Bab 7

174 8 0
                                    

Pagi itu Akma dikejutkan dengan sekuntum bunga mawar merah dan sekeping kad di atas mejanya. dia membaca bait dalam kad tersebut.

saya harap ada sekeping maaf untuk saya..
saya janji akan pertahankan awak walau apa pun terjadi Tira..
awak milik saya hari ini dan selamanya...

ZZ

Akma diam seketika benarkah apa yang di bacanya. Dia tidak bermimpi disiang hari.

Dia menyimpan bunga itu di bawah meja. Dia membiarkan dirinya merawang dengan khayalan bagaimana Zarul mempertahankannya. Ini bukan filem hindi getus akal logiknya. akal logiknya berperang dengan getusan hatinya untuk menyakini Zarul akan bersamanya kelak. Tapi siapa Tania yang dimaksudkan oleh papa Zarul? tak kanlah perempuan yang macam queen of bee yang duduk di belakang baris tengah bertentangan dengannya. oh.. kalau itu Tania layak kah aku bersaing dengannya.

loceng rehat sudah kedengaran. guru ekonomi juga sudah keluar.

eyh..perempuan. Akma terkejut disergah sebegitu.

Kau jangan fikir Zarul boleh jadi milik kau. Uncle Zack dah call aku tanya kenal tak dengan kau? aku bagi amaran pada kau jauhkan diri kau dengan Zarul. Jarinya menujal kepala Akma.
Tak sedar diri kau ya. dahlah menumpang anak orang gaji. kau fikir dengan kau rapat kat Zarul kau boleh naikkan status kau ke? Tak sangka budak macam kau ni boleh fikir macam tu sekali. kau kena sedar diri kau sikit. sekali lagi jari Tania menujal kepala Akma.

Akma diam. Sungguh tidak disangka apa yang difikirnya menjadi juga. Kejamnya kata Tania kepadanya. Berdesing telinga mendengarnya.

Mak engkau tak ajar ke? pipit sama pipit engang sama eng...
paakkkk sekeping penampar singgah di mukanya. dia terjatuh. Alma mengangkat kerusi kayu dan menghentaknya ke sisi Tania. Nasib baik tidak mengena. Tania kaku gamam seketika.
Kau dengar sini kalau kau hina dia bermakna kau hina aku. apatah lagi kalau mulut busuk kau sebut pasal mak kami aku tak teragak-agak nak pecahkan kepala kau. jangan fikir aku takut. kalau kepala kau dah pecah dan sweng apa kau mampu buat? kau fikirlah sendiri. Alma berlalu keluar menarik Akma. Dia ingin tahu mengapa boleh sekecoh itu.
ketika dia di pintu kelas ingat cerita ni kekal dalam kelas kamu kalau cerita ni keluar sampai ke pengetahuan guru aku akan heret orang lain bertanggungjawab dengan apa cara sekalipun. dia berlalu. Alna hanya mengertak dia sendiri tidak tahu apa yang dia mampu lakukan.

Dia mengheret Akma ke rumah hijau sekolah.
Apa kau buat Akma? berani pulak kau belakangkan aku? mengapa si Tania tu sakit hati kat kau? kau jangan buat aku pusing Akma.

bukan urusan kau. aku boleh handle.
boleh handle eyh... kalau Tania and the gang dia pukul kau kau mampu ke nak lawan. kau bukan aku Akma. Daya menyerang kau kurang. Apa yang buat ha? kenapa kereta budak Zarul tu ambik engkau di rumah kelmarin? semua ni berkaitankan? Jawablah Akma apahal kau diam. Alma menjadi tidak sabar.

ok aku kawan dengan Zarul tapi papa dia tak suka aku. dia suka kan Tania. itulah.

kau babitkan diri kau dengan cinta tiga segi. Kau tahu SPM dua bulan lagi. eh... kenapa dengan otak kau Akma? kau dah mereng ke? mana otak logik kau? ini bukan masa nak libatkan masalah. kau kena ingat ye Akma kalau keputusan SPM kau tak memuaskan hati aku. dendam kau dan aku berkubur. that final. aku rela. daripada berusaha tapi tak berjaya. Alma berlalu meninggalkan Akma bersendirian. Lepas ni Puan Hajah Ramlah yang akan masuk kelas mengajar Matematik Tambahan dia tidak boleh lambat. Nanti bising pula. Alma terus melangkah ke kelas.

Akma masih termangu di rumah hijau itu. kalau dia masuk kelas pun dia tidak mampu fokus. lepas ni dia ke bilik sakit. mengatakan dia sakit perut agar cikgu Yusri tidak menyangkanya ponteng kelas.

kerana seorang lelaki hidupnya boleh berantakan. Alma langsung tidak faham perasaanya. Zarul adalah Zarul dendam adalah cerita lain. tak berkaitan. Fokusnya tidak terganggu kerana Zarul. lebih baik dia ke bilik sakit sebelum cikgu Yusri mencarinya di sana.

Dari Sebuah LagendaWhere stories live. Discover now