| 19 |

5.6K 205 13
                                    

DAGU dipangku menggunakan tangan kanan manakala jari kirinya mengetuk ngetuk meja makan . Pintu bilik air dikerling lagi lalu mengeluh .

"Lamanya dia mandi . Mogok makan ke apa dah lama aku tunggu ni berjanggut tebal dah ni" Rungut Zafril lalu menatap nasi lemak yang dibelinya tadi .

Hampir satu jam dia menunggu Asyiela keluar daripada bilik air namun hampa dia tidak keluar dari tadi . Dia nekad untuk mengetuk pintu bilik air .

"Asy ! Dah siap ke belum ? Lamanya mandi!!" Teriak Zafril sambil mengetuk pintu bilik air tersebut .

Tiba tiba pintu itu dikuak dari dalam dan membuatkan Zafril teruja.

"Apa Asy Asy? Mak kamu sendiri panggil nama bini sendiri apa hal nya . Otak kamu tu okay ke tak?" Ternganga Zafril seketika apabila orang yang menghuni bilik air itu adalah Hajah Meliesa .

Ayark ! Salah orang daa~

Zafril menepuk dahinya sendiri . Selama hampir 1 jam dia menunggu rupa rupanya itu maknya sendiri . Aduhai malunya .

"Heh salah orang lah tu . Cari bini kamu ke ? Tu dok terperap dekat bilik mogok makan . Meluat aku menengoknya . Pergilah pujuk dia mengada sangat" Ujar Hajah Meliesa sambil membuat mulut .

Zafril tersengih malu .

"Bukan tadi sebelum Zaf keluar beli nasi lemak , Asy masuk bilik air ke ? Bila masanya mak masuk?" Soal Zafril .

"Kamu ingat orang bandar tu nak ke duduk dalam bilik air ni lama lama . Apa halnya kamu ni ? Lagipun siapa yang suruh kamu beli nasi lemak?" Sempat Haja Meliesa membetulkan kain batikanya daripada melorot .

"Tak ada sesiapa Zaf je saja nak beli" Hajah Meliesa mengangguk .

"Dah lah mak nak sambung basuh baju . Kamu ni mengacau saja" Zafril mengosok tengkuk menahan malu sambil tersengih .

"Sorry" Hajah Meliesa menggeleng melihat anak terunanya itu .

Bungkusan diambil oleh Zafril lalu bergerak ke arah bilik Asyiela , pintu diketuk .

"Asy , Asy mari makan . Abang ada belikan Asy nasi ni" Teriak Zafril dari luar .

Asyiela yang sedang membaca majalah merengus .

"Kacau jelah jantan miskin ni !" Asyiela menghempas majalah diatas katil lalu bergerak ke arah pintu .

"Kau nak apa ?!" Soal Asyiela kasar tatkala pintu dibuka .

Zafril tersenyum melihat Asyiela .

"Senyum senyum aku tempeleng baru tau !" Zafril tergelak .

"Ni abang ada bawa nasi lemak untuk Asy makanlah" Asyiela menatap bungkusan nasi lemak yang berada di telapak tangannya .

Asyiela tersenyum sinis . Tangan Zafril dicapai kasar lalu bungkusan nasi lemak diletak diatas telapak tangan Zafril .

"Aku . Tak . Makan . Nasi . Lemak ! Dan jangan berabang dengan aku ! Aku geli faham!" Zafril terperanjat dengan jerkahan Asyiela .

"Daripada tengok muka kau , lebih baik aku keluar jalan jalan lagi aman" Asyiela berjalan melintasi Zafril , akan tetapi Zafril pantas memegang lengan Asyiela .

"Jangan sentuh aku ! " Lantas Zafril mengangkat tangannya .

"Nak pergi mana ? Asy bukan tau selok belok kampung ni , nanti sesat macam mana?" Asyiela merengus .

"Lebih bagus aku sesat daripada duduk dekat sini ! Lebih lebih lagi kau bukan menyenangkan aku menyusahkan lagi adalah" Balas Asyiela .

Zafril meletakkan bungkusan nasi lemak , lalu kunci kereta proton milik Haji Amran dicapai .

"Jom" Asyiela memandang Zafril pelik .

"Kau nak ajak aku pergi mana?" Zafril tergelak .

"Kelakar juga Asy ni . Kata nak pergi jalan jalan jomlah abang temankan" Giliran Asyiela pula tertawa dengan tawa sinis .

" Kalau aku jalan jalan dengan kau , sama je tak aman sebab apa ? Sebab 24 jam tengok muka kau" Asyiela terus melangkah laju menuruni tangga rumah .

Selipar disarung laju dan pantas berjalan ke arah jalan raya . Zafril pula seakan tersedar terus mengejar Asyiela .

"Asyiela tunggu abang!!" Mencicit Zafril mengejar langkah Asyiela yang semakin menjauh .

Apabila Asyiela ingin melintas jalan , dia tidak memandang kiri dan kanan , malah terus melintas . Pada masa yang sama sebuah motosikal laju ke arah Asyiela .

Zafril pada itu ternampak motosikal itu tidak berhenti , lantaa dia membuka langkah seribu sambil menjerit .

"Asyiela hati hati !!!!!" Tubuh Asyiela dirangkul dan mereka jatuh bersama sama ditepi jalan raya itu .

"Argh ! Isk sakit . Kau apahal hah ?! Saja cari nahas ke ?!!" Suara Asyiela terus meninggi .

Luka di siku amat memeritkannya .

"Asy , abang minta maaf tadi ada motor tapi Asy tak nampak abang cuma nak selamatkan Asy je . Maaf ye?" Pinta Zafril dengan riak wajah bersalah .

Asyiela sengaja mendiamkan dirinya . Zafril semakin tidak keruan .

"Okay Asy nak apa ? Aiskrim ? Coklat ? Biskut ? Keropok ? Hah ataupun telefon ? Cakap je Asy nak apa . Lepas rawat Asy kita pergi beli" Automatik mata Asyiela terbuntang melihat Zafril .

"Mampu ke kau nak belikan aku telefon ? Cukup sangat ke duit kau ada sekarang ?" Zafril lantas mengangguk .

"Abang suka menabung jadi kalau perlu guna semua duit tu pun abang sanggup yang penting Asy gembira . Asy nak apa cakap" Asyiela mula tersenyum lebar .

"Sebelum tu angkat aku ! Sakit tau tak!" Asyiela lantas menghulurkan tangannya pada Zafril .

Zafril tersenyum terus menyambut huluran Asyiela dan membantu Asyiela bangkit .

"Jadi Asy nak apa ?"

"Aku nak telefon dan aiskrim!!" Ujar Asyiela sambil melonjat kegembiraan .

Zafril hanya mengangguk . Pada dia apa sahaja Asyiela pinta , akan dia cuba untuk tunaikan jua walau apa cara sekalipun .

"Jomlah beli sekarang !" Asyiela terus menarik lengan Zafril membuatkan Zafril mengikut langkah Asyiela .

Dalam hati Zafril mengucap syukur Asyiela sudah boleh menerima dirinya .

Adakah Asyiela akan menerima Zafril sepenuh hati ?

[ sila letakkan andaian anda di sini huehuehue]

So nah update yg seterunya . Tpi kenapa makin lama readers semakin sikit ? Sedih ar ceni . Taknak update lagi ar majuk muehehehe . 

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now