| 3 |

8K 315 1
                                    

AIR mata kian menitis lebat di pipi mulus Asyiela . Tersedu sedan dirinya menahan tangis yang menggila . Penangan daripada ayah kandungnya bagaikan dirinya sampah masyarakat yang dibuang merata tempat .

Hina sangatkah dirinya dimata ayah kandung sendiri ? Sakit sangatkah matanya setiap kali menatap wajah polos dirinya ? Besar sangatkah kesilapan Mama sedangkan itu hanyalah hasad dengki orang semata mata ?

Anak haram ! Anak luar nikah !

Perkataan itu sering kali ditutur , diucap dan dituju ke arah Asyiela sahaja .

Sedangkan Encik Hafiz sedar yang Asyiela itu anak dari benihnya sendiri bersama Puan Maria . Waktu Isyak kian menjelma dan saat itu juga Asyiela meratapi nasibnya yang akan mendatang .

Asyiela merebahkan dirinya diatas tilam yang empuk . Bantal peluk diambil dan didakapnya erat .

Andai sahaja yang didakap itu ayahnya sendiri . Kadang kala Asyiela tertawa sendiri .

Mana taknya berangan dapat memeluk ayahnya yang tak mungkin mengaku dirinya anak kepada lelaki itu .

Setiap kali dia ingin tidur , dia pasti akan berangan dia , Puan Maria dan Encik Hafiz ketawa bersama sama , bergurau senda , seperti dahulu .

Tapi kenangan hanyalah kenangan . Andai masa boleh diputar kembali . Tidak itu mustahil sama sekali . Itu tidak mungkin terjadi . Tempat dia meluahkan perasan hanyalah Nadia , Ibu Hajah dan Pak Mat .

ketiga tiga gerangan itulah yang selalu mendengar rintihan dirinya. Sedang Asyiela tenggelam dalam lamunan , dirinya terus terlelap bersama linangan air mata yang kian berhenti .

PUTIH . semua putih sahaja bagaikan tiada lagi warna yang lain wujud . Kakinya terus melangkah tanpa arah yang hendak dituju . Sekejap menoleh ke kiri sekejap menoleh ke kanan .

Argh ! Tempat apakah ini ? Di mana sekarang dia berada ? Asyiela jatuh terduduk sambil meramas rambutnya .

Dia takut jika keadaan ini akan berpanjangan sampai bila bila . Asyiela memandang sekeliling dan matanya tertancap pada sesusuk tubuh yang duduk termenung sambil memeluk lututnya .

Asyiela bangkit dan bergerak ke arah gerangan itu .

"Cik , ada apa apa yang boleh saya tolong?" Soal Asyiela sambil menepuk lembut bahu gerangan itu .

Dia seorang perempuan . Perlahan lahan gerangan itu mengangkat kepala dan menoleh ke arah Asyiela . Tanpa diundang , air mata Asyiela jatuh ke pipi .

Wajah yang selalu dirinduinya . Wajah yang selalu diharapkan supaya pulang kembali . Tubuh yang selalu dia ingin dakap . Hanya gelang emas menjadi ratapannya melepaskan rindu. Ianya Puan Maria , ibu kandung Asyiela .

"Mama , betul ke ni mama ? Mama tolong jangan tinggalkan Asy lagi . Asy dah tak sesiapa lagi dekat sini" Kata Asy hiba .

Dia sudah jatuh melutut disebelah Puan Maria . Wajah pucat Puan Maria ditatapnya . Kelihatan kesunggulan wajah itu . Puan Maria tersenyum sambil meraih tangan Asyiela .

"Sayang , mungkin mama tak ada di depan mata tapi mama akan sentiasa ada dihati Asy . Jangan kata Asy tak ada sesiapa , Asy jangan lupa Asy ada allah, Asy ada papa , Ibu Hajah dan Pak Mat . Diorang semua sayangkan Asy . Sayang , dah lama rasanya mama tak terima doa daripada sayang . Mama terseksa dekat sana . Tolong ya nak redhakan pemergian mama . Sedekahkan mama al fatihah untuk bekalan mama dekat sana . Asy , kalau boleh mama dah lama bawa Asy ikut mama tapi belum tiba masanya lagi . Umur Asy masih panjang dan Asy masih belum matang untuk hadapi liku liku kehidupan diluar sana . Asy sayang , ingat pesan mama jangan pernah derhaka dengan papa walaupun papa berkasar dengan sayang . Mama akan sentiasa di sisi dan dihati anak mama seorang ni . Mama tak boleh lama sayang mama kena pergi . Ingat pesan mama . Jaga solat jadi anak yang solehah . Mama pergi dulu assalamualaikum" Puan Maria mencium umbun umbun Asyiela sebelum tubuhnya menghilang ditiup angin .

Makin teresak anak gadis itu .

"Ma !! Ma please don't leave me again !! Ma I need you !! Mama !! Jangan tinggalkan Asy ! Asy nak ikut mama !!" Suara Asy semakin lama semakin mengendur .

Air mata laju menitis di pipi .

"MAMA !!!!!!!!" Sepasang mata terus terbuka .

Air mata masih bergenang di tubir matanya . sisa tangisan masih lagi membasahi pipi .

"Astagfirullah" Asyiela bangkit dan meraup mukanya .

"Asyiela kamu okay tak ni ?" Soal Ibu Hajah cemas .

Wajah berpeluh dan pucat Asyiela ditatap sayang . Ibu Hajah yang sedang leka di dapur terperanjat mendengar jeritan daripada bilik Asyiela .

"Asy.... Asy okay cuma .....Asy mimpi mama"Ujarnya sambil menahan tangis yang muncul kembali .

Gelang emas di pergelangan tangan kanannya ditatap sayu . Satu satunya bahan untuk melepaskan rindu .

Asy sayang , ingat pesan mama jangan pernah derhaka dengan papa walaupun papa berkasar dengan sayang .

Pesan Puan Maria masih terngiang ngiang di telinga Asyiela . Ibu Hajah mengangguk faham . Gelas yang berisi susu diletakkan di meja kecil . Tangan Asyiela diraih .

"Sayang , mama masuk dalam mimpi Asy sebab dia rindukan Asy , dia nak jumpa dengan Asy . Asy pun rindukan mama kan ?" Pujuk Ibu Hajah .

Asyiela meraup mukanya lagi .

"Since mama died , she's never come into my dream but why now ? Kenapa dia muncul bila Asy perlahan lahan terima pemergian dia ibu ? Kenapa ? Asy ....Asy sayangkan mama " Esakkan Asy mula kedengaran .

Ibu Hajah terus memeluk Asyiela . Tak tahan mendengar esakkan yang begitu sayu daripada Asyiela .

"Asy kena kuat . Asy kan anak mama Asy tunjukkan dekat mama yang Asy boleh berjaya didunia ni . Buat mama Asy bangga dengan pencapaian Asy . Do the best . Lagi lagi Asy pt3 tahun ni . Jadi Asy fokus dengan pembelajaran Asy okay ?" Pujuk Ibu Hajah lagi .

Pelukan dilerai . Asyiela mengesat air mata yang berjurai di pipi . Nafasnya dihela .

"Baiklah bu Asy akan buat mama bangga , buat ibu bangga . Asy akan buktikan Asy anak yang terbaik yang pernah mama ada" Ibu Hajah tersenyum .

Gelas susu diambil dan dihulur kearah Asyiela .

"Nah minum susu lepas tu tidur balik . Hah ni baju sekolah dah gosok ? Buku dah kemas ?" Asyiela mengambil huluran gelas itu .

"Dah bu semua dah settel ." Asyiela terus meneguk rakus air susu kegemarannya .

Setelah habis , gelas kosong diberikan pada Asyiela .

"Solat Isyak ? Dah tunaikan ?" Asyiela tersengih .

Ibu Hajah menggeleng .

"Bu perempuan simpanan papa dah balik ?" Soal Asyiela tatkala teringatkan ayahnya .

Ibu Hajah mencemik sambil menggeleng .

"Belum lagi . Ibu tak suka lah perempuan yang ayah kamu bawa tu . Mengarah saja tahu . Geram Ibu dibuatnya ." Rengus Ibu Hajah geram .

Asyiela tergelak terus pipi tua Ibu Hajah dicuit .

"Kelakarlah ibu buat muka cemik macam tu . Macam budak budak . Ibu ingat Asy suka ke dengan diorang tu ? Lagilah" Ujar Asyiela sambil ketawa .

Ibu Hajah turut tergelak .

"Apa apa sajalah . Dah ibu turun dulu . Tidur balik jangan tak tidur pula" Asyiela mengangguk terus merebahkan tubuhnya diatas katil .

Selimut ditarik sebelum lampu bilik ditutup oleh ibu Hajah . Pintu bilik ditutup dan mata Asyiela juga sudah tertutup rapat .

Sorry lambat upd . Ada masalh cikit .. hehe apa apa pon komenlah sikit nak tahu okay ke tak .

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now