| 30 |

6.5K 191 5
                                    

ZIP beg bagasi ditutup sebelum diletakkan di tepi katil . Kemudian Asyiela bergerak ke arah meja solek untuk membetulkan rambutnya . Zafril masuk ke dalam bilik itu lalu berpeluk tubuh didepan pintu .

"Sayang dah lah tu . Cantik dah , Asy mana boleh ngorat orang lain ngorat abang je" Asyiela sudah tayang muka meluat .

"Sayang ? Eiuw gelilah . Siapa nak ngorat kau ? Perasan" Balas Asyiela sambil menyikat rambut menggunakan jari jarinya .

Zafril menggeleng .

"Mana beg Asy ?"

"Dekat semak depan tu . Pergilah ambil" Zafril terpinga pinga .

Asyiela menepuk dahi .

"Dah sah lembab tu tepi kau tu apa ? Haih muda muda dah nyanyok apa lah nasib aku dapat suami macam kau" Omel Asyiela lalu bergerak keluar daripada bilik itu .

Tiba tiba dia teringat sesuatu lantas dia bepaling semula .

"Zafril" Zafril diam tidak menjawab sebaliknya mengangkat beg Asyiela .

Asyiela mencebik .

"Zafril dengarlah ni Asy nak cakap sesuatu ni" Rengek Asyiela sambil menarik lengan baju Zafril .

"Hrm cakaplah apa dia ? Abang dengar" Zafril meneruskan kerjanya dengan memasukkan beg ke dalam bonet kereta .

"Esok , Asy nak jumpa Nad lepas tu urm nak lawat papa sekali . Boleh kan?" Zafril mengangkat kening .

"Siapa Nad?" Asyiela menyandarkan badannya di bonet kereta .

"Haiwan . Mestilah manusia ! Kau ni pun . Dia tu kawan baik Asy . Takkan itu pun nak tanya" Zafril tergelak .

Jawapan dia kemain !

"Abang temankan" Asyiela mula menegakkan dirinya .

"Tak nak ! Asy nak datang sorang je . Kau ni dahlah hampir sebulan dengan kau , tengok je muka kau ni . Sehari je please" Asyiela mengelipkan matanya beberapa kali .

"Tak boleh abang kena ikut faham ? Dah jom kita gerak nanti sampai malam susah" Dengan muka selamba Zafril masuk ke dalam kereta .

Asyiela mengetap giginya .

"Eiii mamat ni kan ! Sengaja buat aku sakit hati je!!!" Asyiela terus menyepak dinding chalet yang mereka bermalam buat beberapa hari .

"Aduh !!! Sakit!" Terjengkek jengkek berdiri sambil menahan sakit di kakinya .

Zafril terkejut terus keluar dari kereta .

"Kenapa Asy?!"

"Ni dinding ni pergi sepak kaki Asy ! Jahat betul ei!" Asyile lantas masuk ke dalam kereta dengan perasan geram .

Zafril menggaru kepalanya . Dinding ada kaki ke ? Zafril mendekati dinding itu lalu tercari cari sesuatu .

"Ei misteri betul dinding tak ada kaki dikatanya ada kaki"

"Zafril !" Dek kerana terkejut , Zafril terhantuk di dinding .

"Aduh ! Ya ya sekejap!" Mencicit Zafril berlari anak ke arah tempat pemandu kereta .

"Dungu juga kau ni kan?" Zafril tersengih .

Tali pinggang keselamatan dipakai sebelum keretanya membelah jalan raya .

"NADIA!!!!!"

"ASYIELA!!!"

Asyiela lantas berlari ke arah Nadia lalu berpeluk antara satu sama lain .

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now