Bab 4

245 10 4
                                    

langkah kanan atau kiri...

Berdebar hatinya kala menginjak kaki ke sekolah baru. Apatah lagi dihantar menggunakan kereta mewah BMW milik Datin Umairah. Pendaftaran di sekolah baru tidak ada sebarang masalah dia dan Alma berjalan ke kelas masing-masing kerana subjek elektif yang diambil mereka tidak sama. Di hati mereka saama-sama berharap dapat menyesuaikan diri dengan sekolah baru. Alma seperti biasa melangkah penuh keyakinan. Bagi Alma segalanya dapat diselesaikan selagi keyakinan dalam dirinya tidak punah dan patah. Akma pula lebih menundukan dirinya baginya berdiam lebih baik daripada menyerlah seperti Alma.

Sesi perkenalan di kelas mereka berjalan lancar. Tiada yang istimewa bagi Alma di sini. Kebanyakan pelajar hanya lebih menumpukan perhatian dengan pelajaran di sekolah ini. Masalah disiplin kurang. Mungkin mereka telah termotivasi dengan baik agar lebih memikirkan pelajaran dan masa depan agar mereka cemerlang. Atau, ini hanya telahan aku yang baru mencari erti di sini. Persetankan semua itu. Aku ada misi dan visi.

Akma pula berlagak seperti biasa diam tanpa memerlukan kawan mahupun lawan. Dia biasa sepi. Baginya sepi itu indah tidak perlu bercerita tanpa kata dan tanpa menjadi pendengar cerita. Pelajaran pada masa ini adalah segalanya. Dia tidak mahu dendamnya berkecai. Bila mengenang mak terpaksa menjadi orang gaji demi kesenangan mereka. Hatinya benar-benar sakit. Biarkan perasaan itu menjadi angin dan dendamnya api manakala hatinya pula adalah sekam.

Usai di sekolah Alma dan Akma berjalan ke kereta BMW Datin Umairah yang dipandu pemandunya. Hari pertama ini Pak cik Husin akan mengambil mereka namun esok mereka akan menaiki bas. Menaiki bas tidak menjadi masalah kepada mereka berdua. Mungkin lebih selesa dapatlah mereka menelaah seketika di perpustakaan negeri berhampiran rumah ketika berjalan pulang dari perhentian bas nanti. Namun Pak Husin sempat berjanji sekiranya dia tidak bersama Datin Umairah dia akan mengambil mereka berdua.

******************************************************************

Persekitaran rumah Datin Umairah tenang sekali. Pokok mangga tumbuh rendang di sekeliling pagar. Daunnya menyejukan kawasan sekitar rumah. Namun ketenangan itu tidak dapat menyejukan hati Tan Sri Zain. Wajahnya gusar senyumnya telah lama mati. Kesunyian hatinya semakin terserlah diwajahnya. Apatah lagi dia lumpuh separuh badan sekarang. Terpaksa berkerusi roda. Akma menghampiri lelaki tua itu. Dia senyum. Memperkenalkan dirinya kepada lelaki tua itu sebagai anak orang gaji baru dirumah itu. Entah mengapa hati Tan Sri Zain ingin bercakap dengan anak gadis itu sebab itu dia bersusah payah menyuruh Pak Mat tukang kebun Vila Teluki untuk membantunya turun ke lanskap kecil tepi vila Teluki. Namun dia masih belum mampu untuk senyum kepada gadis itu.

"Tuan, maafkan saya mengganggu tuan saya pergi dulu", ujar Akma berlalu.

Tunggu..tegas dan garau. Akhirnya lelaki tua itu bersuara.

Akma, cantik nama itu mesti sehebat bunga pakma orangnya.

Akma diam. Tidak sangka lelaki tua itu bersuara.

"Bunga Pakma tu bau busuk la tuan", Akma membidas pelik dia diserupai dengan pakma.

"Panggil atuk aje", Tan Sri Zain meminta. Dia rindu dengan panggilan itu.

"Atuk..."Akma senyum dia berjaya memancing lelaki itu untuk berbual dengannya.

"Memang pakma busuk tapi kebusukan itu tidak menghalang orang untuk mendekatinya dan mengenalinya Akma".

"Ada-ada aje la atuk ni.. saya Akma bunga tu pakma satu huruf membezakan nama saya dan bunga tu dan kalau boleh saya tak nak jadi parasit seperti bunga tu", Akma senyum tapi dihatinya mungkinkah dia akan jadi parasit seperti bunga itu? Hatinya bertanya.

Tan Sri Zain mula mengenali Akma bertanya tentang kehidupan gadis itu. Baginya gadis itu menarik. Wajahnya lembut tapi meyimpan seribu persoalan. Mengenali tempat kelahiran gadis itu dan kebijaksanaan gadis itu membawa diri.

Akma juga tidak gusar bercerita jerih payah hidup dia dan Alma. Entah mengapa hatinya telus untuk bercerita namun dia tidak menampakan riak dendam dan kesumatnya terhadap apa yang telah Khairuddin lakukan. Biarlah kesumat itu hanya dihatinya bukan di bibirnya.

Tan Sri Zain pula sibuk bercerita tentang masa mudanya. Menceritakan kisah cintanya. Dia hanya mencintai seorang gadis kampung. Dulu dia tidak punya apa-apa. Dia hanya ada sebuah rumah tinggalan orang tuanya. Sahara, ibu kepada datin Umairah. Sahara meninggal dunia ketika melahirkan anak kedua mereka yang juga meninggal lemas dalam kandungan Sahara. Namun sebelum Sahara pergi Sahara sempat merasai kesenangan bersamanya. Ketika itu, perniagaannya sudah maju. Syarikat perabot kayu jati miliknya telah berkembang dengan pesat. Malah setelah tiga tahun beroperasi dia telah berjaya menempa nama di luar negara. Dia bercerita dengan bangga tanpa menceritakan sisi gelap perniagaannya. Pada zaman itu duit adalah segalanya baginya. Setelah bertapak dalam perusahaan perabot kayu jati dia mula berjinak-jinak dengan pembinaan dan hartanah. Pada masa itu banyak tanah kosong yang boleh dibangunkan. Dia mula membuka syarikat kontraktor. Membangunkan kawasan sekitar bandar Kuching dan mula berkawan dengan ahli politik. Hasil sumbangannya membangunkan kawasan bandar dia mendapat gelaran Tan Sri. Kini semua urusan diuruskan oleh menantunya Dato' Ismath Mikhael berbangsa Irish pilihan hati anak kesayangannya Umairah. Umairah sepertinya keras dan degil. Dia menerima dengan hati yang terbuka pilihan hati anak perempuan kesayangannya Umairah apatah lagi Ismath Mikael bersetuju untuk berhijrah terus ke Malaysia hidup bersamanya di villa Teluki. Ismath telah jatuh hati dengan Umairah dan negara ini. Ismath hanya kembali ke kota London atas urusan perniagaan dan keluarga asalnya sahaja. Seluruh hatinya telah jatuh kepada Malaysia. buktinya dia membuka sebuah yayasan untuk membantu anak Melayu yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara. Akhirnya Tan Sri Zain dikurniakan seorang cucu yang mengubati kesunyian di hari tuanya. Malangnya, Sharul Eric dihantar Mairah ke luar negara. Menyambung pengajian di sana puas dia merayu agar Shahrul Eric belajar di Malaysia sahaja tetapi Datin Mairah berkeras juga. Datin Mairah mahukan Eric menimba pengalaman di tempat orang. Dia ingin memastikan Shahrul Eric kuat bukan anak manja dan cucu manja Tan Sri Zain.

Matahari mula terbenam, Akma menghantar atuk kebiliknya. Entah mengapa dia terasa dekat dengan orang tua itu. Mungkin keranadia tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada seorang datuk.


Dari Sebuah LagendaWhere stories live. Discover now