| 5 |

6.9K 257 7
                                    

"NAD aku nak beli makanan sekejap . Kau pilihlah tempat duduk dekat mana ." Ujar Asyiela sambil berjalan bergerak ke arah kantin .

"Okayy" Jawab Nadia ringkas sebelum mereka berdua berpecah .

Asyiela berjalan ke arah tempat menjual makanan . Dia ingin memotong barisan yang tersedia ada , tetapi ada seseorang cuba menahannya .

"Ikut barisan" Sinis dia berkata .

Asyiela menoleh kebelakang berserta senyum sinis .

"Orang bodoh macam kau je yang ikut barisan macam ni . Lebih tepat lagi budal nerd yang terlebih bodoh" Asyiela terus kehadapan dan memilih makanan yang tersedia .

"Berlagak" Ujar Iffa geram .

Usai memilih , dia membayar makanan yang dibelinya lalu bergerak ke arah Nadia .

"Nadia , kau tak nak beli makanan ke ? Aku boleh tunggu" Soal Asyiela seraya mengangkat baju kurungnya sebelum melabuhkan punggung .

"Urm , boleh juga kau tunggu sini sekejap eh" Asyiela hanya mengangguk sambil membuka bungkusan makanan.

Tiba tiba ada sekumpulan gadis sedang bergosip selang beberapa meja dari Asyiela .

"Psst ! Ada budak baru wei! Instafamous kot ! Hensemnya ya allah jangan cakap"

"Wei boyfriend aku tu !! Jangan ambil tau"

"Wei dia masuk hari ni kan ? Sekelas dengan budak sombong tu" tersedak Asyiela tatkala dia yang termasuk dalam perbualan itu .

Siapa je yang kena gelar Budak Sombong kalau bukan dia sahaja dekat sekolah tu .

" Hey kalau nak mengumpat tu mari sini duduk dengan aku . Pt3 entah lulus entah tidak dah menggatal usha anak teruna orang . Eh SESOMBONG aku pun tak ada menggatal macam ni . One more thing , orang macam korang ni memang silap hari bulan tak ada masa depan" Sedas Asyiela bagi dengan riak muka selamba .

Cemberut muka sekumpulan gadis itu . Ada yang menggomel entah apa .

Ada Asyiela kisah ? Dia bukan perempuan macam tu.

"Sorry Asy lambat . Panjang sangat beraturnya ." Asyiela hanya mengangguk .

"Kau pun dungu juga ke ? Budak nerd jelah yang beratur segala ni" Nadia mencebik lalu bungkusan makanan dibuka .

"Asy , aku dengar ada budak baru nak masuk kelas kau tak silap aku budak instafamous betul ke ?" Asyiela sudah berhenti mengunyah .

"Entah . Kau ni macam tak kenal aku tak ambil pedulilah . Instafamous ke apa ke . Lantaklah aku bukannya perempuan yang terhegeh hegeh macam perempuan miang" Kata Asyiela .

Tangannya yang sedikit kotor ditepuk tepuk supaya hilang .

"Yelah . Hah jangan lupa petang ni perjumpaan kadet remaja tau . Kita pergi sama sama" Asyiela mengeluh .

"Alah kal...."

" Ray !! I nak tanda tangan you boleh ? Oh gosh kenapa you ni hensem sangat?!!"

"Ray nah saya bagi nombor nanti awak telefon saya tau" Nadia dan Asyiela sudah ternganga .

Bukan sebab teruja tengok muka mamat tu tapi tengok kegatalan perempuan zaman sekarang .

"Apa yang hensemnya dia tu ? Ya allah muka dia tu sesuai dekat tepi jalan je ." Nadia mengangguk angguk setuju .

KRING !!!

Kelihatan semua murid beransur ansur beredar daripada kantin termasuk Asyiela dan Nadia . Sedang Asyiela dan Nadia rancak berbual , tiba tiba Asyiela terlanggar seseorang lantas kepalanya terhantuk dibucu dinding .

"ARGH !! hey !! Tak ada mata ke hah ? Main langgar langgar orang ada mata tu guna dengan betul !! Mata letak dekat lutut !! Otak tu pakai ! Mata tu tengok sekeliling jangan main jalan !!" Sembur Asyiela .

Tak kisahlah orang nak kata apa . Cecair berwarna merah kian mengalir deras dikepala Asyiela .

"Asy !! Kepala kau berdarah !!" Kalut Nadia tatkala melihat tudung Asyiela mula menyerap cecair merah tersebut .

"S..s..sorry . I tak sengaja mari sini I tolong you bangun" Ujar gerangan itu dalam serba salah .

Membulat mata Asyiela .

"Tak sengaja kepala hotak kau !! Aku ni bukan main besar kau boleh kan tak sengaja ?! Wah hebatnya alasan kau ! Ni tangan ni jijik tau tak ?!!" Terus Asyiela menepis tangan gerangan itu lalu bergegas pergi meninggalkan gerangan itu bersama sama nadia .

"Ray ! Apa you buat dengan perempuan gila tu ?!" Soal Iffa entah dari mana terus merangkul lengan Ray.

Ray menggaru kepalanya yang tidak gatal .

"I tak sengaja terlanggar dia. Kepala dia berdarah tu . Rasa bersalah pula" Iffa terus memukul manja lengan Ray.

"Tak payah rasa macam tu dekat perempuan gila tu . Memang patut pun" Ray hanya mendiamkan diri .

"ASY , kau okay tak ni ? Nak cikgu telefon papa kau ambil kau dekat sini?" Soal Nadia risau .

Lepas sahaja kejadian tadi , Nadia terus mengheret Asyiela pergi ke bilik kesihatan. Ada juga Asyiela menolak tapi Nadia tidak mengendahkannya .

"Aku okay lah kau tu je melebih sangat. Dahi pun dah jururawat letakkan ubat . Jomlah masuk kelas mesti cikgu dah masuk " Nadia akur lalu mereka berjalan menuju ke kelas masing masing .

"Hah aku masuk kelas dulu tau , apa apa panggil je aku" Pesan Nadia .

Asyiela terus mencubit pipi Nadia .

"Kau ingat aku lembik macam kau ke?" Nadia mencebik .

"Yelah apa apa sajalah" Tergelak Asyiela tatkala Nadia membuat gaya gedik .

Sumpah tak sesuai . Sedang kaki Asyiela ingin melangkah naik ke tingkat tiga , Cikgu Masmah memanggilnya dari belakang .

"Asy ! Hah ni cikgu nak minta tolong bawakan budak baru ke kelas kita . Dia sama kelas dengan kamu . Nanti cikgu masuk sebab sekarang ni cikgu ada hal . Dan kenapa tudung awak ?" Asyiela pantas sahaja menutup kesan darah yang berada di tudung putihnya .

"Tak ada apa apa cikgu . Hah mana nya budak baru tu ?" Soal Asyiela serta menutup topik tentang kesan darah tersebut .

"Ray ! Sini saya nak memperkenalkan awak dengan seseorang" Lantas seorang pelajar lelaki menoleh ke belakang serta merta matanya tertancap mata Asyiela . Dalam diam Asyiela kuntum senyum sinis .

'kau rupanya' Ujar Asyiela di dalam hati .

Ray melangkah ke arah Cikgu Masmah .

"Hah Ray , ini Asyiela Natasha , salah satu classmate kamu . Nanti dia bawa awak ke kelas. Eh ni cikgu kena pergi ni " Mereka berdua mengangguk lantas menghantar pemergian Cikgu Masmah dengan ekor mata .

"So , urm I'm sorry for incident just now" Ujar Ray tanpa memandang wajah Asyiela.

" Macam ni kau minta maaf ? Ini minta maaf tak ikhlas . Instafamous konon" Sindir Asyiela terus melangkah meninggalkan Ray di belakang .

mencicit Ray mengejar Asyiela .

"Awak !! Tunggu " Anak tangga dilangkah dua dua untuk menyaingi langkah Asyiela .

"Lembab ! Cepatlah sikit!"

Asyiela tiba tiba berhenti didepan pintu kelas , dek kerana Ray tidak sempat 'brek' , dia tertolak Asyiela dan terjatuh diatas Asyiela . Mata Asyiela automatik terbuntang !

Vomment jangan lupa ;')) maaf sangat bab ni merepek + hambar . Tak ada idea sgt ni hehe .

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now