin bertakuk di bawah payung cinta yang akan pudar warnanya itu. Hari ini moodnya baik. Mungkin pelajaran juga mudah masuk. Memang dia lega Zarul telah meninggalkan Akma. Dia tidak perlu gusar lagi akan pengaruh Zarul yang cuba mengubah Akma. Mengubah pasangan bukan cinta namanya. Entah apa definisi cinta dalam fikiran aku. Alma berbisik sendirian.

*************

kelibat Zarul tidak kelihatan di sekolah. perhimpunan tadi tiada. di kantin juga tiada.
Akma diusik bimbang dan ragu. apa yang terjadi dengan Zarul sebenarnya? Mengapa Zarul hilang? sakitkah dia? demam ke..
biasakah dia tanpa Zarul di sisinya. Rindukah dia pada Zarul?

Dari Sebuah LagendaWhere stories live. Discover now