| 25 |

5.9K 193 2
                                    

PINTU rumah dihempasnya kasar dengan wajah yang menyinga . Asyiela yang sedang membuat kerja sekolah diruang tamu bersama Ibu Hajah tersentak apabila mendengar hempasan pintu yang kuat .

"Maria mana ?!!! Dia dekat mana sekarang?!!!" Tengking Encik Hafiz dengan wajah menyinga .

Mukanya jelas memerah . Di tangannya menggenggam sekeping sampul surat berwarna putih . Ibu Hajah dan Asyiela tersentak dengan jerkahan tersebut . Asyiela terus menyorok dibelakang Ibu Hajah .

"Mam....mama ada dekat atas . Dalam bilik" Jawab Asyiela dengan suara terketar ketar .

Puan Maria turut keluar daripada biliknya tatkala mendengar riuh di ruang tamu .

"Ada apa ni abang sampai terjerit jerit bagai . Ada apa apa masalah ke?" Soal Puan Asyiela lembut sambil menuruni tangga satu persatu .

Encik Hafiz terus meluru ke arah Puan Maria lalu rambut Puan Maria direntap kasar . Asyiela terkejut terus meluru ke arah kaki Encik Hafiz .

"Papa jangan pukul mama lagi !!! lepaskan mama , mama tak ada buat salah apa apa ! Pukul Asy pa pukul Asy" Raung Asyiela sambil memeluk lutut Encik Hafiz .

Encik Hafiz berang terus menolak Asyiela sehingga ke penjuru tangga .

"Semak je kau . Eh perempuan bila aku tak ada kau buat apa ? Pergi mana?!" Tengking Encik Hafiz sambil menarik rambut Puan Maria .

Asyiela sudah teresak esak di penjuru tangga . Ibu Hajah tidak sampai hati terus memeluk tubuh Asyiela .

"Maria ada dekat rumah ! Maria tak pergi mana mana pun abang tolong bang lepaskan sakit !" Pinta Puan Maria sambil menggenggam tangan Encik Hafiz yang menarik rambutnya .

"TIPU!"

tubuh Puan Maria ditolak sehingga Puan Maria terhantuk di bucu meja yang terletak di tengah tengah ruang tamu . Darah mula menitis keluar di dahinya  .

"Kau dah pandai curang dengan aku kan ?!! Hey sedar sikit hidup pun aku yang tanggung makan minum aku yang bagi ada hati nak curang dengan aku !!!" Bergema suara Encik Hafiz diseluruh pelusuk rumah .

"Ya allah sumpah bang Maria tak ada kawan lelaki selain abang . Percayalah Maria tak buat tolong percaya ! Maria cuma cinta dan sayangkan abang tu saja . Tak ada lelaki lain selain abang!" Jujur Puan Maria menafikannya .

Terdengar Encik Hafiz tertawa sinis .

"Cukuplah dengan drama kau tu Maria . Konon dengan muka kesian kau , aku percaya ? Memang taklah ! Ni buktinya kau nak cakap apa ? Tu bukan kau ? Hah cakap!!" Sampul surat yang berada ditangannya dicampak ke muka Puan Maria .

Dengan perasaan ingin tahu , pantas Puan Maria membukanya dan mengambil isi di dalamnya . Terkedu Puan Maria melihat beberapa keping gambar yang baru sahaja  dikeluarkan dari dalam sampul surat . Puan Maria menekup mulutnya bersama gelengan

. "Tak bang Maria tak buat macam ni . Demi allah tak terlintas langsung dalam fikiran Maria nak curang dengan abang . Cukup abang sorang yang Maria ada" Nafi Puan Maria bersama linangan air mata yang semakin lebat .

Luluh hatinya melihat gambar gambar yang berada ditangannya . Dia bersama orang putih sedang berpelukan bersama dress ketat . Yang menjadi tanda tanya bila dia pergi dengan lelaki itu sedangkan dia tidak pernah jumpa dengannya .

Encik Hafiz semakin bengang . Dia meluru ke arah Puan Maria lalu pipi Puan Maria dicengkam kuat .

"Kau nak kata itu bukan kau sedangkan bukti ada depan mata ?!! Perempuan jenis apa kau ni ? Terang terang kau peluk lelaki tu , lepas tu kau tak mengaku ? Apa motif kau sebenarnya ?!" Kepala Puan Maria ditolak kasar .

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now