PERLAHAN lahan kelopak mata Asyiela terbuka apabila dia mendengar jam loceng dari telefon bimbitnya .
"Kacau betullah orang nak tidur pun tak senang" Asyiela mengiring lalu menekup mukanya menggunakan bantal .
I love you so much
Terngiang ngiang suara Zafril yang membisikkan ayat keramat tersebut ditepi telinganya . Asyiela terus telentang .
"Apa kes mamat tu tiba tiba cakap sayang akulah apa lah . Dia bukan tak tahu yang dia akan ceraikan aku juga" Omel Asyiela sambil memeluk bantal .
Lantas dia mencapai telefon bimbitnya dibawah bantal lalu dia membuka password telefonnya .
"Eh ada notifications kalendar ? Semester baru ? Er oh hah yelah Zafrilkan masuk semester baru . Baik aku siap siap untuk buat sarapan pagi ! Yelah kenalah buat semua syarat tu untuk minta dilepaskan" Tuala diambil lantas dia masuk ke dalam bilik air .
Tuala disangkut di belakang pintu sebelum pintu ditutup . Pili air dibuka lalu dia menatap wajahnya di balik cermin .
"Hari ni nak masak apa hah ?" Omel Asyiela sendiri sambil meletakkan ubat gigi diatas berus gigi . Kemudian dia memberus giginya sambil menilik wajahnya di sebalik cermin .
Tok tok!
"Asyiela ! Mari solat subuh sama sama" Asyiela terperanjat terus tersedak . Uhuk !
ASYIELA memeluk tubuh sambil duduk di birai katil . Hanya melihat Zafril membentangkan sejadah dilantai .
Zafril hanya memakai baju melayu berwarna ungu serta kain pelekat . Diatas kepalanya songkok yang tersarung kemas .
"Asy , kenapa tak bersiap lagi ni?" Asyiela tersentak tatkala Zafril menegurnya .
Asyiela menggaru kepalanya yang tidak gatal .
"Tak ada telekung macam mana nak solat" Ujar Asyiela .
Zafril seakan terfikir sebelum bergerak ke arah almari . Sepasang telekung diambil lalu menghulur ke arah Asyiela .
"Nah guna tu . Tak ada sesiapa pum guna lagi . Abang bagi dekat Asy" Asyiela terkedu seketika .
Dengan teragak agak dia menyambutnya . Telekung itu ditenung dan diusapnya lalu dibawa ke dadanya .
"Dah lama Asy tak pakai telekung . Boleh ke allah maafkan Asy?" Soal Asyiela dalam nada sebak .
Zafril tersenyum lalu duduk disebelah Asyiela .
"Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang . Sebesar mana pun dosa Asy , kalau Asy nak bertaubat Dia mesti ampunkan . Dahlah kita dah lambat nanti habis pula waktu" Asyiela tersenyum lalu menyarungkan telekung ke tubuhnya .
Lalu mereka pun mula menunaikan solat subuh dengan tenang . Usai tahiyat (?) Akhir , Zafril toleh ke belakang sambil menghulurkan tangannya ke arah Asyiela di belakangnya . Asyiela dengan teragak agak dia menyambut lalu menciumnya .
Tiba tiba dia terimbau dimana tangan itu juga dia cium di awal perkahwinan mereka . Di salam dan dicium dengan terpaksa berbeza dengan keadaan mereka berdua sekarang . Dia menyalam serta menciumnya dengan ikhlas dan tenang . Zafril mendekatkan mukanya ke arah telinga Asyiela .
"I would love you untill jannah sayang" Asyiela mula tidak keruan serta jantungnya berdegup dengan laju .
"ASYIELA ! Mana abang punya beg sandang ?!!" Teriak Zafril sambil memunggah barang baranhnya di dalam bilik .
Asyiela dengan geram masuk ke dalam bilik Zafril .
"Apa dia ?! Beg awakkan dalam almari tu takkan dah nyanyok kot" Ujar Asyiela dengan nada marah .
Zafril mengangkat kening .
"Kenapa marah marah ni ? Datang bulan ke?" Muka Asyiela mula cemberut .
Dia dengan kasar menghempaskan punggungnya .
"Nak masak omellet tapi hangus ! Ei susahlah nak masak macam ni" Ujar Asyiela sambil mencebik .
Zafril tergelak sambil mengambil beg galasnya di dalam almari .
"Alah Asy tak pandai masak pun tak apa nanti abang ajar nak?" Pujuk Zafril sambil menyisir rambutnya ketepi .
Asyiela mengeluh .
"Yelah . Dahlah cepatlah pergi nanti lambat" Ujar Asyiela sambil berjalan ke arah Zafril .
Zafril pula memusingkan badannya menghadap Asyiela .
"Abang pergi dulu" Zafril mencium umbun umbun Asyiela lalu keluar dari bilik itu .
Asyiela terpana dengan perlahan lahan dia mengusik umbun umbunnya sambil mengukir senyum .
"SAYA cadangkan minggu depan kita adakan jamuan untuk pelajar baru di kolej ini . Memandangkan kamu semua berada di semester yang ketiga , kita saling berkenalan antara satu sama lain betul tak?" Soal pensyarah Taufiq dihadapan kelas .
Masing masing mengangguk mengiyakan kata kata pensyarah Taufiq itu .
"Ada soalan?" Cepat cepat Faizul mengangkat tangan .
"Boleh bawa pasangan tak?" Soalnya .
"Boleh tak ada masalah bawa satu negeri pun boleh sebab jamuan ni kita adakan secara besar besaran"Mereka mengangguk setuju .
Zafril terus menyiku tangan Faizul .
"Kau kenapa tanya soalan tu ? Hah ada awek baru eh?" Provok Zafril sambil menyiku Faizul .
Faizul berdecit .
"Kalau ada pun apa masalahnya ? Daripada kau langsung tak laku . Tak ada sesiapa yang nak kahwin dengan kau" Zafril mencebik .
"Eh kalau aku kata aku ada ? Hah kau nak jawab apa?" Faizul ketawa mengejek .
"Hek eleh nak bela diri lah tu . Tak payah beranganlah kau" Balas Faizul kembali .
Mereka terdiam seketika tatkala pensyarah Taufiq memberikan beberapa pengumuman penting .
"Okay buat masa ni semua faham ? Kalau faham boleh bersurai" Semua yang ada di kelas aliran akaun itu mula mengemas beg masing masing .
"Apa kau kata tadi ? Berangan ? Heh kalau aku kata aku dah kahwin ? Apa kau nak kata?" Zafril mengangkat keningnya berkali kali memandang Faizul yang tidak percaya .
Mereka bangkit keluar untuk ke kantin .
"Kau jangan main main Zaf . Tipu lah" Nafi Faizul sambil menolak bahu Zafril .
"Heh kau tak percaya dah . Kau tunggu minggu depan " Faizul sudah menahan Zafril .
"Kau kahwin tak bagitau aku pun!" Jerit Faizul .
Zafril bertindak meluku kepala Faizul .
"Diamlah setan ! Kau buang tabiat ke jerit jerit ni ? Nanti nantilah aku bagi tau" Ujar Zafril terus meninggalkan Faizul .
Faizul merengus .
"Woi bangla tunggu!" Faizul terus berlari menyaingi langkah Zafril .
____________________________________
Hey gais sorry lmbat updt . Sebb internet xde so paham pahamlah kenapa x updt or lmbat upd lepas ni okay ? Bye
YOU ARE READING
Satu Bulan Untuk Dia
RomanceSejak kehilangan permaisuri hati iaitu ibunya sendiri automatik menukarkan dirinya menjadi cepat melenting dan benci pada semua orang . Semua itu terjadi apabila dia dijaga oleh ayahnya sendiri . Dan satu hari , saat itu yang paling Asyiela tidak...