BUKU masakan dibelek belek lagi sebelum meletakkan diatas kabinet dapur . Apron dicapai lalu diikat dibelakang leher .
"Kali ini mesti berjaya" Azam Asyiela sambil menggenggam penumbuk .
Papan pemotong dan pisau diambil . Beberapa ulas bawang putih dan bawang besar diambil lalu dikupas kulitnya . Matanya dikelip kelip bagi menghilangkan pedih .
"Aduh pedihnya" Asyiela terus mengelap matanya dengan tangan .
"Arh ! lagi pedih!" Tangan Asyiela terkapai kapai mencapai pili air di singki .
Mukanya terus memerah . Setelah lega , Asyiela kembali mengambil buku masakan tersebut .
"Susahnya nak masak ayam sambal ni . Huh ! Eh" Asyiela terbaca salah satu arahan di buku tersebut .
"Goreng ayam dulu ? Aduh sempat ke tak ni masak?" Keluh Asyiela .
Bekas yang berisikan beberapa ketul ayam diambil dari peti sejuk lalu diletakkan di dalam singki , kemudian paip air dibuka . Selesai membasuh ayam , serbuk kunyit dan garam ditaburkan ke atas ayam tersebut .
Beberapa jam kemudian , ayam sambal sudah pun mendidih di dalam kuali . Asyiela mencedok sedikit kuah sambal itu lalu dirasa sedikit .
"Sedapnya!" Puji Asyiela sendiri .
Apron ditanggalkan dari tubuhnya lalu mangkuk diambil . Ayam sambal yang sudah dimasak dicedok masuk ke dalam mangkuk tersebut .
Usai , dia meletakkan diatas meja . Dengan senyuman dia melihat makanan serta minuman yang tersedia .
"Hah lauk dah , nasi dah , air oren pun dah . Yeay berjaya ! Haih tak sabar pula nak tunggu dia balik" Omel Asyiela sambil mencekak sebelah pinggangnya .
FAIZUL memeluk tubuhnya memerhati Zafril yang sedang enak memakan laksa di kantin .
"Zafril!" Faizul geram terus menghentak meja makan tersebut .
Tersedak Zafril sambil menepuk dadanya . Sudah lega , matanya tajan melirik ke arah Faizul .
"Kau dah kenapa buang tabiat ke hah ? Kalau mati aku tersedak tadi tak ke naya ? Hish kau ni menyusahkanlah!" Rungut Zafril sambil mengelap mulutnya yang comot .
Faizul memusingkan badannya menghadap Zafril .
"Cepatlah kau bagilah tahu macam mana kau boleh kahwin ? Lepas tu tak bagi tahu aku pula tu apalah kawan macam ni" Bebel Faizul sambil menolak nolak bahu Zafril .
"Hish kau ni ! Tak penting punlah lagipun aku tak buat besar besaran . Nanti ada masa aku bagitahu okay?" Ujar Zafril sambil menepuk bahu Faizul sebelum bangkit membawa mangkuk laksa ke tempat pengumpulan pinggan .
Faizul mencebik .
"Nanti aku bagitahu okay?" Faizul mengajuk kata kata Zafril bersama memek muka menyampah .
"Er sabar jelah dapat kawan macam tu" Ujar Faizul sambil menongkat dagu .
"Woi tenuk tak nak balik ke!" Jerit Zafril dari jauh .
Faizul terkejut terus menegakkan kepalanya .
"Tinggalkan aku lagi ?! Ya allah kau tolong sabarkan aku ya allah !" Ujar Faizul lalu bangkit menghampiri Zafril .
KE hulur ke hilir Asyiela berjalan . Sekejap mengerling ke arah jam , sekejap mengerling ke arah pintu sekejap duduk dimeja makan .
"Mana dia ni ?! Makanan dah sedia dah pun" Rungut Asyiela sambil menepuk meja makan .
Dia bangkit lalu berjalan ke arah kalendar yang tergantung di dinding . Asyiela tiba tiba merasa sebak yang tidak terhingga tatkala mengira tempoh untuk mereka tidak lama .
"Lagi seminggu lebih . Patut ke aku lupakan tempoh ni lepas tu hidup bahagia dengan dia ? Tiba tiba aku rasa sebak pula haih" Keluh Asyiela.
Setitik air matanya jatuh .
"Assalamualaikum !" Tiba tiba suara Zafril bergema di luar pintu .
Asyiela lantas mengelap air mata lalu berjalan ke arah pintu dengan senyuman .
"Waalaikumusalam . Kenapa lambat balik?" Soal Asyiela sambil mengambil beg galas Zafril daripada tangan Zafril . Zafril senyum .
"Abang lambat sebab nak beli ni untuk sayang" Sejambak bunga ros dihulur ke arah Asyiela .
Asyiela terkedu lantas mulutnya ditekup .
'Kenapa bila kita akan berpisah , kau buat aku makin sayang dengan kau ? Jangan buat aku cinta dekat kau Zafril' Ujar Asyiela di dalam hati .
Zafril cuak terus menghampiri Asyiela .
"Asy , kenapa ?" Soal Zafril sambil menekup pipi Asyiela supaya Asyiela menghadap dirinya .
Asyiela terus menggeleng .
"Tak ada apa apa . Cuma terharu" Ujar Asyiela sambil mengambil sejambak bunga ros itu tadi .
Zafril menghembuskan nafasnya lega .
"Asy ada masak?" Lantas Asy mengangguk .
"Ada jom pergi meja makan . Asy sediakan okay?" Tangan Zafril ditarik menuju ke arah meja makan .
Bunga diletakkan diatas sofa sebelum mengambil pinggan dan diisikan nasi ke dalam pinggan tersebut . Kemudian , lauk diambil lalu diletakkan dihadapan Zafril . Kerusi ditarik lalu duduk dihadapan Zafril .
"Makanlah lepas tu komen tau" Ujar Asyiela sambil menongkat dagu .
Zafril angguk lalu menyuap sedikit nasi serta lauk ayam sambal . Dengan mata terbeliak Zafril memandang Asyiela .
"Kenapa tak sedap ke?" Soal Asyiela gabra .
"Sedapnya Asy . Asy belikan?" Soal Zafril sambil menepuk nepuk meja .
Asyiela mencebik .
"Mana ada ! Asy buatlah" Ujar Asyiela .
Zafril seakan tidak percaya . Asyiela tersenyum . Zafril terus tenggelam mengamati makanan itu . Keadaan terus menjadi sunyi .
"Urm Zafril , kita tinggal seminggu lebih je lepas tu kita berpisah . Awak sanggupkan?" Soalan Asyiela automatik membuatkan Zafril terhenti makan .
Wajahnya diangkat memandang Asyiela .
"Asy sanggup?" Asyiela kelu .
Tiada jawapan yang sesuai untuk dijawab . Hatinya tidak tentu arah . Sekejap sedih sekejap gembira . Melihat kebisuan Asyiela Zafril menunduk .
"Kalau Asy sanggup , abang nak buat satu permintaan . Boleh Asy tidur sekatil dengan abang untuk seminggu ni? Dan panggil abang dengan panggilan abang boleh?" Asyiela tergamam .
Tangan Zafril yang menggenggam erat tangan Asyiela semakin membuat Asyiela berbelah bagi .
'Ya allah patutkah aku ?' Rintih hati Asyiela .
____________________________________
Hambar ! Hambar ! Hambar ! Arh I kennot !
Aku taguna taguna taguna !
Dan tempoh untuk diorng akan tamat maka crita ni tak lama lagi akan tamat ! Huwarh sedih nak tinggalkan korg semua !
Takpe takpe nnti ainur nak minta korg pilih beberapa cerita untuk sis publish lepas ni okay ? Jangan lupa vote dan komen ! Da~
STAI LEGGENDO
Satu Bulan Untuk Dia
Storie d'amoreSejak kehilangan permaisuri hati iaitu ibunya sendiri automatik menukarkan dirinya menjadi cepat melenting dan benci pada semua orang . Semua itu terjadi apabila dia dijaga oleh ayahnya sendiri . Dan satu hari , saat itu yang paling Asyiela tidak...