| 37 |

6.5K 192 4
                                    

SAMPUL surat berwarna putih itu ligat bermain dicelah celah jari jemarinya . Hatinya berbelah bagi sama ada mahu memberitahu kepada Zafril ataupun tidak . Rambut yang menutupi wajahnya diraup ke belakang dengan perlahan .

"Sayang" Asyiela tersentak tatkala Zafril menegurnya .

Cepat cepat sampul surat itu disorok dibawah bantal . Dengan paksa senyuman diukir .

"Kenapa ?" Soal Asyiela .

"Mari sini ikut abang pergi bilik sekejap . Abang nak bagi sesuatu" Pamit Zafril lalu berjalan ke arah bilik .

Asyiela terus bangkit dari sofa dan juga berjalan ke arah bilik . Asyiela melabuhkan punggung di birai katil manakala Zafril bergerak ke arah almari baju .

"Apa dia bang ? Macam penting je" Zafril mara ke arah Asyiela dengan menjijit sebungkus plastik berwarna putih keemasan .

"Lusa kolej abang ada buat jamuan dan diorang semua bawa pasangan . Jadi siapa lagi yang nak jadi pasangan abangkan ? Tadi abang ada keluar dengan kawan abang , nak belikan beberapa barang untuk Asy . Nah ambillah tengok" Ujar Zafril sambil menghulurkan bungkusan plastik ke arah Asyiela .

Asyiela terus mencapainya dan melihat ke dalam plastik tersebut . Asyiela menekup mulutnya tidak percaya .

"Abang betul belikan dress ni untuk Asy ? Ya allah cantiknya terima kasih" Ucap Asyiela sambil membuka lipatan baju dihadapannya kini .

Zafril tersenyum senang lalu membuka laci meja kecil bersebelahan katil dan plastik kecil berwarna merah jambu diambil .

"Dan masa tu abang tak nak tengok isteri abang pakai cermin mata jadi abang belikan kanta lekap ni untuk Asy" Asyiela dengan teragak agak mengambil huluran plastik tersebut .

Diintai ke dalamnya sebelum dia mengensot ke arah Zafril .

"Abang tak rasa rugi ke belikan ni semua untuk Asy ? Sedangkab beberapa hari je lagi kita akan berpisah ." Soal Asyiela dengan pandangan mata yang redup .

Zafril tersenyum lalu meraih tangan Asyiela .

"Jika wang ringgit abang perlu gadaikan untuk buat Asyiela tersenyum , abang sanggup . Dan sebab kita akan berpisahlah abang sanggup belikan ini semua . Kan abang kata nak buat Asy bahagia ? Asy bahagia tak?" Asyiela menganggukkan kepalanya sambil air matanya bertakung di tubir mata .

"Andai betul kita berpisah , ini semua akan jadi kenangan yang paling indah buat abang sebab abang sayang dan cintakan Asy" Asyiela sudah tidak terkata apa .

Hanya air mata mengalir di pipinya . Pipi mulus Asyiela ditekup sebelum dahi Asyiela dicium .

"Izinkan abang hidup bahagia dengan Asy walaupun sementara" Asyiela memejamkan mata merasai suasana yang tenang dan mendamaikan .

"ASY ! dah siap ke ? Cepatlah kita dah lambat ni" Teriak Zafril dari ruang tamu .

Asyiela menilik wajahnya sebelum bergegas keluar daripada bilik .

"Maaf lambat jadi kita boleh pergi?" Soal Asyiela .

Zafril terkedu melihat penampilan Asyiela dihadapan matanya .

Dress berwarna biru laut dipadankan kanta lekap berwarna biru tua , rambut diikat satu dan tiada satu pun bahan mekap ditempek ke muka .

"Abang marilah kita pergi" Zafril lantas mengangguk .

Mereka bergegas keluar daripada rumah dan bergerak ke kolej Zafril . Sesampai sahaja disitu , Asyiela menjadi sedikit gugup tatkala dia menjadi perhatian ramai .

"Abang nak baliklah" Ujar Asyiela sambil menggoncang lengan Zafril .

"Asy janganlah . Asy buat biasa je okay?" Pujuk Zafril sambil menggenggam erat tangan Asyiela .

"Woi Zafril . Wah ada pasangan nampak cun pula tu eh bagi aku jelah" Sergah Faizul dari belakang .

Asyiela mengurut dadanya kerana terkejut .

"Banyak cantik muka kau langkah mayat aku dululah" Marah Zafril .

Faizul ketawa .

"Cemburunya . Dahlah jom naik " Mereka bertiga terus masuk ke dalam dewan yang besar .

"Kita makan makan dululah sementara tunggu prof berucap" Ujar Faizul .

Mereka hanya mengangguk . Asyiela terus melemparkan pandangannya ke segenap ruang dewan itu . Ramai perempuan cantik dan seksi . Boleh mencolok mata pula tu .

"Asy nak makan apa ?" Soal Zafril .

Asyiela mengangkat bahu .

"Tak apalah kita pergi sana nak?" Asyiela mengangguk .

Mereka bergerak ke arah meja yang terletak di sudut dewan .

"Zafril ! Datang pun eh ingat baru nak jadi pasangan awak dah ada rupanya" Sergah seorang perempuan berpakaian dress pendek atas peha berwarna merah .

Zafril pantas berpaling melihat gadis itu .

"Eh hah ada lah awak ni kan ada pasangan juga" Balas Zafril sambil membelakangkan Asyiela .

"Mana ada saya datang sorang tunggu awaklah . Alih alih dah ada pasangan" Balas gadis itu . Zafril hanya tersenyum .

Asyiela memeluk tubuh sambil mencebik . Karipap diambil lalu digigit kasar .

"Ei layan minah ni pula" Asyiela menghentakkan kakinya terus bergerak ke arah lain .

Dengan wajah muram Asyiela bergerak ke arah balkoni dewan . Angin malam terus menampar nampar pipi mulus milik Asyiela .

Tiba tiba fikirannya melayang tentang surat yang harus dia bagi pada Zafril . Gigitan karipap terakhir dikunyah perlahan .

Jari jari ditautkan antara satu sama lain

"Patut ke aku bagitau dia ?" Soal Asyiela sendiri .

"Asy ! Ya allah sini rupanya . Kenapa pergi sini tak bagitau abang ? Risau tau tak" Sergah Zafril dari belakang membuatkan Asyiela terperanjat .

Muncung mula menyerlah di bibir merahnya .

"Asy bagitau pun bukannya abang dengar kan ? Syok sangat berborak dengan perempuan seksi tu" Asyiela sudah memeluk tubuh sambil membuat muka muram .

Zafril sudah tersenyum nakal .

"Cemburu eh" Ujar Zafril sambil mengangkat keningnya berkali kali .

"Tak ada masanya nak cemburu . Pergilah borak dengan dia sampai esok pun boleh pergilah pergi" Asyiela terus  menolak nolak badan Zafril .

Zafril ketawa .

"Cemburu cakap jelah" Terus hidung Asyiela dicuit .

Asyiela merengus .

" Mana adalah ei!" Asyiela menghentakkan kakinya terus meninggalkan Zafril .

"Tak mengaku konon huh poda" Ujar Zafril sendiri .

Dari jauh Faizul hanya melihat gelagat mereka berdua dengan senyuman di bibir.

"Semoga kau bahagia buat selamanya kawan" Doa Faizul sendiri .

____________________________________

Yahu !! Dah nak habis .

I'm sorry gais ending ni sis akan buat sad ending .

Tpi jangan risau next story sis akan suruh readers semua pilih story apa nak , then boleh pilih nk ending macam mana .

And so sorry for late update . Kredit habis maka internet pon habis xde masa nak update sorry okay ? Forgive me ? Hahaha .

Act happy ending ni xdelah happy mne biasa biasa je .

Tu jelah bye .

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now