Zafril yang berada di kebun turut terkejut lalu mencicit lari naik ke rumah . Hajah Meliesa ketawa sinis . Haji Amran sudah berdiri dengan muka terkejut .

"Tulah padahnya untuk kau !! Pemalas ! Buat pengetahuan kau , aku yang gunting baju kau ada masalah?!!" Asyiela berasa tercabar dengan Hajah Meliesa .

Tangan kanannya diangkat lalu dia ingin menghayunkan di pipi Hajah Meliesa , tapi Zafril lebih tangkas pergelangan tangan Asyiela dipegang .

"Don't you dare touch my mother!!!!" Tempik Zafril kuat .

Asyiela mengukir senyum sinis sambil merentap tangannya .

"Mak kau memang patut kena tampar !!! Kau dengan mak sama je menyusahkan hidup aku ! Eh Zafril cepat cepatlah kau ceraikan aku !" Tanpa berlengah Asyiela keluar dari rumah meninggalkan mereka yang terpinga pinga.

"Asyiela !!!" Panggilan Zafril tidak diendahkan malah dia berjalan dengan hati yang rapuh .

Zafril meraup rambutnya kasar lalu terduduk dihadapan pintu .

AIR mata laju menuruni pipi . Esakkan semakin sayu meniti di bibirnya .

"Semua orang tak guna ! Menyusahkan! Menyakitkan hati ! Eh bunuh jelah aku ni !!!!!! " Batu disepak sepak bagi melepaskan geram .

Kakinya terus melangkah ke arah lombong tempat dimana dia dan Zafril lepak tempoh hari . Kereta yang lalu lalang tidak diendahkan .

Tembok yang ada dipanjat lalu diduduk . Kaki yang berjuntai digoyang goyangkan dengan muka ditekup . Air mata masih lagi membasahi pipi .

"Ma baju mama bagi , dah koyak . Itu satu satunya pemberian mama pada Asy . Asy terkilan , sedih semua ada . Asy dah tak sanggup nak hidup . Mama jemputlah Asy dekat sini bawa Asy hidup dengan mama" Kata Asyiela dengan esakkan yang panjang .

"Asyiela!!" Suara Zafril kuat kedengaran tapi Asyiela tidak mengendahkannya .

Dia ralit dengan perasaannya .

"Ya allah dekat sini Asy pergi . Asy tolong jangan buat abang risau lagi . Jantung abang ni macam nak tercabut bila cari Asy tak jumpa" Zafril ingin menyentuh bahu Asyiela tapi Asyiela sempat menepis .

"Jangan sentuh aku!" Tempik Asyiela .

Tajam matanya menikam pandangan Zafril .

"Asy , abang minta maaf abang tak sengaja tinggikan suara pada Asy . Tapi Asy kena sedar yang Asy nak tampar tu mak abang , mak kita berdua" Asyiela lantas bangun dari duduknya dan berdiri dihadapan Zafril .

"Dia bukan mak aku faham?!" Zafril sudah meraup mukanya .

Tangan Asyiela ingin diraih tapi Asyiela mengelak .

"Aku kata jangan sentuh aku tak faham ke ?!" Keluhan dilepaskan .

"Asy , I'm really sorry . Okay tell me what should I do for you forgive me"Asyiela terus memandang tepat ke wajah Zafril .

"Ceraikan aku!"

"Takkan!" Pantas Zafril menjawab bersama gelengan .

"Kenapa kau nak simpan aku lama lama ? Kau sedar tak mak kau tak suka aku ! Semua orang tak suka aku faham tak ? Dan kau kenapa mesti simpan aku Zafril kenapa ? Sengaja nak buat aku lebih sengsara macam tu?" Zafril menggeleng lagi bersama wajah resah .

"Tak Asy bukan macam tu . Abang ada tanggungjawab atas Asy dan abang dah cintakan Asy . Kalau kita nak cerai apa alasannya ? Nak cerai mesti ada alasan kan ? Cuba Asy cakap apa alasan Asy untuk abang ceraikan Asy" Asyiela melemparkan pandangannya ke arah lombong .

"Kau seksa aku , buat aku sengsara!" Tegas Asyiela bersuara .

"Bukti?" Asyiela terdiam .

Zafril mula mengukir senyum nipis .

"Tak ada kan ? Jadi takkan ada sebab kenapa abang perlu ceraikan Asy" Zafril mula mara ke arah Asyiela .

Dia makin mendekat . Asyiela seakan terkaku . Apabila Zafril ingin mencapai tangan Asyiela , seseorang memanggil nama Zafril .

"Zafril !!" Mereka tersentak lalu menjauhkan jarak mereka .

Seorang perempuan yang memakai baju kurung kebaya berwarna hijau muda .

"Eh Areen ! Lama tak jumpa sihat?" Ramah Zafril menyapa .

Asyiela mula berasa sesuatu . Eii apa ni ? Hish pergi kau perasaan bodoh!

Areen tersenyum lebar apabila Zafril menyapa dirinya .

"Sihat alhamdulillah . Eh awak bila balik ? Kenapa tak bagitau saya pun selalunya saya yang awak bagitau dulu" Ujar Areen dengan lenggok suara gedik .

Asyiela menjeling menyampah . Eii tiba tiba nak marah Zafril ni kenapa ? Perempuan ni pun miang sangat kenapa ? Macamlah tak ada lelaki lain dia nak sapa .

"Urm maaf tak sempat . Oh ya kenalkan ni isteri saya Asyiela" Riak wajah Areen mula berubah masam namun cepat cepat memaniskan mukanya kembali .

"Is....isteri ? Bila awak kahwin . Tak.....tak jemput pun" Kata Areen dengan suara bergetar .

Asyiela tersenyum sinis . Padan muka kau !

"Tak perlu hebohkan pun . Tak perlulah hal kecil macam ni nak jemput semua orang" Balas Zafril .

Areen semakin tidak keruan .

"Oh er okay . Hai ! Saya Areen , Hasreen Shafiyah" Ramah Areen memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan tanda mahu berjabat .

Asyiela memandang huluran tangan Areen dengan pandangan kosong . Tangan itu pantas ditepis kasar .

"Aku nak balik!" Bahu Areen dilanggar kasar lalu terus berlalu pergi .

Zafril menggaru kepala . Cemburu ke ?

Areen tersenyum kelat .

"Tak apalah Zafril saya balik dulu" Zafril mengangguk lalu menghantar pemergian Areen melalui ekor mata .

Zafril tersenyum sendiri . "Heh cemburu lettew!" Omelnya seorang lalu beredar untuk pulang ke rumah .

Mengarut kan ? Ya ya tau hambar . Idea ttbe hilang fuh ! Vote dan komen jangan lupa ;))

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now