| 36 |

6.8K 204 16
                                    

JARI - jari ditaut sesama sendiri menyalurkan ketakutan yang kian menyerang dirinya . Matanya dilarikan ke kiri , ke kanan untuk mencari kekuatan . Nadia disebelahnya hanya menggeleng . Belakang belakang Asyiela diusap perlahan .

"Asy , tenang insyaallah takkan ada apa apa . Kau ada tanda tanda apa apa ke untuk membuktikan yang kau ada penyakit?" Perlahan lahan Asyiela mengangguk.

Nadia tergamam .

"Kau seriuslah mana kau tau kau ada tanda tanda semua bagai ? Jangan main main boleh tak?" Asyiela sudah memandang Nadia .

"Aku tak main mainlah ! Sebab tu aku takut dan aku nak pastikan aku sihat . Dengan ujian darah ni je dapat membuktikan aku sihat atau tak!" Suara Asyiela meninggi lalu dia menundukkan wajahnya .

Nadia mengusap lagi belakang Asyiela.

"Aku pasti kau sihat"

"Asyiela Natasha binti Hafiz" Asyiela mendongak tatkala namanya dipanggil seorang jururawat .

Asyiela meletakkan beg tangannya diatas peha Nadia .

"Doakan aku tau" Nadia senyum lalu mengangguk .

Dengan pasrah Asyiela masuk ke dalam bilik rawatan itu.  Senyuman diukir tatkala dia melabuhkan punggung disebelah doktor yang ada ketika itu .

"Jadi Cik Asyiela nak buat ujian darah ni untuk apa?" Soal doktor tersebut sambil menulis sesuatu .

"Pembetulan doktor saya Puan Asyiela . Saya nak buat ujian darah ni untuk pastikan sama ada saya ni menghidap luekimia atau tak" Doktor itu mengangguk sambil mencatat beberapa perkara .

Usai , dia memamit jururawat tadi untuk mendekat .

"Awak ambil beberapa alat radas untuk saya ambil darah Puan Asyiela" Arah doktor tersebut .

Jururawat itu mengangguk lalu mengambil beberapa alat lalu dihulur ke arah doktor tersebut.

"Okay puan angkat lengan baju untuk saya ambil darah" Asyiela akur lalu menaikkan sedikit lengan bajunya .

Beberapa minit kemudian , semuanya selesai . Asyiela menekan sedikit lengannya yang sudah disuntik .

"Okay untuk keputusan nanti saya akan telefon puan . Puan sila tulis nombor di tepi kertas ni" Sehelai kertas disuakan ke arah Asyiela .

Asyiela menggigit hujung bibirnya .

"Doktor kalau saya nak tahu keputusan hari ni juga boleh tak ?" Soal Asyiela teragak agak .

Doktor itu terus menyandarkan badannya dibelakang kerusi .

"Boleh tu memang boleh tapi ambil masa yang lama sikit . Jadi apa apa pun puan boleh pergi mana mana dululah sementara tunggu keputusan kan ? Sila tulislah nombor telefon" Asyiela angguk terus menulis nombor telefonnya .

Usai Asyiela bangkit lalu mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut . Pintu dikuak lalu kakinya perlahan lahan berjalan ke arah Nadia .

"Apa keputusannya ?" Soal Nadia sambil menghulurkan beg tangan kepada Asyiela .

"Belum dapat keputusan lagi . Sambil tu kita pergi mana mana dulu eh jomlah" Nadia angguk lalu mereka beredar daripada hospital itu .

"ZAFRIL oi lama lagi ke ! Bersiap macam perempuan!" Jerit Faizul dari ruang tamu . Jam tangan ditiliknya lagi sebelum mengeluh . "Haih macan maknyah pakai mekap ke apa beruk seekor ni . Dah lah ajak keluar tergesa gesa lepas tu dia pula yang lambat" Bebel Faizul sambil menekan nekan remote control di tangannya . Zafril sempat menyembur sedikit minyak wangi sebelum keluar daripada bilik . "Okay Zul jom lah" Ajak Zafril sambil menyarungkan kasut di kakinya . Faizul mengetap giginya . "Dah buat aku tunggu lama lepas tu pergi macam tu je ? Hey poda!" Punggung Zafril disepak kuat sebelum mencicit lari membawa kasutnya . "Woi anak Baharom ! Tunggu kau!" Zafril mengunci pintu dan terus berlari mengejar Faizul di hadapan .

Satu Bulan Untuk Dia Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon