| 1 |

11K 377 16
                                    

5 tahun kemudian

"KURANG ajar kau kan !! Eh kau tau tak kasut sekolah aku ni mahal daripada penyapu buruk kau tu !! Sesuka hati kau nak sapu kasut aku ! Eii jijik kasut aku ni . Eh orang tua aku nak kau bersihkan balik kasut aku ni ! penyapu kau tu kan mesti dah kena taik anjing taik kucing lepas tu kena pula kasut aku ni !! Aku nak kau nak kau gilap kasut aku sekarang !!" Herdik gadis yang sedang membara , muka kemerahan akibat marah yang tidak dibendung .

Sedang enak dia makan dikantin , sesedap rasa makcik cleaner menyapu kasutnya menggunakan penyapu yang kotor . Semua yang ada di kantin terarah pada gadis itu .

"Asy !! Apa ni tak baik buat orang tua macam tu dosa kau tau tak ? Tak luaklah kuantiti kasut mahal kau tu balik nanti kau suruh bibik kau basuh eh ? sekarang ni kau minta maaf dengan makcik tu cepat . Kau tunjal kepala dia tadi kau ingat tak sakit ke ? Cepat minta maaf" Asyiela sudah menjegilkan mata pada sahabat karibnya .

"Eh Nadia , aku takkan sesekali minta maaf pada sesiapa yang buat salah dekat aku tau ! Full stop !" Asyiela menghentak meja makan lalu terus berlalu pergi .

Sambil itu juga dia menolak makcik cleaner itu sampai hampir terjatuh . Nasib Nadia sempat memaut lengan makcik itu .

"Saya mintak maaf ya makcik bagi pihak dia . Makcik pun dah sedia maklum dengan perangai dia tu kan ? Saya harap sangat makcik tak ambil hati" Pinta Nadia dengan muka tebal .

Bengang dengan sikap bongkak dan sombong Asyiela itu . Makcik itu hanya tersenyum sambil mengangguk .

"Tak apa lah Nad makcik pun tak ambil hati dah memang salah makcik pun pergi sapu kasut dia . Makcik elak punya elak sekali terkena juga . Tapi tak apalah makcik okay saja" Nadia tersenyum hambar .

Dia tahu makcik tu sengaja bercakap begitu bagi menyedapkan hatinya .

"Okaylah kalau makcik cakap macam tu , dia jadi macam tu sebab bapak dia juga . Eh makcik saya pergi dulu nak cari dia . Entah kemanalah dia pergi" Pamit Nadia .

Makcik itu mengangguk . Nadia terus beredar dari kantin .

"Eii , tengok habis kotor kasut aku ni !! Nad pula sibuk sangat suruh aku minta maaf dekat orang tua tu dah kenapa ? Dah dia yang salah . Hah sekarang ni macam mana ? Masih jijik lagi tau dekat kasut aku ni ." Omel Asyiela geram sambil menggosok gosok kasut putihnya dengan air .

Sesekali cermin matanya di betulkan . Ehem bukan cermin mata nerd ye .

Murid murid lain semua memandang ke arah Asyiela sambil berbisik bisik .

"Kenapa ?! Apa masalah nak tengok tengok ! Tak pernah tengok aku mengamuk ? Aku tempeleng baru tau !" Hambur Asyiela .

Dah lah tengah panas ni lagi nak busy body pasal orang .

"Huh !" Asyiela give up terus paip air ditutup .

Dia menunduk tengok baju kurungnya .

"Haih ! Tak satu satu sekarang ni baju pula basah ?! Tak sukanya !!" Asyiela menghentak kakinya geram .

"Asy ! Sini pun kau . Puas aku cari satu sekolah . Dan kau ni dah kenapa ? Basah habis baju dengan kain kau" Nadia memandang Asyiela dari atas ke bawah .

Asyiela merenung Nadia tajam .

"Ni sebab aku nak hilangkan JIJIK yang menempel dekat kasut aku !" Perkataan jijik sengaja ditekankan .

Nadia menggeleng perlahan .

" Asy , Asy kau ni over sangat . Kasut kau tak ada apa apa pun kau tu yang buatkan benda ni jadi besar . Tengok baju dengan kain kau sekarang dah basah siapa suruh ? Kau sendiri yang nak kan ?" Ujar Nadia perlahan .

Asyiela berpeluk tubuh .

Kring !!

"Huh dengar tak bunyi apa tu ? Locengkan ? Lebih baik kau masuk kelas kau , aku masuk kelas aku bye!" Asyiela terus meninggalkan Nadia keseorangan .

Nadia mengeluh .

"Asy , bila kau boleh jadi macam dulu balik ? Aku suka tengok kau yang dulu berbanding sekarang " Nadia mengorak langkah ke kelasnya memandangkan masa rehat sudah tamat .

BEG sekolah digalas dibelakang sebelum menolak kerusi dibawah meja . Tudung dibetulkan sebelum keluar daripada kelas . Huh hari ni hari yang memenatkan .

Nak sahaja dia cepat cepat balik baring diatas tilam yang empuk .

Sedang Asyiela berkhayal , seseorang merempuh dirinya dibelakang .

"Hey ! Kau letak mata kau dekat mana hah ?! Jalan tu guna mata jangan guna lutut ! Sesedap rasa kau rempuh aku kau ingat kau siapa huh ?!! " Tengking Asyiela .

Hah padan muka dah lah aku penat sekarang ni .

"Hey Asyiela aku tak sengaja kan ? Okay aku minta maaf benda kecil kot . " Suara orang yang telah melanggar Asyiela .

Belum sempat Asyiela bersuara , Nadia menyampuk . Entah sejak bila dia ada disitu pun Asyiela tidak sedar . Toleh - toleh sudah ada di depan mata .

"It's okay Suzy . Kau boleh balik " Asyiela merenung Nadia .

Suzy mengangguk lalu meninggalkan mereka . Nadia menunduk mengambil beg sekolah Asyiela yang terbaring diatas lantai .

"Nah , kau takyah marah macam ni . Ye aku tahu kau penat . Dah jom kita balik" Pujuk Nadia lembut .

Asyiela akhirnya termakan pujukan Nadia , lantas dia mengambil beg dari pegangan Nadia lalu berjalan beriringan dengan Nadia .

"Hah wei sebelum kau tunggu driver kau ambil kau , nak tak beli apa apa ? Aku belanja" Nadia memulakan perbualan apabila keadaan menjadi sunyi .

Tiba tiba Asyiela berhenti ditangga yang terakhir .

"Betul kau nak belanja aku ni ? Ke sengaja nak pujuk aku ?" Soal Asyiela sambil memeluk tubuh .

Nadia tersengih .

"Boleh dikatakan macam tu jugalah . Dari tadi muka kau macam terlebih cuka tak seronoklah lagipun duit belanja aku ada lagi . Kau kan suka makan keropok lekor jom kita beli dekat tempat biasa" Terus Nadia merangkul leher Asyiela .

"Kalau macam tu aku nak keropok lekor RM5 ringgit boleh ?" Soal Asyiela sambil mengangkat kening sebelah .

"Boleh Asy untuk kau semua boleh" Ucap Nadia sambil mencuit pipi Asyiela .

Asyiela sudah tersenyum lebar .

"Thanks Nad ! Sayang kau" Terus pipi Nadia dikucup .

Nadia sudah tersenyum lebar .

"Senyum pun . Bukan susah nak pujuk kau ni . Dah jom " Mereka berjalan beriringan keluar dari pagar sekolah .

Hah nah bab 1 . So far okay kan ? Sorry kalau hambar . Enjoy your reading .

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now