PINGGANG dicekak kuat . Mulutnya tak habis habis terkumat kamit mengatakan sesuatu .

"Woi Zafril , kau cari apa sebenarnya ? Dah sepuluh kedai pakaian perempuan kita pergi tau tak ada benda pun kau beli . Dey cepatlah aku lapar ni" Rungut Faizul sambil menarik narik lengan baju Zafril .

Zafril berdecit .

"Kau ni aku nak carikan baju untuk Asy lah . Kan lusa nanti kita nak buat jamuan dekat kolej . Aku kenalah buat persiapan yang paling tip top untuk bini aku . Kacau daunlah kau ni" Terangkat kening Faizul mendengarnya .

"Eh cakap pasal bini kau , mana dia tadi ? Tak nampak pun ke kau tipu ni" Zafril geram terus meluku kepala Faizul .

"Diamlah dari tadi membebel macan bontot ayam . Tak penat ke hah?" Faizul memeluk tubuhnya .

"Tak . Dahlah daripada aku tunggu kau pilih baju ni , lebih baik aku usha kedai jual contact lens lagi bagus huh" Faizul membuat hidung tinggi lalu pergi ke arah kedai di hadapannya .

Zafril buat tak endah terus mencari baju yang sesuai dengan Asyiela . Zafril terhenti tatkala melihat sehelai dress berwarna biru laut di hadapannya . Lantas dia mencapai baju itu dan bergerak ke kaunter pembayaran .

"Eh Faizul pergi kedai contact lens kan? Why not aku belikan Asy sekali kan?" Omel zafril sendiri lantas duit dihulur ke arah penjaga kaunter tersebut .

ASYIELA terduduk tatkala mendengar penjelasan dari doktor dihadapannya kini . Dengan bibir terketar ketar dia bersuara .

"Please say that's not true ! I'm very well I'm not sick" Rintih Asyiela sambil menekup mukanya .

Nadia disebelah mengusap belakang Asyiela untuk memberi sedikit kekuatan .

"Puan benda serius macam ni tak boleh buat main main . Puan memang menghidap kanser darah atau luekimia tahap dua . Dengan tahap ni puan ada rasa tanda tanda tak ? Contoh sesak nafas , darah keluar dari hidung dan sakit kepala?" Soal doktor itu. 

Perlahan lahan Asyiela mengangguk .

"Ia kerap berlaku?" Asyiela menggeleng. 

"Darah keluar bila saya stress , atau bila bila masa sahaja . Doktor mesti ada penyelesaian kan ?" Doktor itu mengangguk .

"Ada dengan ambil air sumsum tulang puan . But it's very risk for you . Puan akan mengalami kecacatan atau lumpuh . Mustahil sekali tiada effect selepas air sumsum tulang diambil . Jadi macam mana?" Asyiela terkedu mendengarnya .

Nadia juga turut tercengang .

"Takkan tu saja penyelesaiannya doktor?" Celah Nadia tidak percaya .

Doktor itu menggeleng . Asyiela sudah teresak sambil meraup mukanya .

"Nadia apa patut aku buat?" Rintihnya pilu .

Nadia terdiam . Tiada kata kata yang dapat diungkapkan .

"Nadia ! Apa patut aku buat Nad !!" Raung Asyiela sambil mengoncang badan Nadia.

"Suami puan dah tahu puan buat ujian darah ni?" Asyiela menggeleng .

"Then you should tell him now . Please Asyiela , if you didn't tell him , keadaan akan bertambah buruk" Asyiela menggeleng lagi .

"Tak ! Aku tak nak ! Aku tak nak tolong jangan paksa aku !!!" Jerit Asyiela sambil menarik narik rambutnya .

Nadia dan doktor itu bangkit untuk menenangkan Asyiela .

"Puan bersabar . Puan di tahap awal jadi darah putih yang berlebihan tu dapat dikawal dengan beberapa ubat ubatan tapi ianya untuk sementara supaya tidak terlalu teruk" Asyiela mengangkat mukanya .

"Bagi saya ubat ubat tu tolong . Saya tak kisah walaupun untuk sementara" Rayu Asyiela .

Doktor itu mengangguk.  Beberapa pil ubat diambil dan sehelai sampul surat dihulur ke arah Asyiela .

"Surat tu puan bagi pada suami puan apabila puan bersedia. Ubat ubat ni makan masa tanda tanda seperti saya cakap tadi datang " Ujar doktor itu .

Asyiela mengangguk perlahan .

"Kita balik okay ? Tenangkan fikiran kau" Asyiela diam tidak membalas .

"Terima kasih doktor" Ucap Nadia lalu memimpin Asyiela bergerak ke luar bilik .

____________________________________

So how ? Sedih tak ? Rasanya takkan ? Hurm cane nak buat sedih eh ?

Oh ya cakap tentang sedih ainur rasa nak buat ending sedih boleh kan ? Nak buat lain daripada yang lain setuju?

Tu je komen banyak banyak tau ! Bye .

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now