Bab 1

613 20 15
                                    

sekecil belajar menjadi dewasa...

            Al...bagaimana ni? Akma bertanya sambil menunjukkan beg duit kecilnya. Hanya beberapa keping not kertas seringgit. Tidak cukup untuk perbelanjaan sekolah mereka berdua untuk minggu ini. Not kertas seringgit lima keping itu hanya cukup untuk tambang bas tiga hari persekolahan. Alma senyum, "tak perlu makan kot, diet je", ujarnya. Padanya apalah yang mampu dijawab dia langsung tak punya wang sekarang. Mungkin petang nanti dia akan menolong Mak Edah digerai dapatlah juga lima enam ringgit sebagai menambah perbelanjaan. Kehidupannya dirasakan lebih daripada yatim piatu sedangkan dia beribu berayah. Kalaulah dia mempunyai ayah yang baik dan bertanggungjawab mungkin dia tidak sesusah sekarang. Dia dan Akma bergegas menuju ke kelas. Alma berasa fikirannya cukup kusut sarat dengan pelbagai masalah menghentam kalbu. Emak diberhentikan kerja, ayah sibuk dengan perempuan sondal meninggalkan emak dengan tanggungjawab terhadap dia dan Akma ketika kami benar-benar perlukan ayah untuk membimbing dan mendidik.. kehidupan ayah yang beralih dari betina ke betina membuat ayah tidak betah untuk di rumah. Ayah hanya pulang saat perlu sahaja. Ketika kecewa atau ketika tiada tempat persinggahan itu pun kerana emak masih isterinya tapi sekarang emak bukan siapa-siapa pada ayah. Kata ayah, dia dah jumpa perempuan yang lebih baik dari emak. Dia benar-benar beruntung jumpa dengan perempuan tu sebab perempuan itu membawa segala tuah dalam hidupnya. Jadi, kamilah yang bawa sial dalam hidupnya tu? Alma benar-benar sakit marah dan kecewa. "Ahhhh...Sial....sial..sial....", Alma menjerit terkeluar dari mulutnya. "Alma Athirah Khairuddin, apa hal awak? Meroyan ke di rasuk setan?", Puan Suhana menegurnya. Alma tersedar dan terus memohon maaf dan keluar dari kelas untuk ke tandas. Malunya bukan kepalang kerana terlalu mengingati memori semalam. Ayah benar-benar mencabar dia dan dan Akma. Orang tua itulah yang sebenarnya sial. Dia yang mencuri simpanan emak untuk persekolahan mereka sebagai modal perniagaan. Entah bagaimana dia mencuri tanda tangan dan cop jari emak untuk mengeluarkan wang di bank atau dia berjaya memujuk emak meminjamkan wang buat modal untuknya. Dia benar-benar mencabar kehidupan kami. Lamunan ini perlu dihentikan aku boleh gila kerana geram dan amrah. Aku percaya Akma sudah menyusun strategi untuk dendam kesumat kami. Mataku tertarik pada seseorang, aku senyum..kami berbalas senyum. Hatiku tiba-tiba terasa girang. Usai di tandas aku pantas melangkah ke kelas takut-takut Puan Suhana mengata aku berbagai-bagai gelaran dengan mulutnya macam murai tercabut ekor. Minggu lepas dia baru menganugerahkan aku dengan gelaran puntianak gara-gara aku tidak memotong kuku. Waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tamat seketika lagi waktu rehat menjengah aku nak berjumpa Akma terlebih dahulu sebelum ke kantin fikirnya tak mungkin kot baik duduk je dalam kelas Akma diet balik nanti makan apa-apa yang emak masak. Dia hanya membiarkan guru Bahasa Inggeris membebel sorang hari ini dia benar-benar tiada mood untuk belajar.

Alma berjalan penuh keyakinan untuk ke kelas Akma, tiba-tiba dia di sapa. "Shah?", Alma kaget seketika senyumannya mati. Dia kaku... tapi tangannya bergerak...

Pang...satu tamparan hinggap di pipi. Shah memegang pipinya terasa pedas. Koridor yang penuh dengan pekik pelajar bermain dan berjalan waktu rehat itu terasa sunyi seketika. Diam.. Alma berlalu tanpa kata. Dia benci lelaki itu. Walau apa pun alasannya dia tidak akan memaafkan lelaki itu.

"Al... hear me just one second.. please i beg you", Shah merayu.

"You're the damn thing in my life and i really hate you!", Alma menjerit geram.

Muzaffar Shah kaku berputus asa. Dia menyesal. Amat menyesal.

Akma hanya memerhati dari kejauhan menunggu Alma menghampirinya dan senyum pada Alma seperti dia tidak tahu apa-apa.

Sesi pembelajaran hari ini tamat. Alma benar-benar hidup dalam lamunannya sahaja. Hatinya dimamah derita. Dia tidak ingin Shah kembali dalam hidupnya. Anak kacukan Inggeris itu berjaya menambat hatinya tiga tahun lalu tapi meninggalkannya dua bulan lepas tanpa berita tanpa alasannya dan kini dia tidak peduli lagi dengan cinta itu yang sudah berkubur apa yang telah tertitik tidak akan bersambung lagi. Cukuplah tiada peluang kedua dalam hidupnya. Memang dia tidak nafikan kehadiran Shah banyak membantunya dari segi kewangan. Setiap hari Shah menumpangkan dia dan Akma pulang jadi mereka tidak perlu bersesak menaiki bas. Dia benar-benar bertuah bertemu Shah. Tapi...bila Shah hilang dari hidupnya deritanya tiba-tiba bertambah. Nasib malangnya menimpa dia bagai jatuh di timpa tangga. Memang dia dan Akma anak seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Dia kecewa tapi dia tidak menyesal kerana punya emak yang tabah dan sabar jadi dia anggap Allah itu sudah adil baginya. Mamadailah dia bersyukur.

"Alma, kau nak kembali kepada kekasih lama?", Akma bertanya.

Alma mencuka. "Aku tak akan kembali dia dah tinggalkan aku sekali cukuplah lagipun banyak lagi makhluk di dunia ini", jawab Alma tenang.

"Baguslah tak buta kerana perasaan", balas Akma.

"Alma, kejap.." seseorang memanggilnya dia menoleh dengan senyuman.

"Hai, " lelaki itu menghulur tangan. Alma menyambut.

"Alma, saya nak berkawan dengan awak boleh kan?".

"Idlan, saya tak da masalah nak berkawan dengan siapa je, jangan cari musuh je cukuplah."

"Terima kasih Al,"

"Idlan awak nak ke mana tak kan nak temankan saya ke perhentian bas kot?", tanya Alma.

"Saya balik naik bas jugalah, saya dah call mama rehat tadi jangan ambil kerana ada kelas tambahan".

"Oh, awak ni kecik-kecik dah tahu berbohong ye",

"Kalau tak saya tak berpeluang nak hampiri awak". Idlan membela diri.

Mereka berbual bermacam isu terutama tentang SPM yang bakal menjengah akhir tahun ini.

Alma senyum di hatinya biarlah lepas juga tambang bas hari ini. Dia perlu berusaha untuk hidupnya dan hidup Akma yang kini sedang kesempitan. Idlan adalah kesempatan dan dia harus mengambil peluang.

*****************

Malam itu, hatinya tiba-tiba hiba mengingati kejadian siang tadi. Shah menganggu ingatannya. Dia menangis sepilunya bukan hanya mengenang Shah tetapi juga mengenang nasibnya.

"Alma kau tidak akan dapat hidup hanya dengan kenangan, masa depan yang cerah berasaskan masa lalu yang dilupakan", Akma berkata.

"Masa lalu mengejar kita Akma dan akan sentiasa muncul di depan kita".

"Kalau kau duduk menangis macam orang bodoh memang masa lalu akan muncul dengan penuh kesedihan tapi kalau kau bangkit berdiri bergerak dengan penuh semangat masa lalu pun jadi kuncup nak dekati kau, dah lah jangan jadi manusia bodoh jangan terlalu taksub pada masa lalu kau yang tak indah itu, hidup kita ada matlamat ada tujuan bukan macam hidup budak biasa jadilah dewasa Alma bukan budak yang tahu bekenang cinta je", Akma membidas panjang dan lebar telinganya terasa pedas. Sedikit luluh hatinya kerana Akma tidak pernah menyejukan hati tapi meruapkan keadaan namun dia sudah biasa dengan semuanya. Kata Akma benar tidak salah dan dia harus telan kebenarannya. Dia bukan budak biasa dia terluka dan terlalu banyak beban yang perlu ditanggung padahal dia masih mentah lagi.


Dari Sebuah LagendaWhere stories live. Discover now